Siapa Sangka
“Mak, orang gi dulu !” laungan
suara jantanku memecah sunyi pagi di Taman Rimba Bara untuk memberitahu mak
yang aku bingkas mahu berangkat pergi. Ke mana lagi destinasi kalau tak ke
pejabat. Kerja serupa robot kadang buat otak aku mahu tercabut. Rutin yang aku
perlu ulang setiap hari kecuali hari minggu. Tapi hari minggu yang sekadar dua
hari, celah tahi gigi saja.
Menanti sahutan
aku dibalas, aku membetulkan posisi tai yang terlalu ke kiri.Takut takut kerana
tai senget aku dimarahi bos nanti. Bagi dia polisi syarikat sangat diambil
kira; penampilan diri melambangkan identiti. Sudah beribu kali ayat itu
digunakan kepada para pekerjanya. Inilah padah dapat bos yang lain spesies.
Selesai, jeritanku tadi masih tidak diendahkan oleh manusia di dalam. Mana mak ni. Sembahyang ke? Getus hati
ku dalam dalam.
Aku toleh pada
tangan kiri yang berlilit jam hitam. Jam Tissot yang baru aku terima dari pemberian
bakal tunang ku, Sarah. Tanda cinta kami yang masih kukuh. Jarum panjang berhenti pada angka 1 manakala
jarum pendek masih pegun pada angka 8. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan
jari telunjuk. Sembahyang apa pulak
time-time macam ni. Aku bermonolog. Pelik bertambah tambah pelik. Mana lah
orang tua ni. Kang aku blah touching
pulak. Nak pergi tak bagitahu la apalah. Haih blah je lah. Aku pasrah dan
tekad mahu ke pondok bas, menunggu seperti sedia kala tanpa mengucup tangan mak
dan mencium pipi gebunya. Walaupun berat hati tapi bos pasti menyingga
sekiranya aku lewat kali ke tiga ini. Tak sanggup aku di maki pagi hari.
Meranapkan keindahan hari ku saja.
Cuma sepuluh minit
berjalan, aku tiba di pondok menunggu bas. Kelihatan hanya aku bersama seorang
tua yang membawa bakul kosong. Mungkin baru pulang dari menghantar kuih barangkali.
Sedang aku usha dia, bas Panorama muncul dan berhenti depan mata. Belum menyempat
kerusi yang aku duduk mahu panas. Aku segera berdiri semula dengan bantuan dua
batang kaki dan berjalan longlai ke arah bas. Sebagai orang muda aku beri
keutamaan pada yang tua berumur. Setelah itu baru giliran aku pula.
“Selamat pagi
orang muda!” tegur pemandu bas bertopi adidas lusuh. “Senyum ah sikit baru
rezeki masuk”.
Aku balas semula,”
Pagi Che Mat” dan mengukir sekuntum senyuman manis. Dua keping not berwarna
biru laut aku hulur pada pemandu itu seraya mata bergerak ke kiri ke kanan bagi
mencari kerusi kosong. Dan di situ, selang empat barisan kerusi dari hadapan.
Aku memilih tempat duduk bersebelahan tingkap supaya dapat aku menghirup aroma
pagi. Tambahan pula bau baun seperti kentut versi perlahan dan mute kadang
memeritkan rongga hidung. Jadi tempat duduk yang aku pilih pasti sukar untuk
dirasa jika ada tanpa sewenang –wenangnya.
Jarak pejabat dari
rumah rasanya 1 kilometer setengah. Jadi 20 minit masa yang perlu aku luangkan
dalam benda kotak ini.
Bas berhenti betul
di depan pejabat. Aku bangun dan menghulurkan sebuah lagi senyuman ditambah
ucapan terima kasih pada Che Mat. Dia sekadar mengangguk tanpa suara.Sebelum
aku turun, sempat aku memerhati sekeliling
. Beberapa biji mata memandang tubuh katang ku selamba tapi aku lagak biasa.
Sampai di anak tangga, aku berhenti , mengambil sedikit masa. Mengeluh tanda
protes, malas untuk bekerja.
“Jangan malas anak muda,” Che Mat kembali
bersuara. Aku toleh kebelakang dan angguk perlahan. Lantas aku gagahkan hati dan perasaan. Langkah demi
langkah aku turuti tanpa berkata.
Sekali lagi anak
tangga pelu aku daki. Tapi kali ini bertambah bilangannya. Anak tangga yang
bakal membawa aku ke pejabat, penjara sementara. Menapak dengan lemah
lonlglai kadang mengasyikkan. Merasa
sedikit beratnya kaki mahu bekerja. Dan masa terus memintas aku dengan cemburu.
Angan angan untuk ke pejabat awal kini pudar warnanya. Warna yang pasti aku
tolak awal awal jika diberi pilihan. Aku tahu, aku sudah lewat tapi apa boleh
buat.
Tinggal empat anak
tangga lagi. Dan aku berhenti pada anak tangga yang kedua terakhir. Muka ku
berkerut seakan ditimpa masalah. Punggung pula cuba ditonggeng sedikit ke arah
belakang. ‘Pruiiiiiiiit’ dan ‘pruiiiiiit’.Masalah terjadi dan terhasil lah satu
bunyi. Bunyi yang mampu mencuri perhatian orang disekeliling jika didengari.
Bunyi yang bisa membuat orang tafsir akan aku seorang yang tiada adab serta
pengotor. Tapi sebelum aku meluahkan dua gas itu, aku sudah memeriksa jika ada
sesiapa di belakang. Takut malu bakal menimpa. Lebih teruk lagi jika dimaki
caci. Dan ternyata kosong. Tiada manusia.
Puas menikmati, aku senyum senang hati. Sekadar gelak kecil pabila
mengingati kejadian tadi.
Daun pintu dikuak,
kepala dijenguk sedikit. Aku berjalan masuk dan nampaknya aku yang terakhir
sampai. Aku mendekati si baju Merah, Anis lalu menyentuh bahu kirinya. “ Wei
bos dah sampai belum?”
“Hah lambat lagi.
Belum” jawabnya. Fuh, aku terselamat kali ni. Terima kasih tuhan. Aku berjalan
menuju ke meja bagi memulakan kerja. Beberapa kubikel perlu aku lewati. Dua
tiganya kosong tanpa penghuni. Mungkin mereka ke ruang dapur kecil . Meja ku
agak serabut, fail fail bergelimpangan merata tempat. Bakul sampah turut
dipenuhi dengan gumpalan kertas. Sekali lagi aku menghempas nafas malas. Aku
perlu mengemaskannya walaupun hati berat tidak suka. Lima minit saja
diperuntukkan dan selesai. Sekarang tugas mesti dimulakan.
‘Bismillahirrahmanirrahim’.
Tiga jam menghadap
koputer riba dan kertas kertas kerja yang menyesakkan kepala otak, perut
meminta supaya diiisi. Aku mengangkat punggung yang kebas melabuh di atas
kerusi kusien empuk. Lalu begerak ke ruangan dapur kecil.
Mug coklat yang
tergantung tangkainya aku ambil, sepeket nescaffe 3 in 1 aku pilih. Seperti
kebiasaan , aku akan membancuh air jika perut meragam. Biskut lemak menjadi
pengalas perut sebelum menunggu waktu rehat yang hanya beberapa jam lagi.
Sedang sibuk aku
menguyah, perut dengan tiba tiba cuba memberi amaran bebaur keras. Aku lantas
menyentuh perut yang ditutupi baju kemeja biru. Terasa seperti tsunami sedang
melanda. Sakit terasa pabila sang ombak menghempas tebing perut ku. Arghh ! Malapetaka
apakah ini? Aku bongkok sedikit cuba untuk mengurangkan kesakitan. Tetapi usaha
itu gagal. Deruan ombak kedengaran dan masih ganas memukul tebing perut.
Deraian peluh jantan mula jatuh membasahi lantai. Sedikit demi sedikit membentuk
lopak air yang kecil.
“Woi! Laju lari.
Ingat tadika ke hah!” tempik Daus setelah aku berselisih bahu dengannya. Ya
memang aku sedang berlari kerana perut yang masih bikin masalah. Kawan yang
lain juga memerhati tingkah laku pelik ku ini dan sekadar menggeleng kepala.
Selekoh pertama
aku berjaya lepas dan tinggal selekoh kedua sebelum sampai ke tandas. Tidak sabar
untuk melabur pagi pagi ni.
Sesampai saja,
segera pintu tandas dikuak ganas. Menerjah masuk tanpa memerhati keadaan
sekeliling. Pintu ditutup dan bermulalah pembuangan pepejal yang sepatutnya. Hanya
bunyi pancuran air yang kedengaran memecah sepi ruangan tandas.
Sedang aku leka
berangan sambil memerut, dua suara yang dengan tidak sengaja bermain di halwa
telinga ku. Agak terkejut kerana suara itu amat aku kenal. Lembut bunyinya. Aku
yakin ianya milik dua bidadari, Anis dan Hanis. Ini bermaksud aku telah
melakukan kesilapan besar. Terlalu besar. Aku terkesima, cuba untuk menenangkan
diri. What the fuck! Aku kat dalam tandas
perempuan!. Jerit aku dalam hati. Mahu saja aku berteriak macam orang kena
sawan tapi itu tindakan bodoh yang mampu memalukan reputasi diri.
Perut aku kini
sudah tidak sakit lagi. Bisanya telah hilang pergi. Sekarang satu lagi masalah
yang perlu aku hadapi ; terperangkap dalam tandas yang bukan muhrim. Haih
malang sungguh nasib ku hari ini. Aku berdiri sedikit, mengenakan kembali cangkuk
seluar slack hitam dan mengendap pada celahan lubang di tepi pintu kerana mahu
memerhati tingkah laku mereka. Nasib lah tandas yang aku pilih tandas cangkung.
“Hanis, malam ni
free tak? Temankan I shopping. Kasut Chanel I dah rosak”, keluh Anis sambil menyapu
gincu pada bibir halusnya. Merah menyala jadinya.
“Okay okay, tapi
you kena belanja I makan. Amacam? Deal?”, segera Hanis menerima ajakannya
dan sebagai balasan menyuruhnya belanja
makan malam.
“Alright, u jap
eh. I nak cencing. Hehe”, Anis memuncungkan bibirnya seakan itik kampung dan
berpusing kebelakang untuk membuang cecair terkumpul.
“Lah u, tengok ni.
Tandas pebret I dah ada orang amik. Cibs”, sekali lagi dia bersuara. Bersuara
kerana tandas kegemarannya sedang digunakan oleh aku. Bahang bahaya kian hampir
aku rasa.
“Dahlah u amik
tandas lain. Kan ada 6 lagi ni hah,” jari telunjuk Hanis menunjuk ke arah
beberapa tandas yang pintunya masih terbuka, tiada penghuni.
Dengan berat hati
anis bawa, dia pergi juga ke tandas yang kelima. Bersebelahan dengan aku.
Gluup! Aku telan air liur yang makin kering. Harap harap dia tak jengok
kepalanya ke sebelah sini. Mampuih aku.
“Dah jom,” pelawa
Anis pada Hanis sebaik bunyi pam tandas ditarik.
Aku menarik nafas
lega. Kerunsingan yang melanda semakin menipis setelah keduanya berlalu pergi.
Dada yang berombak sudah surut seperti sediakala. Keadaan diri kini sudah
terkawal. Sekarang aku bersedia untuk lari keluar sepantas yang mampu.
Selak yang melekat
pada pintu plastik itu aku tolak ke kanan. Perlahan lahan aku menarik pintu dan
melihat sekitar tandas. Kosong dan hanya kipas berputar ligat. Aku menghulurkan
kaki kanan ke luar, langkah yang pertama. Keyakinan semakin bertambah.
‘Srrrreeet’, aduh
malapetaka apa lagi ini. Tangan kanan tanpa disuruh menepuk dahi luasku. Aku
menarik semula kaki dan menyendal kembali pintu.
Bunyi baldi yang
dipenuhi air sabun diseret masuk ke dalam tandas. Aku menjenguk semula dan
seorang mak cik berbangsa India sedang menarik baldi yang dalamnya terpacak
sebatang mop. Lalu dia memulakan kerjanya, mengemop.
Aku menanti penuh
sabar. Kalau aku keluar sekarang pasti aku dituduh atas cubaan merogol wanita
yang sudah bergelar ibu kepada 6 orang anak. Padahal aku sekadar mahu pergi
cepat dari tempat ini. Tak sanggup aku popular di kaca tv kerana perkara yang
remeh sebegini. Haih cobaan.
Lamunan aku
tersentak tatkala telefon bimbit aku bergetar. Sengaja aku menukar mood vibrate
sebagai langkah berjaga jaga supaya tidak diketahui yang aku sedang menyorok,
membatu seorang diri. WhatsApp dari mak masuk beberapa saat yang lalu.
Bertuah punya anak
Pergi tak cakap pon
Siap kau balik
Hahaha
Alah orang dah panggil mak tapi mak tak
jawab pon
Berak lah tu
Haha
Pale otak kau
Dah jangan balik lambat
Mak masak sedap
Kepala ikan masak kari
Okay
mak
Tunngu
orang balik
Ye mak tunggu
Assalammualaikum
W’salam
Aku gelak
sendirian selesai ber-whatsapp dengan sang ratu hati. Sejak aku hadiahkan
telefon 5S yang canggih pada ulangtahun ke 55, dah tak main lagi sms. Kuno
katanya. Ada masa aku ajarkan cara menggunakannya sikit demi sikit. Lama lama
pasti dia tahu.
Tiba tiba pintu
tandas diketuk oleh jari jemari dari luar. Saat yang mencemaskan datang.
Adrenalin ku mengalir laju.
“Alooo ada orang
tak. Achi mau cuci”, suara wanita itu jelas kedengaran bertanya pada ku.
Aku buntu saat ini
dan butuhkan idea agar aku terselamat dari dimalukan. Segera aku memaksa otak
berfikir dalam dalam. Ahah!
“Ehem ehem!”, aku
berdehem kuat yang dibuat buat, memberitahu akan kehadiranku di dalam. Harap
dia faham.
“Oh wokey ada
orang ini dalam. Sori sori”, lantas dia meminta maaf walhal aku seorang lelaki
yang menggunakan tandas perempuan. Perkara yang boleh mendakwa aku di mahkamah.
Silap hari bulan aku boleh dibuang kerja.
Sedikit kelegaan
terasa di benak hati. Achi tadi berlalu pergi. Misi aku keluar dari sini harus
dipercepatkan. Lambat sedikit pasti perkara lain pula terjadi. Dah serik aku.
Tanpa melengahkan
masa, picu sendal ditarik dan aku segera keluar dari tandas. Perkara pertama
selesai. Kini aku kena keluar sebetulnya dari tempat yang sudah menyeksa jiwa
dan batin. Tombol pintu dipusing dan aku perhati dahulu keadaan di luar.
Positif untuk aku meneruskan langkah seterusnya. Dan aku memberikan satu ratus
persen kepercayaan kepada diri. Akhirnya aku berjaya keluar tanpa teragak agak.
Ketika aku mahu
menutup semula pintu, aku terkaku terpaku. Mak cik berbangsa India tadi berada
di sisi dan jaraknya sekitar dua meter. Aku memandangnya dengan senyuman yang
tiada rasa malu dan menunjukkan barisan gigi yang teratur padanya. Hanya mampu
tersengih seakan kerang busuk.
Mak cik berkulit
gelap itu memandang aku semula tanpa rasa pelik atau curiga. Dia juga memberi
sekuntum senyuman manis yang berharga.
Hanya tawa kecil yang kedengaran.
“Adik yang didalam
tadi? Tarapapa jangan malu, achi paham”, dia memulakan kata sambil tersenyum
menutup mulut. Kepalanya melenggok lenggok mengikut intonasi percakapan melayu
yang tungggang terbalik.
“Hehehehe.
Emergency tadi”, balas ku sipu malu. Pipi pula sudah bertukar merah padam.
“Jangan malu.
Bukan adik saja. Ramai lagi pernah achi nampak”, lantas dia memberitahu aku
tembelang yang bakal mengurangkan rasa malu yang bergelumang.
Aku usap dada yang
berkencang laju seperti mesin tebu.
“Oh ye ke. Selamat
bukan saya je. Hehe. Achi jangan kasi tahu sama orang lain eh. Janji?”, aku
menunjukkan jari anak kepadanya tanda berjanji. Sekiranya kawan ku yang lain
tahu, pasti aku dibahan cukup cukup. Walaupun belum terjadi tapi sudah dapat
aku bayangkan peritnya.
“Wokey adik”, dia
tersenyum manis langsung berjanji dengan aku. Jari telunjuk dan jari ibu
dibentuk menjadi bulatan tanda setuju.
Setelah itu, aku
segera mengorak langkah yang besar pergi dari tempat kejadian. Tinggalkan achi
di belakang.
“Adek oi!”, teriak
achi tu lagi. Suara keibuannya makin ketara naik.
Arghh apa lagi yang tak kena ni. Gumam
aku sendirian. Kepala ku segera menoleh mengikut arah jam.
“Itu zip kasi
tutup. Nanti angrybird terbang satu ofis. Tambah susah. Haha”, gelak besar achi
sambil aku dikenakannya. Aku hampir terlupa yang zip seluar masih ternganga,
membolehkan udara sejuk ditambah angin ekon masuk melalui ruangan kecil yang
terbuka. Erti kata lain sejuk lah ia nanti.
Aku sekadar
menyeringai dan menarik zip naik ke atas dengan tebal muka.
Dan
langkah mula diatur semula. Malu yang kepalang aku bawa bersama. Aku mengerling
jam, tinggal 20 minit lagi waktu rehat. Masih sempat untuk aku ke gerai bawah,
Gerai Zubaidah. Mengisi semula tong perut yang sudah kosong dengan lauk pauk
yang mengliurkan..
Dalam perjalanan
aku mengimbau kembali kisah tadi. Senyum sendiri mengingatkannya semula. Lain
kali aku harus berhati hati sebelum menerjah ke tandas. Melihat terlebih dulu papan
tanda atau simbol yang bersesuaian untuk jantan sejati sepertiku.
Aku fikir sampai di rumah, perkara
yang pertama akan aku lakukan ; cerita sama mak. Mak pasti tergelak besar,
pecah perut pabila mendengar cerita lucuku ini. Sekadar berkongsi pada orang
yang tersayang dapat menceriakan lagi hidup yang membujang. Tidak sabar mahu
menunggu saat itu. Saat yang tiada fulus mampu membelinya.
Sekarang satu hikayat lucu yang aku
sendiri lakar sudah bertambah dalam hidup.Pengalaman yang tak dijangka bakal
mematangkanku pada masa hadapan. Akan aku kenang walaupun masa pergi berlalu
tanpa memberitahu.
Comments
Post a Comment