Sepotong Kek Untuk Azizah
Entah untuk kali ke berapa Remy menilik jam, dia tidak pasti. Tapi yang pasti seseorang sedang menunggunya. Peluh yang mula membasahi belakang badan buat Remy tidak selesa. Perfume yang melekat mula melarut bersama. Dengan tergesa-gesa, Remy menyusun timbunan kertas sambil menarik-narik kolar bajunya membiarkan angin masuk. Disebabkan terlalu banyak laporan yang diterima, Balai Polis Seri Aman kelihatan sibuk dengan kunjungan mereka yang ditimpa masalah. Pen dan kertas tak lekang di tangan Remy bagi mengambil setiap butiran maklumat. Dan pelbagai ragam manusia perlu dia hadapi dengan tenang. Menyoal, mendengar dan mencatat sekaligus membuatkan dia lupa untuk lunch. Dan dia juga terlupa bahawa temu janjinya sedang menanti sebelum sebuah mesej masuk bertanya di mana keberadaannya. Selesai berkemas, Remy terus bergerak ke kereta dan menghidupkan enjin. Ditalanya penghawa dingin pada takat tertinggi lalu bergerak meninggalkan balai polis Seri Aman yang tak putus-putus di ma...