Siapa Sangka
“Mak, orang gi dulu !” laungan suara jantanku memecah sunyi pagi di Taman Rimba Bara untuk memberitahu mak yang aku bingkas mahu berangkat pergi. Ke mana lagi destinasi kalau tak ke pejabat. Kerja serupa robot kadang buat otak aku mahu tercabut. Rutin yang aku perlu ulang setiap hari kecuali hari minggu. Tapi hari minggu yang sekadar dua hari, celah tahi gigi saja. Menanti sahutan aku dibalas, aku membetulkan posisi tai yang terlalu ke kiri.Takut takut kerana tai senget aku dimarahi bos nanti. Bagi dia polisi syarikat sangat diambil kira; penampilan diri melambangkan identiti. Sudah beribu kali ayat itu digunakan kepada para pekerjanya. Inilah padah dapat bos yang lain spesies. Selesai, jeritanku tadi masih tidak diendahkan oleh manusia di dalam. Mana mak ni. Sembahyang ke? Getus hati ku dalam dalam. Aku toleh pada tangan kiri yang berlilit jam hitam. Jam Tissot yang baru aku terima dari pemberian bakal tunang ku, Sarah. Tanda cinta kami yang masih kukuh. Jarum panjang berhe...