Posts

Showing posts from October, 2014

Terlalu Sayang Akan

Hari semalam. Ayah ajak aku pergi kedai haiwan. Aku gembira. Ayah kata dia nak belikan aku seekor naga sebab hari jadi aku semalam. Aku suka.       Sampai kat kedai, ayah suruh aku pilih. Aku amik naga biru belang merah. Di kaunter, ayah hulur dua not hijau pekat. Tapi aku tak hirau. Aku tunggu dekat depan kedai sambil acah-acah naga yang dalam sangkar.          Dalam kereta. Ayah tanya nak bagi nama apa. Aku fikir. Mentol muncul dan menyala atas kepala. Aku bagitahu ayah. Nama dia Abot. Dekat seminggu berlalu. Lepas balik sekolah aku mesti jumpa Abot dulu. Bercakap dengan dia walau dia tak pernah cakap dengan aku. Aku tak makan dulu. Aku bagi Abot makan. Abot dah makin besar. Saiznya. Misai Abot panjang kalah atok Seman kat kampung.        Suatu hari. Abot nak makan benda lain. Dia tak nak makan ikan rebus lagi. Dari riak wajah dia muak katanya. Lalu aku pecahkan tabung aya...

Kabut Beracun

Kabus menutupi. Awan-awan samar. Mata kabur. Hidung kembang kempis menahan bau semacam menyengat masuk nostril. Kenapa mesti tiap tempat sebegini, getus hati. Adakah di bumi Malaysia saja? Atau aku silap?  Toleh ke kanan. Juga serupa. Samar-samar. Tiada pilihan diberi aku statik duduk atas kerusi panjang bersambung. Kerana bas lembab seperti siput babi aku tergendala malah terlambat untuk ke pejabat. Angka mahu berdetik ke lapan. Tolonglah ihsankan aku masa. Aku tak sanggup dihujani amarah bos, buatkan pagi aku spoil. Walaupun sudah spoil.  Bertambah kabur. Dari kadar kepekatannya menunjukkan dia ambil satu batang, bakar. "Uncle ! Hisap rokok jauh sikit lah ! Saya orang muda paru paru bersih !" , maaf aku tak tahan. Santun kemana.  Kanapa? Mengapa? Enak sangat ke gulungan rokok yang membinasa. Malah budak sekolah terpengaruh. Yang tua mahu dinasihat sudah liat.  Sedarlah penduduk Malaysia. Malah yang utama, Melayu. Tak ramai mana pun lagi. Hisap lah ...