Posts

Showing posts from July, 2014

Ampun pinta

Hitam manis bukan tidak cantik. Kecil pendek bukan tiada hormat. Asalkan dia tidak bermaksiat. Ungu kaler baju di badan. Jadi penyeri buat senyuman. Asalkan dia tidak keterlaluan. Kadang hilang kadang ada. Perlu faham tanda tanya. Jangan pernah lupa dia masih ada. Melekat pada hati sana. Hati itu merah warnanya. Buat manusia perit terasa. Lumrah hidup jika ada terkena. Ampun maaf saya pinta.

Cokelat

Jalan sesak waktu pagi sama akan minda manusia yang celaru. Terlalu sibuk fikir akan nasib dunia sehingga lupus makna hidup. Aku duduk bersandar pada dinding batu, memerhati gelagat mereka yang tidak keruan. Ke sana sini melangkah serupa robot ciptaan yang menurut arahan. Kadang kala aku berkata pada diri sendiri, ‘Bodoh juga mereka’. Leka akan not not yang aneka warna dan nilai, gila menari atas papan maksiat. Sedang aku amati satu persatu, pandangan ku tertumpu pada seorang anak kecil. Pipi yang mongel menjadikannya semula jadi comel. Terjengket-jengket cuba mengambil coklat yang menjadi idamannya. Tangan terkapai kapai seakan meminta pertolongan. Dan akhirnya jurujual wanita berkulit kuning langsat segera hulurkan bantuan. Memberi satu batang coklat yang menjadi igaun kepadanya. Anak kecil itu gembira tak terkata. Hanya riak wajah ikhlasnya mampu memberitahu segalanya. Ketika aku khusyuk melihat telatahnya, dia terpandang ke arah ku. Senyum yang menguntum di...

Awan atas // ii

Awan. Sentiasa payung penduduk bumi. Dari panahan terik matahari. Misal buruh kerja konkrit. Kau pasak tangan teduh mereka. Tambah semangat pencari rezeki. Bila aku panas aku cari awan. Selindung bawah bayang dia. Sejuk sikit tubuh kecil. Tapi bila kau baran, kau panggil kilat. Panah rumput hijau. Kau pekik dalam dalam kuat kuat sampai manusia takut melatah. Aku tahu kau emosi. Kau dicipta sama macam aku. Dari yang maha satu. Pujuk diri jadi tenang. Supaya aku jadi senang. Awan. Kau berlegar pada atmosfera. Teroka satu dunia. Teruskan tugasmu . Yakin kita pasti ketemu. Awan katalah. Kalau kau takde siapa nak basahkan bumi ? Siapa nak bagi tasik minum? Macam mana manusia nak hidup? Kau kena tahu. Awan kau pahlawan.

Awan atas // i

Awan. Ada banyak kaler. Kalau mood dia baik warna biru. Kalau hati dia nak nangis warna kelabu. Kalau dia amuk marah warna hitam. Bila aku baring atas padang hijau pasti awan depan biji mata. Bergerak ikut bumi dari barat ke timur. Jalan sama sama dengan kawan sebelah dia. Seiring pegang tangan macam pasangan. Aku nampak perlahan tapi sebenarnya laju. Sebab aku kerdil aku tertipu. Kadang kala aku lihat awan gumpal macam orang terbang. Kadang macam haiwan. Kadang macam kapal terbang. Bibir aku lakar senyum. Getus hati tinggi imaginasi. Masa aku tengok awan hilang bosan. Takde langsung kecewa. Tapi bila tengok tv drama melayu yang cliché aku bosan tahap gaban. Kusut kepala otak. Jadi baik aku lepak dengan awan. Takde lah sawan. Awan. Kaler biru serupa pengawas sekolah. Tapi aku tak benci kau macam mereka. Kenapa ada ketika kau hilang lepa dari mata. Tanda soal. Ke kau merajuk dengan perangai musibat manusia. Tanda soal dua. Hah mungkin kau nak main sembunyi. Aku suka bab mencari. T...

Gogok soda hidup

Hidup umpama soda. Iya soda. Bukan lagi roda. Masa gerak kedepan bisik pada kau supaya fikir yang dunia bukan lagi tempat yang selamat. Soda, ya macam soda. Kau tuang dalam cawan dia naik laju . Berderu, berlumba. Semuanya naik ke atas , mahu lihat siapa yang sampai dulu. Mereka tak sedar apa yang tunggu mereka di atas. Usai lumba sampai di atas, mereka lihat dunia ini. Ambil 5 saat dan mereka 'pop' meletup. Sia-sia bukan mereka lumba? Lumba serupa gali kubur sendiri. Tapi ada yang pintar bergeliga dia pilih untuk duduk di tepi permukaan gelas. Cukup sekadar tinggi itu dan tatap dunia dari dalam gelas. Sama macam manusia. Semua sibuk kejar emas dunia. Benar kata pepatah arab "Dunia macam air laut, lagi kau minum lagi haus." Sibuk sibuk kejar harta dunia tapi tidak sedar yang tulang mereka sudah reput dimamah masa. Reput dan reput. Kosong dan kosong. Sampai ada berharap hidup atas sebatang tongkat namun masih tamak dunia. Bodoh. Sedarlah dunia ini akan satu masa kau ...

Dulu-dulu // ii

Dulu dulu, aku susah. Tak pernah rasa pakai selipar. Tapi aku selesa. Petang senja aku keluar dari rumah. Teriak panggil member yang lain macam kena sawan babi hutan. Ada datang ada tak. Setiap hari berbeza. Kalau sama mesti muak. Aku manusia. Kau yang tengah baca pon manusia. Mesti ada hati dalam diri. Hari ni aku main baling selipar. Esok pukul berapa tok harimau. Lusa galah panjang. Tulat konda kondi. Tiap kali aku kau main perasaan rasa lain.Aku lupa dunia ni dikongsi. Masa ni diberi pinjam. Rasa macam semua hak aku. Dan aku tahu macam tu indah. Satu ketika, aku takut benda jadah ni lupus. Pupus. Umur sebaya aku tahu lepak. Bakar cerut. Tengok yang tak sepatut. Dan paling bimbang tahap dewa, diaorang tak pernah tahu dan mahu tahu. Selamba dono je. Aku tanya diri sendiri ; ini bangsa aku? Darah daging aku? Pembela aku? Jawapan nya masih samar. Seakan asap rokok yang tebal depan muka kau. Kau cuba tiup tapi puntung tetap menyala. Ia sudah terjadi. Kau sedar?

Dulu-dulu // i

Dulu dulu, kalender takde kaler abah kau guna. Hitam putih je. Serupa tahi cicak. Bila kau duduk kat radio semua lagu retro. Jiwa kau pasti tergamit. Mulalah nak imbau nak kenang bagai. Melayang layang macam spender terbang. Masuk dalam dalam dan kau teringat. Kisah kau lakar dengan sikit dakwat kehidupan. Kau corak satu persatu dengan kepala batu. Lepas tu mulut tetiba gatal. Mana boleh tahan lama. Kau jumpa manusia yang kau kenal kau cerita. Dari awal sampai hujung. Takde tinggal cela. Dia dengar pasang telinga masuk lubang lekat kat otak. Dah puas sembang lain tempat. Lain manusia. Dan masih berterusan. Dulu dulu, naik basikal tua tapi untuk semua. Muda ke tua ke bangka ke tibai je. Keliling kampung kau pusing. Dengan mulut kau sumbing mula lah bersiul macam itik. Rambut bergulung ke depan kau jaga. Dua tiga minit keluar sikat. Naik rimas makcik Bedah kebaya ketat. Kaki keding kau tak pernah penat kayuh. Ke atas ke bawah berulang. Ubat cap kaki apek mana entah kau makan. Sep...

Arca

Merenik peluh di tubuh genit itu. Peluh meluncur laju di pipi tuanya. Bawa pisau dalam genggaman untuk toreh. Maksud aku toreh getah. Batang demi batang dia toreh dengan sabar. Tiap batang pula perlu ditoreh ikut alur, jika tidak hancur batang pokok getah. Marah pula tuannya. Tiap pagi rutinnya sama Seawal jam 5 pagi matanya celik sediakan aku sarapan. Bukan kerja mudah. Hati mahu kental. Demi aku sanggup gadai apa saja dia ucap. Demi lihat aku berjaya depan hari. Lepas pulang dari toreh getah dia ke kebun pula. Tebang dan tebas jadi permainan. Nyamuk dan semut menjadi peneman. Namun dia gagahkan jua.  Aku terduduk sejenak. Fikir dalam dalam. Ya, betul tu. Ini harinya. Ada agenda perlu aku selesai hari ini. Aku masuk bilir air. Capai tuala yang tergantung pada pintu. Lilit pada tengkuk dan buka pili sinki. 'Shruuuuuu' berderu deras air keluar dari kepala paip. Tapak tangan kutadahkan air kasi penuh. Ratakan air semua di muka. Fuh, sejuknya hingga ke tulang pipi. Usa...

Wang

Not seratus Buat si kaya bernafsu syaitan Buat si miskin meringkuk kebuluran Not sepuluh Buat duit lebih penting dari nyawa Rodok pisau dalam perut demi sekeping not hina Not Lima Tapi banyak yang tak sedar mereka semua lemas Tersedak dalam lautan not kertas Not satu Kau hati hati dengan kertas ini Alpa kau sekali terus gelap isi hati

Tongkat tua //

Pembantu kepada manusia Itupun jika perlu Mereka kurang tahu Nilai estetika tiada banding Tiada tanding Dicipta dari kayu Sifat pasti teguh Sukar roboh Tegap tubuh Agar manusia sukar jatuh Jasa budi usah dilupa Walaupun datang alpa Sisa hidup letih menjaga Bukat pitis yang diminta Asal bakti Dikenang selama

Dua belas // Sedar

Baru ketika muncul sedar Usai belayar bahtera malam Diri tersentak sama terhentak Cuba bangkitkan ahli bumi Tugas berat semadi menanti Galas dengan niat hati Bingkas bangkit segera Selagi ada masa ada daya Nasib diri tiada di duga Bukan mahu berprasangka Yang lama suka meneka Kalau nasi jadi bubur Masa tidak bisa diundur Segarkan kelopak mata Ayuh manusia cela Karangkan satu cerita 

2000 / Nostalgia

Detik langkah luncur ke hadapan Tapi aku bantah bangkang Mahu duduk setia menanti Kisah lampau gopoh dicari Tak rela pergi Sisihkan merah hati Pegun sedih ala sepi Cerita dulu kala Banyak perencah Banyak perasa Yang manis , yang pahit Pernah lidah merasa Nasib malang ia pergi tanpa berita Lalu si hina bertukar hiba Kalau wujud mesin masa Deria aku getus meneka Manusia pasti sukar berduka Rindu cerita nostalgia lama Lupus semua seksa

11:09 / Mulut

Si tua bangka cerita Sebab mulut badan binasa Manusia endah tak terima Peduli apa siapa terseksa Asalkan nafsu maharajalela Mulut sumbing serupa longkang Nilai seorang Persis jadian binatang Kau lupa untuk cermin Siapa binatang , siapa bintang Aku tadah tangan ; Semoga diri lantas matang

7/14/ Kelas

Ruang kotak dihuni manusia bodoh Batu keras jadi pemisah dimensi realiti Hadir sang pendita Suapkan makanan enak duniawi Lahap si kecil ratah dengan dada kosong Cebisan terakhir dikunyah lumat Tak rela diri hilang arah terpesong Ada ketika , ada masa Selaput mengatup kelopak mata Mimpi menyelinap senyap masuk bersama rela Yang pasti tiada yang nyata Sehingga pekik guruh pendita Menyambar halwa telinga Terkejut kera , terbeliak mata Kelas kecil ; Ruang imaginasi tanpa infiniti.

Tipu dunia

Mari aku pecah Kepompong fikiran biasa Biar kau tahu,  Dunia bukan apa yang kau rasa. Dunia tempat hina  Tapi ramai yang bina istana Tanpa hirau tanpa sedar,  Pentingnya hidup di sana Duit jadi keutamaan rencana Tolak ketepi tiang agama Amalan tercatit tak pakai pena Kau tunggu nasib di dunia sana Jadi kau sedar apa itu dunia Jangan selamat punggung kau saja Tarik rakan seramai mana Walau tak sempurna namun ada usaha

Lanyak papan kekunci

Papan kekunci dilanyak tangan. Sudah terlalu tua papan kekunci itu. Apakan daya prinsip sang penaip selagi boleh lenjan sampai habis. Aksara huruf dan nombor sudah kian pudar dimamah hujung jari kurus. Jari kurus membawa ideologi dua orang pemuda muda keluar tipikalisma Akal giat guna, jari giat taip dan mata giat tatap kotak papar maya. Kotak yang bisa ubah manusia. Baik guna sejahtera kita, salah guna bazir usia. Kotak ini juga banyak membunuh manusia. Ya, misil dilancar juga guna kotak ini. Kadang aku terfikir hidup akan lebih indah jika dunia masih guna mesin taip atau 'typewriter. Mudah bukan? Tekan tekan tarik tambah dakwat tambah kertas. Tiada isu penyalahgunaan. Pornografi tidak sekali. Cuma ada aksara nombor dan huruf. Tiada imej. Imej lekap dikepala terjemah jadi tulisan. Layang fikiran sang penulis. Bangku sekolah bukan penghalang. Bahkan katanya jika minat mahu mula dari muda. Baru berjaya. Dua orang pemuda tulis pakai akal bukan nafsu. Blog jadi media mereka. Jad...

Pagi bumi

Oksigen pagi aku sedut. Sikit demi sikit lalu celah hidung kemek. Terasa kepekatan sejuknya. Dua tiga kali aku tarik dalam dalam. Tak nak terlepas rasa nyaman kurniaan. Embun kristal sudah bertenggek lentok pada hujung para dedaun hijau. Pabila ditiup lembut bayu pagi ia berderai jatuh basahi bumi. Di pohon cemara, sekawan burung khusyuk menyanyi. Bahasa yang aku tak fahami tapi merdu jadi melodi. Di sebalik dinding batu, ada pasangan masih lena. Nyenyak berkuak lentang. Sedang bermain dengan khayalan mimpi macam dalam tv. Kalau kau duduk tepi jalan, kenderaan kotak beroda empat semangat meluncur pecah keringat sunyi pagi. Ke sana ke sini dengan hala masing masing. Cuba perhati belah kiri. Makcik debab bertudung kuning langsat sibuk melayan kunjungan pelanggan. Jualan kuih muih serta nasi lemak kukus ayam berempah jadi santapan pagi anak Melaka. Tak cukup tangan gayanya. Nasib baik datang suami bermisai lebat sebagai pembantu. Bantu yang mana mampu. Siapa tak sayang isteri. Dan kau pe...

Mimpi

Pabila kau mimpi.kau senyum naik ke pipi.tak mahu henti.pegang erat jari halus si bidadari.lawe terbang jauh dari bumi.tinggalkan manusia yang takde hati budi.muncul matahari pagi kau celik.rasa macam pelik.kau masih dibumi.aku tahu kau mengerti.kau pejam semula mata.ingin sambung buat tahi mata. mana tahu kau terbang semula.

Jambatan tua

Bawah jambatan, Dia tinggal, Kadang sepi sorang diri, Mana keluarga, Manusia tak tanya, Baik pandang tanpa mata. Bawah jambatan, Dia tidur, Lengan tangan alas kepala bujur, Badan kurus tak bertutup, Lama lama mata terkatup. Bawah jambatan, Dia mimpi, Mimpi temu sang pari pari, Bibir kudis jongket ke atas, tanda senyum, Buaian fantasi. Bawah jambatan, Dia hidup dia mati, Dia pekik dia terlolong, Manusia keliling pekak bisu, Takut dicemuh jika bantu.

Si durjana

Kau pijak si lemah, Tanpa fikir dia manusia, Sedangkan kau dicipta dengan tanah. Sama macam dia. Kau cuba tindas, Sebab kau tak suka, Tak mahu tahu, Sengsara yang dia ada. Kau bukan pencipta, Cuma pendusta, Akhirat nanti, Kau yang celaka, Manusia lena.

Satu kartika

Benar bisik hati, Hawa bidadari, Bukan kiriman langit biru, Dia yang asli, Memukau kejantanan lagi meruntuhkan dinding egois ku, Cepat bantu yang termampu, Aku perlu sedar, Mimpi buruk berlaku, Dia bukan sang pencinta hakiki, Kau kedorong, Mari sedar pemabuk, Kau angau cinta palsu manusia ! Hari ini aku tunggu, Esok aku nanti, Lusa mana tahu, Kau sudi hadirkan diri, Mencelah mimpi malam, Baring tertiarap atas padang hijau mandian embun pagi, Bersama alunan unggas hutan, Teroka bintang bintang, Aku mahu, Ia   berlaku.

Cencaru masak lemak mak

Belakang rumah Wanita berambut hitam belang putih sedang khusyuk memarut kelapa di belakang rumah. Kedutan kulit sawo matang menampakkan usianya mencecah separuh abad. Berpeluh tubuhnya. Bau hamis kian mengundang. Demi perut yang lapar, sanggup sebegini rupa. Nasib baik kerusi kayu kecil menjadi pengalas punggung anjalnya. Kurang penat tak sakit pinggang. Lauk makan tengah hari sudah difikirkan dalam otak. ‘Cencaru masak lemak’. Menu tengah hari yang cukup lazat. Kepekatan kuning kuah menaikkan nafsu makan manusia sekira direnung lama. Segala bahan disusun sebaris panjang di atas meja kayu yang kerap goyang ke kiri ke kanan. Kuali dipanaskan pada tahap suhu sesuai. Tidak terlalu panas atau terlalu perlahan apinya. Seusai itu, kewarasan akal perlu digunakan. Segala cara dan proses penyedian harus melekat pada minda. Hilang satu lain jadinya.Tetapi naluri seorang ibu sukar dipertikai. Jarang salah melainkan betul. Kesabaran dan keikhlasan hati perlu di gaul ketika kuah sedang ditumi...

Bayu malam

Bayu nyaman tiup lembut Terbang kembang rambutmu mengikut Sejuk bayu rasa selesa Dihirup dinikmati si kaki dua Bayu malam jadi pujuaan waktu si teruna berseronok waktu si dara berdansa ria di atas lantai maksiat Bayu malam jadi hirupan Air setan jadi minuman Joget tawa tak risau apa Saat seronok tunjang kepala Klise tamat beraksi di ranjang Pahala dosa tidak kau pandang Esok jadi bahan kau sembang  

Resepi cinta hati

Kalau aku simpan takde guna. Takde makna. Baik aku luahkan. Cerita pada semua. Resepi cinta. Aku dan dia. Kalau aku cakap cinta pertama. Orang tak mahu percaya. Kutuk sana perli sini. Tapi cerita nyata buat apa aku nak persenda. Tambah dosa . Cerita bermula. Pertama mesti ada bahan penting ; perasaan. Kedua ambil niat betul dalam laci sembunyi. Kalau lari kau pelu cari. Dah dapat teruskan misi.Yang utama cinta dia. Pasang perisai supaya laki lain tak mampu curi. Robek hati dia. Jangan kuat takut terlepas. Diam perlahan aku cadang. Tarik perhatian itu penting. Sebab ia berguna waktu genting. Jangan tambah perisa ego. Mungkin relay ko mampu goyah. Macam dahan papaya dihembus angin. Tak kukuh. Gaulkan kasih sayang yang diceduk dalam sungai hati. Apa yang kau impi mungkin lebih berseri. Kisar kan kepercayaan. Tuang perlahan dalam kuali hati. Tunggu lima minit. Cuba kau bau. Cinta sang romeo pada juliet. Semerbak bau cili masuk dalam lubang hidung. Kau akan bersin sebab terlalu roman...

Manusia II

Kau nilai aku pada baju Kau nilai aku pada kasut Hina pandanganmu cerca di hatimu, Aku tahu Mungkin aku busuk Kau tak suka Mungkin aku selebet Kau tak suka Mungkin aku tak segak Kau tak suka Ya, sebab luar yang kau nilai Tapi kau lupa Busuk inilah yang bina rumahmu Busuk inilah kerja di kilangmu Manusia

Kapista lucu

Kau gemuk, Kau gendut, Kau buncit, Aku gelak tutup mata bunyi decit. Kau kata, Aku keding, Aku keping, Bukan Chin Peng. Kau tawa mulut sumbing. Tangan kau atas bahu aku, Senyum kelat jangan begitu, Jadi taulan, Bukan lawan kita kawan.