Posts

Showing posts from May, 2015

Si Gemuk

Kau selalu mengeluh Perut bocah Pipi kembung bak kawah Hendak bangun perlu dipapah Kau bilang kau tersekat Tiap aktiviti semuanya terhad Lemak di perut semakin likat Namun Azam tak pernah kau tekadkan Berlari kau elakkan Bersukan kau kata tak digalakkan Dan terus badan kau rehatkan Diatas sofa kau bermalas-malasan Bermula hari baru Terdengar lagi keluhan baharu

Lari

Lari Kau harus lari Dari manusia negatif Dari sifat pasif Dari dengkur yang panjang Dari angan yang menerawang Dari gelapnya tiada matlamat Dari enaknya duduk berehat Dari asyiknya nikmat melepak   Dan kau kejarlah Teriknya mentari kejayaan Silaunya cahaya kebahagiaan Dengkur perut yang kekenyangan Melepak di sofa orang kenamaan Pitis-pitis realiti ,  bukan lagi angan-angan