Kabut Beracun
Kabus menutupi.
Awan-awan samar. Mata kabur.
Hidung kembang kempis menahan bau semacam menyengat masuk nostril. Kenapa mesti tiap tempat sebegini, getus hati. Adakah di bumi Malaysia saja? Atau aku silap?
Toleh ke kanan. Juga serupa. Samar-samar. Tiada pilihan diberi aku statik duduk atas kerusi panjang bersambung. Kerana bas lembab seperti siput babi aku tergendala malah terlambat untuk ke pejabat.
Angka mahu berdetik ke lapan. Tolonglah ihsankan aku masa. Aku tak sanggup dihujani amarah bos, buatkan pagi aku spoil. Walaupun sudah spoil.
Bertambah kabur. Dari kadar kepekatannya menunjukkan dia ambil satu batang, bakar.
"Uncle ! Hisap rokok jauh sikit lah ! Saya orang muda paru paru bersih !" , maaf aku tak tahan. Santun kemana.
Kanapa? Mengapa? Enak sangat ke gulungan rokok yang membinasa. Malah budak sekolah terpengaruh. Yang tua mahu dinasihat sudah liat.
Sedarlah penduduk Malaysia. Malah yang utama, Melayu. Tak ramai mana pun lagi. Hisap lah madu. Bukannya rasa seperti hempedu.
Bas menjenguk sampai.
Comments
Post a Comment