Bidadari pagi



Sepi pagi tercalar,
Si ibu sudah sedar,
Mimpi buruk dibiarkan terhenti lenyap,
Tugas besar mahu segera,
Bin suami belum terjaga,
Apa kira sejuk menikam tulang putih,
Hanya bentar dia gagah,
Air mata sekat tak mahu mengalir.

Kelentang keluntung bunyi dapur,
Begitu lagaknya,
Dia mula dan mengatur,
Sudah tahu apa patut,
Tunggu anak sedar diri,
Isi itu segera ini.

Comments

Popular posts from this blog

#RukuntakBeriman

Kantuk

Mimpi