Posts

Showing posts from December, 2015

Hey Lelaki!

Hey lelaki Jangan fikir egomu tinggi Kami mengalah dan undur diri Hey lelaki Jangan fikir nafsumu berahi Kami takut dan jadi hamba abdi Hey lelaki Jangan fikir baranmu menggila Kami tunduk biar diseksa Hey lelaki Jangan fikir akalmu cerdas Kami tak setanding dan tewas Hey lelaki Jangan fikir mulutmu manis Kami terusik biar hati dihiris Hey lelaki apa jua lagak gayamu apa jua licik akalmu apa jua petah katamu Ketahuilah nanti kamu akan dibalas ; oleh mereka yang tidak kenal lagi erti belas hey lelaki!

Roda Kehidupan

Roda kehidupan yang berputar ; Kau yang dahulu hebat Sudah dibawah Untuk masa ini Kau sudah kalah Aku yang kau mainkan Seolah boneka anak kecilan Sekarang memijak henyak egomu Yang kau jadikan alasan Untuk pergi tinggalkanku Yang kau anggap kekurangan Aku dan engkau Dalam satu putaran Di atas sebuah roda kehidupan

Belenggu

Orang sekarang elok budinya, Kala berjalan tunduk sahaja, Kala makan tertancap tunduk, Bersama rakan usah dikata, Bagai perjumpaan para patung, Wah! wajahnya bercahaya, Jarinya berderap-derap, Telinga disumbat kadang, Dan apabila tenaganya habis, Mulalah teriak menangis, Mulalah bercakap pada yang terdekat, yang hadir.

Di Jam Dua

Kencang nafasku Dihembus menderu Turun-naik dadaku Bagai dipam lelaju Ditemani sang bayu Seolah memujukku Ekor mata yang menyaksikan Pada tiap baris perkataan Lanjutan menjadi perbualan manis Yang enak kau tuturkan Lantaran sebaris senyuman Tanpa noktah keraguan Yang kau hadiahkan Pastinya bukan untukku Yang hanya kau anggap teman Di jam dua Tercatat detik yang mengecewakan Di jam dua juga Kau akan kulupakan

Perempuan dan Harapan

Takut itu mereka kata pengecut Bagi mulut yang tidak bertutup Sedangkan harapanku yang tidak bertali Terus tidak bertali Seolah lelayang yang bebas menari Ditiup semilir keliling bumi Adakah itu mereka ketahui? Perempuan yang memberi harapan Menyesakkan nafasku Melupakan segala memori pedihku dan itu satu keterujaan Mana mungkin aku dapat lupakan Saat dia putuskan tali pengharapan Saat itu aku adalah lelayang Tanpa hala tuju Dan rancangan Belegar-legar di langit Tuhan Perempuan dan harapan Bukan satu kekalahan

DISEMBER Datang Lagi

Cuba bangkit dari kekhilafan lama Buka lembaran fasa yang baru Benar kata masyarakat marhaen biasa Adakala kita perlu mambatu memikirkan hala tuju menapak kaki ke medan perang yang baru Agar tak menyesal kelak untuk berpatah semula ke garisan permulaan kehidupan moga hati kuat menahan makian moga atma tegar menolak cacian Selamat Tinggal pada November jiwa kegelapan Selamat Datang pada Disember jiwa pengharapan