Ditulis Dari Hati yang Keras



Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah sesuatu yang telah dijangkau. Malah jauh panggang dari api. Tapi apa yang saya yakin buih kemesraan yang saya tiup tidak teralu lama untuk disorak bangga tapi cukup lama untuk 3 batang rokok menjadi puntung (malah lebih).

Yang klise untuk didengar adalah setiap pertemuan wajib disudahi dengan perpisahan. Ini bukan dibuat-dibuat tapi menjadi hukum alam. Ini juga bukan cobaan menegakkan  benang yang basah. Saya menjadi seronok untuk bualkan tentang perpisahan itu satu pilihan. Hidup ini saya cuma pegang pada “Hidup ini punya pilihan dan kita sendiri yang putuskan”.

Saya tertanya-tanya mengapa pilih seorang lelaki yang berulang kali membuat kau kecewa tetapi memandang sombong pada yang berusaha mendapatkan hati. Bila lelaki yang baik itu mula nak mengalah, kau akan cakap kalau mahukan sesuatu hendaklah setimpal dengan usahanya. Sedangkan kau yang beria-ia butakan mata pada lelaki yang usahanya menggunung. Yang takkan dapat diukur tara. Mudah saja untuk lelaki yang tahu mengecewakan mendapatkan tempat di hati kau. Apa sebenarnya yang berlegar di kepala kau duhai perempuan.

Kesabaran itu berulang kali diuji dan masih tidak melebihi batasnya. Dan terdetik satu masa ia meletus tak kau sangka. Kenapa perlu kau ungkit kisah lelaki itu seperti kaset lama yang kau sayang untuk buang. Walhal ia sudah luput ditelan zaman. Malah ia kaset yang mendera sanubari dan emosi. Dan saya hanya tempat kau singgah untuk melupuskan memori-memori pedih. Tapi ajaibnya memori-memori itu payah untuk dipadam. Mana mungkin boleh dipadam kalau kaset lama itu masih diagungkan dan disimpan.

Memang saya tidak waras untuk bercerita tentang perkara yang sudah memakan hati. Separuh ia telan kerana suatu keindahan yang tercipta bukan datangnya dari saya. Saya tidak akan terkejut dari mimpi buruk atau menangis kosong atas sebab-sebab yang tidak jelas untuk diambil pusing. Tetapi kemesraan sudah menjadi puntung yang akan dijentik buang. Kerana ia tidak lagi berguna untuk kau simpan malah jauh untuk kau jadikan kenangan seperti kaset lamamu.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Puisi cinta #1