Apokalips - Antara Dua Nyawa
MAKKKKKK!
ARRGHHHHH!
Untuk kali kedua, jantung
Suzanna kembali berdegup. Dari perlahan ke keadaan biasa. Kelopak matanya
diangkat naik. Kelihatan putih sekelilingnya seolah syurga yang kosong. Suzanna
mengeliat mencari keselesaan. Badannya rasa sakit-sakit berada di atas lantai.
Mungkin jam-jam yang berlalu ketika dia tidak sedar membuatkan sejuknya lantai
menggigit tulang-tulang yang ada. Membataskan pengaliran darah daripada efisien.
Lantas, kebas di badan terasa.
Suzanna cuba bangkit
perlahan-lahan. Tenaga yang dikumpul digunakan. Setelah berjaya berdiri,
tengkuknya dipatahkan kiri ke kanan. Dia memerhati setiap penjuru, cuba mencari
arah datangnya jeritan yang membangkitnya dari tidur yang lama. Sekilas,
kelihatan dua orang budak kecil terbaring dan seeokor makhluk bertaring seakan
harimau.
Perlahan-lahan Suzanna menapak
bagi memperlihat. Dan tergamam lalu mati langkahnya. Hatinya punah dan hancur. Seperti
yang tidak terjangkau dek akal manusianya, lopak darah yang memenuhi lantai
berpunca daripada dua orang budak kecil itu. Tengkuk dan tangan kanan mereka
dirobek seolah daging yang paling enak. Tinggal lebihan anggota barangkali buat
makan malam haiwan itu.
Yang paling menyedihkan, dua
orang budak kecil itu adalah anaknya sendiri –Raikal dan Dania. Terjelopok dia
jatuh. Air mata yang deras mengalir dilepaskan diiringi laungan histerianya. Kedua-dua
nama anaknya disebut berulang-kali seolah mereka akan sedar. Haiwan itu hanya
memerhati Suzanna. Taringnya yang berkesan darah segar. Sesegar kesedihan di
hati Suzanna yang paling dalam.
Kedengaran esak tangis Suzanna
semakin reda. Diseka air mata yang mengalir. Kembali kepada fikiran yang waras
bahawa anak-anaknya dalam bahaya. Ini cuma alam mimpi. Mereka dalam bahaya
fikir Suzanna. Suzanna berdiri dan mencari sesuatu yang bakal kembalikan rohnya
ke alam nyata. Dia ternampak sebuah
katil yang terbaring seorang perempuan mirip wajahnya. Terletak juga kantung
air tergantung pada sebuah batang besi
dan monitor yang memaparkan denyutan nadi.
Dengan pantas, Suzanna berlari ke
arah katil itu. Haiwan yang bertaring itu mengejarnya. Adrenalin yang mengalir
deras, Suzanna yang semakin pantas. Tidak sedikit pon dia menoleh. Dua nyawa
perlu diselamatkan.
Suzanna lompat sekuat hati menerjah tubuh perempuan itu yang seakan portal masa dua alam.
***
Mata terbuka. Suzanna meramas
wajahnya. Benar, dia sudah di alam nyata. Jarumnya yang mencucuk tangannya
segera ditarik lantas meninggalkan katil. Diragut kunci kereta yang tergantung
bersebelahan pintu biliknya, tas tangan maroonn dan terus menuju masuk ke dalam
kereta. Enjin dihidupkan. Pendingin hawa dipasang. Lelah nafas dihembus.
Tidak kelihatan sesiapa pun
kini. Bagai sudah dipukul ribut puting beliung. Suzanna menggagau mencari
telefon pintarnya dan mencari maklumat berkaitan haiwan yang bertaring itu. Dia
yakin bahwa haiwan itu yang menghuru-harakan keadaan sekarang.
Dalam sekelip mata, beribu
pautan mengenai haiwan itu terpapar. Perlahan-lahan bibirnya menyebut.
“Zanzibar Leopard.”
Handbreak diturunkan. Gear
dimasukkan.
“Cilake punya haiwan,” makinya
sebelum bertolak pergi ke tempat di mana anaknya mungkin berada.
Comments
Post a Comment