Terlalu Sayang Akan

Hari semalam. Ayah ajak aku pergi kedai haiwan. Aku gembira. Ayah kata dia nak belikan aku seekor naga sebab hari jadi aku semalam. Aku suka.      
Sampai kat kedai, ayah suruh aku pilih. Aku amik naga biru belang merah. Di kaunter, ayah hulur dua not hijau pekat. Tapi aku tak hirau. Aku tunggu dekat depan kedai sambil acah-acah naga yang dalam sangkar.         
Dalam kereta. Ayah tanya nak bagi nama apa. Aku fikir. Mentol muncul dan menyala atas kepala. Aku bagitahu ayah. Nama dia Abot.
Dekat seminggu berlalu. Lepas balik sekolah aku mesti jumpa Abot dulu. Bercakap dengan dia walau dia tak pernah cakap dengan aku. Aku tak makan dulu. Aku bagi Abot makan. Abot dah makin besar. Saiznya. Misai Abot panjang kalah atok Seman kat kampung.       
Suatu hari. Abot nak makan benda lain. Dia tak nak makan ikan rebus lagi. Dari riak wajah dia muak katanya. Lalu aku pecahkan tabung ayam. Berat juga isinya. Syiling terabur. Aku kutip letakkan dalam baju. Lantas aku pergi ke kedai Secret Recipe. Kayuh basikal. Aku belikan dia kek Strawberry Marshmallow Cheese. Dengan harapan dia suka.
Aku tunjukkan dia kek yang aku beli. Dia marah. Dia tak suka. Dia tak jamah.      
Dan aku ke KFC. Aku mintak chicken wing spicy sepuluh. Harap dia makan. Aku balik. Tunjukkan dia bungkusan merah putih yang berisi ketulan ayam. Dia tak suka juga. Dia tak mahu. Bantah. Banyak kerenah. Aku masih sabar. Sebab aku sayang Abot.
Aku menuju ke dapur. Buatkan dia maggi. Dua tiga minit diperlukan. Aku terdengar ibuku teriak namaku. Dengan selamba aku biarkan. Dari suaranya yang makin tak kedengaran aku mengagak dia naik ke atas, mencari aku di kamar.        
Maggi dah siap. Asap halus naik ke atas. Ditambah aroma kari menusuk nostril.
Aku masuk bilik semula. Tatkala di muka pintu bilik mangkuk maggi terlepas dari tangan. Aku terpana. Abot sedang makan makan ibuku. Kepala ibu ada di dalam mulutnya. Aku mula menangis. Aku pergi ke stor ambil senapang ayah buat memburu. Senapang diacu tepat pada Abot. Sau das tembakan dilepaskan. Abot rebah jatuh.

Aku terduduk. Tangisan semakin kuat, teriakan memenuhi ruang rumah.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1