Posts

Showing posts from August, 2014

Hati x Kertas

Hati ni kan. Dia macam kertas. Ya kertas. Warna putih dan kau punya pen macam mana kau nak corakkan kertas tu. Hati ni kan. Dia macam kertas. Kalau kau letak sehelai memang senang koyak senang rabak senang tembus. kau perlu letak lapisan demi lapisan. Cermat tapi padat. Biar tebal. Susah nak tembus, nak luka lagi. Hati ni kan. Dia macam kertas. Kadang dia elok elok kau pergi koyakkan. Sakitkan dia. Ya bahasa lain dia overthink. Kau selalu buat kan? Lagi lagi perempuan. Hati ni kan. Dia macam kertas. Kau beli dalam bungkusan. Luar nampak elok je. Tapi dalam rosak kena makan anai anai

Panas

Tubuh dijemur Bawah cahaya sphera neraka Mencarut kasar Tubuh menggelupur Pekik terlolong Hamakkan payung Tapi itu cuma Pekikkan kosong Tiada yang menolong

Mata

Manusia punya mata Dia katup ketat Saat baik yang aku lakukan benda murni Terbeliak bulat Tatkala jahat yang aku lakukan Kemudian dengan mulut Mereka kutuk Mereka caci Bukan? haih manusia.

Masih Lena

Kau kata Seolah pencipta Kau bicara Punya bisa Semenjak kau Dikeliingi harta Sejak kau Enggan jadi hamba Bila kau Mahu terjaga?

Secebis

Hadiahkan aku secebis memori Agar aku bisa mimpi si pari pari Lindungi hati yang disakiti Pujuk diri teruskan berlari Hadiahkan aku secebis suka Agar aku lupa itu duka Yang pernah tusuk jiwa Buat diri makin gelora Hadiahkan aku si dia Ye dia yang membaca Tumpang duduk dalam dada Seri hidup tambah makna

Manusia III

Dunia pun mula bicara Kasi nikmat tak pernah habis Kasi semua manusia alpa Kasi semua memburu harta Tanpa pernah sedar nasib disana Dunia suap kau kasi terlupa Biar manusia hauskan dara dunia Biar si adam jadi gila betina Biar si hawa kikis poket jantan tak guna Tanpa pernah sedar nasib disana