Tiket untuk Sarah
12 JANUARI 2013. 3 AM
Aku dah mati ke?
Bunyi
gas yang menyeruak keluar dari mana entah memonopoli rongga telingaku. Koklea
semua habis bergetaran. Mata aku masih terpejam dibalut kegelapan malam yang
menitipkan semilir serba dingin. Dingin bukan artifisial. Aku cuba buka mata
aku.
Dahiku
terasa sejuk lalu aku sapu guna telapak tangan. Dalam gelap malam itu cuma yang
aku dapat lihat cecair lantas aku letak pada hidung. Bau.
Bau
darah. Celaka, aku baru sedar. Ini luka tadi. Luka ketika aku sedang bergaduh
(bukan ‘bergaduh’) dengan isteriku, Sarah. Aku segera merehatkan kepala pada
headrest. Tangan pula aku anduhkan pada stereng berbalut kulit ini. Kereta Honda
Civic ini aku cuba hidupkan. Aku pulas kunci yang tertanam bersama kereta ini.
Brmpppppp ! Enjinnya terpadam. Minyak habis ? Bukan. Air kering ? Nah,
mustahil. Tiang lampu pada tengah jalan berturap itu mencurahkan nur jingga
kekuningan yang tipikal. Aku kerling keluar. Lebuhraya AMJ lenggang seperti
selalu cuma sesekali ada kereta dan motor merentas medan alfat ini. Yang pasti
setiap kali mereka lalu mereka akan melihat cermin sisi pandang belakang, lihat
kereta aku. Aku pun tidak tahu sejak bila mata aku setajam ini.
Macam
mana aku boleh ada kat sini ?
Jam
Omega pemberian Sarah ketika majlis perkahwinan kami dahulu yang dibuat
hantaran itu aku tatap lama. Detik jam menunjukkan pukul dua lima belas pagi.
Berlian (mungkin palsu) yang menghiasi setiap nombor pada jam itu cukup kena
dengan citarasa aku. Menggambarkan elegan. Aku suka. Aku masih ingat, waktu itu
Sarah kelihatan sungguh anggun berhijabkan blaus panjang rona ungu dan aku baju
melayu juga rona ungu lengkap dengan keris berlok sembilan.
Walaupun
pendingin hawa sudah lama terpadam, aku tak rasa panas sedikit pun. Mungkin
kerana hawa dingin yang membaluti tubuhku jam dua ini. Persoalan mengapa aku
ada disini dengan luka pada dahi masih lagi menghantui. Melihatkan pada luka
ini, aku anggarkan aku baru sahaja bergaduh dengan Sarah lalu capai kunci
kereta dan segera pergi. Yang pasti ini bukan pergaduhan biasa. Sarah belum
pernah lagi mengamuk seperti ini walaupun aku tahu dia seorang yang kuat
cemburu.
Eh
? Bagaimana aku boleh ingat semua ni?
Kepala
yang tidak gatal aku garu. Headrest kereta aku ni empuk juga. Tak sia-sia aku
beli. Aku baru sedar yang aku masih lagi memakai baju kemeja kerja dengan
seluar slack. Nah, lengkap dengan kasut kulit sekali. Nak kata aku baru balik
takkanlah aku lalu lebuh AMJ yang mengarah ke Merlimau sedangkan rumah aku
terletak dekat Bukit Katil. Nonsense, nonsense. Ada beberapa titik darah yang
menitis ke baju kemeja. Nasib baik warna hitam takdalah obvious sangat nanti.
Aku lap lelehan darah itu guna pergelangan tangan kemudian buka kancing baju
pada lengan. Aku lipat sehingga siku. Baru nampak macho.
Aku
buka juga butang baju pada leher dan tanggalkan tai rona biru yang dari tadi
menjerut leherku. Ah, terasa sedikit sensasi lega. Aku letakkan tai itu pada
tempat penumpang disebelahku. Telefon pintar yang tersimpan kemas dalam kocek
aku keluarkan. Punat ditepi aku tekan.
Bar-bar
servis kelihatan lemah. Cuma satu bar. Macam cukup-cukup syarat nak hantar sms
je. Internet jangan harap.
Aku
kuak pintu luas dan menapak keluar dari Honda Civic
HONNNNNNNNNNNNNNN
!
Cahaya
lampu lori itu menerobos ke bebola mata aku.
Oh,
tuhan.
***
11 JANUARI 2013. 11.45 PM.
“Awak
dari mana?” Dani belum sempat lagi menutup habis daun pintu. Beg bimbit
kerjanya masih dalam genggaman.
“Dari
kerjalah sayang. Kenapa?”
“TIPU
!” Bentak Sarah. Tergamam juga Dani. Tak sangka pula begini jadinya.
“Awak
keluar dengan perempuan mana hah? Saya tahu awak ada simpan perempuan lain!”
Amukan Sarah mula bercambah. Kaca mata yang bergantung di mata Dani dilipat dan
masuk ke kocek depannya.
“Kenapa
awak cakap macam tu? Suka hati awak je.”
“Dani,
Dani. Awak ingat saya tak tahu awak berseronok enjoy enjoy dengan apa nama
betina tu? Mia eh ? Haa Mia.”
“Mia?
Sarah, Sarah sayang. Tolong jangan salah faham. Takda apa-apa antara saya dan
dia. Dia rakan sekerja saya je. That’s all.” Erat gengam tangan Sarah, Dani
seret ke dalam bilik mereka. Sarah meronta tidak mahu. Namun, semakin kuat
rontaan Sarah semakin kejap genggaman Dani di pergelangannya.
“Dani
! Let me go.” Sarah masuk ke dalam bilik. Dalam tidak mahu dia kalah jua akan
kehendak Dani.
“Okay
now. Take a deep breath. Calm down Sarah. Kita bincang kat sini. Habis kat
sini. Apa yang awak tak puas hati?”
“Mia
! Saya tak puas hati pasal Mia. Siapa betina tu?” Genggam tangan Dani dilurut
Sarah. Dani melepaskan genggam kejap tangannya. Minta maaf Sarah, saya tak berniat nak kasar.
“Okay,
Mia? Dia rakan sekerja saya.” Sarah duduk di kerusi meja solek. Si lipstik cuma
lihat perilaku dua jentera asmara itu.
Sarah
mula genggam botol minyak wangi kaca yang separuh penuh di atas meja solek kayu
itu. Bergetar tangannya menahan amarah cemburu dan dusta Dani. Lirik mata Sarah
mara maju menikam kornea coklat gelap Dani. Dani balas pandangan matanya dengan
sayu.
“Rakan
sekerja? Saya stalk phone awak semalam. ‘Meet me tonight. Windmill Bukit
Beruang.’ Explain that Dani !” Dani kelu. Lidah beku. Otak beku.
“Kenapa
senyap Dani? Dah kantoi?”
“Tak,
Sarah. Saya…” Belum sempat Dani habis berkata botol kaca minyak wangi tadi
melayang.
“PENIPU
DANI ! KAU PENIPUUUU!!!!”
Bukkk!
Prangggg!
Serpihan
kaca berserakan di sekitar Dani. Dia duduk jatuh tersandar pada pintu.
Kepalanya terasa berat. Dia dapat rasa sensasi sejuk dan aroma darah keluar
dari dahinya. Makin lama makin banyak. Dani tahan luka di dahinya dengan tangan
kosong. Matanya berbinar. Yang dia cuma boleh lihat sekarang adalah wajah Sarah
yang bersisa amarah namun ditambah raut cuak. Dia ingin tertawa. Comel juga
isterinya ketika marah. Tertawa yang terpendam dalam hatinya cuma terzahir
dengan elus senyum tawar bibirnya. Tangannya merah dibasahi darah sendiri.
Perlahan-lahan dia cuba bangun dibantu papahan dinding.
“Dani
? Awak okay?” Jelas benar suara Sarah yang bergetar.
“Nanti
saya balik semula.” Dani lekas buka pintu yang tadi dia sandar. Melangkah
keluar. Kunci Honda Civic yang tersimpan kemas dalam koceknya dia keluarkan.
Pintu rumah ditolak lembut. Selepas henyak kusyen empuk kereta dengan pantas
Dani hidupkan keretanya lalu dipandu keras. Semasa keretanya masih bergerak
mengarah ke belakang(reverse) dia sempat toleh pada muka pintu dan lihat Sarah
pada muka pintu. Ego masih tersisa. Heh,
siapa kata ego lelaki tinggi?
Sorry Sarah. I really didn’t meant it.
***
25 SEPTEMBER 2012. 9 PM.
“Sayang,
boleh tak kalau kita pergi bercuti kat Glasgow?” Soal Sarah. Dani terpempam.
Mana nak cari duit? Duit kereta lagi, duit rumah, hutang bank, kad kredit, duit
hutang PTPTN. Dani mengeluh.
“Nanti
abang fikir. Mana nak cari duit. Okay sayang?” Balas Dani. Riak muka Sarah
jelas dia menarik muka. Dani geram. Dicubitnya pipi Sarah.
“Alalalalalala,
merajuk ke?”
“Mana
ada merajuk.”
“Ye
sayang. Nanti kita pergi okay? Just give me some time. Nak kena ada savings
kan?” Sejurus itu Sarah lantas mengangguk. Hawa dingin membalut dua kujur tubuh
yang berbaring pada katil keras bertilam lembut jenama Dunlo Pillo. Sarah yang
merengkot beralas lengan Dani menukar posisi. Mengiring ke arah Dani. Tangannya
memeluk Dani erat. Dia kucup pipi Dani mesra. Dani selak rambut Sarah yang
menutup roma-roma wajahnya. Jari dilurut ke belakang telinga. Subang Habib
tertanam di telinga Sarah. Hadiah hari jadinya tahun lepas.
Sarah
menutup matanya dan terus lelap berbantalkan lengan Dani. Dani lihat meja solek
kayu yang diserikan pelbagai bedak, krim dan semua perkakas pencantik muka.
Dani belai lagi kepala Sarah.
Glasgow? Hm, mana aku nak cari duit? Berat
ni.
Hanya
bantal-bantal dan dinding-dinding mendengar rintihan Dani. Dia merenung jauh.
Seakan bias tembus dinding biliknya dan terus ke dapur lalu ke rumah sebelah
dan seterusnya. Sayangnya pada Sarah tidak ada tolok tandingnya. Apa hajat
Sarah, semua (hampir semua) diturutnya. Dia tidak sanggup melihat rajuk Sarah.
Tidak mengapa dirinya dilukai. Dia tidak kisah Cuma apabila melihat Sarah
bermuram durja dia mula ditikam perasaan bersalah. Kasihan benar melihat Sarah.
Tapi,
permintaan Sarah untuk ke Glasgow kali ini benar-benar buat dia buntu. Glasgow
bukan dekat. Disana nanti boleh kerat jari jika Sarah tidak mahu
membelah-belah. Ah, sudah pasti. Dani sudah masak. Berhempas-pulas seliratan
otaknya memikirkan hal Glasgow ini.
Sekarang
ini dia cuma ada beberapa pilihan :
- Beritahu Sarah yang dia tidak
punya duit sebanyak itu untuk ke Glasgow.
- Kerja bagai nak gila, kumpul
duit dan pergi Glasgow.
Rompak bank.
Jadi pelacur lelaki.
Nah, sudah pasti tindakan kedua
paling bernas. Dani tersenyum sendiri. Glasgow Dani pergi.
Eh, Glasgow tu kat mana eh?
***
Beberapa
hari selepas malam itu Dani mula mengikat perut dan mencari beribu cara
mengumpul seberapa banyak duit yang dia mampu. Demi Sarah, demi Glasgow.
“Dani
! Bos panggil.” Teriak Sabri yang baru keluar dari bilik Tuan Samuel, Pengurus
besar Sinar Jaya Holdings.
Dani termangu-mangu. Nak kata dia
selalu datang lambat? Tidak. Rekodnya memang bersih dari segala isu disiplin di
pejabat. Nak kata dia pernah bergaduh? Lagilah tidak. Jadi, dengan belenggu
persoalan menjerut dia melangkah ke bilik Tuan Samuel. Knob besi yang menembusi
pintu kayu bercat hitam itu Dani tolak perlahan. Di dalam Dani lihat Tuan
Samuel sedang duduk di atas sofa kulit jenama Lorenzo berbentuk L. Ruangan
kerjanya kelihatan sepi.
Berhampiran Tuan Samuel, tersergam
jasad hawa yang dihijabi dengan baju kemeja kelabu diserikan dengan blazer
hitam. Seluar slack hitam ketat dan kasut kulit Jimmy Choo sudah cukup menggambarkan
dia seorang korperat. Rambut yang dipotong dibawah paras bahu dan sedikit
perang buat imej dirinya kelihatan comel. Kulit putih kekuningan membenarkan
telahan Dani yang dia merupakan seorang kacukan. Dani tak berkedip memandang
perempuan itu.
“Dani,
kenalkan Mia. Mia, Dani.” Mia bangun dan menghulurkan tangan mesra pada Dani.
Dani sambut.
“Saya
Dani.”
“Saya
Mia.”
Senyum
bertaut. Hati belum terikut.
“Dani,
kita ada dapat satu projek bersama Cyber Tech Sdn. Bhd. Dibawah seliaan Datuk
Abu Bakar. Mereka yang pernah berurusan dengan kita dulu dalam projek vending
machine serata kawasan Ayer Keroh. Kamu ingat?”
“Yes,
I noticed that sir. What’s the new project about?” Dani terus pada soal utama.
“Why
you seems so serious Dani? Chill. Hahaha.” Terlahir gelak dari Tuan Samuel.
Dani perasan yang Mia dari tadi memandangnya.
“Encik
Dani, biar saya jelaskan.” Potong Mia.
“Panggil
saya Dani je.” Dani mengelus seukir senyum buat Mia untuk rencah agar projek
ini berjalan lancar.
“Okay Dani.
Syarikat kami ada mendapat satu tender dari kerajaan untuk menghasilkan satu
projek generator solar dan telah mendapat dana bernilai RM 24 000 setakat
proses perlaksanaan. Kerajaan menjanjikan jika projek ini berjaya kami akan
mendapat wang pampasan sebanyak 2 juta. Projek ini akan menjadikan negeri
Melaka bergantung sepenuhnya pada tenaga solar. Tidak lagi pada syarikat Tenaga
Nasional Berhad (TNB). Jadi dalam menghasilkan grid ini kami memerlukan seorang
yang berpengalaman dalam pembacaan dan pengaturan struktur elektronik dalam
skala besar. Jadi kami ingin bekerjasama dengan awak Dani.” Mia terang panjang
lebar.
“Can I assume
here that I will be the one who brainstrorm this prject. Yang merangka semua
circuit-circuit elektronik?”
“Yes,
exactly Dani.”
“Berapa
saya dapat jika projek ini berjaya?”
“Roughly
around 50K.” Jawab Mia.
Senyum terukir sekali lagi pada bibir Dani. Menarik. Dani hulur tangan pada Mia.
“Happy to
working with you Mia.”
Mia terus
menerangkan prosedur-prosedur seterusnya dan mereka berbincang terus dalam
bilik Tuan Samuel di atas kusyen kulit empuk Lorenzo.
Glasgow, Glasgow here I come ~
***
RABU, 10 OKTOBER 2012. 8 PM
Dani masih
belum lagi balik menyiapkan semua plan - plan projek barunya. Cuma kubikelnya
sahaja yang masih bercahaya. Yang lain semua sudah gelap. Dia rancak bermain
tetikus dan menerjah papan kekunci rona hitam itu.
Keletak –
keletak – keletak
Bunyi kasut memijak lantai mengumpan perhatian Dani.
Mungkin pengawal keselamatan. Biarlah.
Dani mencicip sedikit kopi sejuk yang dibancuhnya petang tadi. Makin lama bunyi
itu kedengaran mengarah ke kubikelnya.
Aduh, semak betul pak guard ni. Mesti nak ajak bersembang.
“Dani ! Apa
awak buat ni !” Mia mencampakkan plan yang sudah siap pada meja Dani.
“Macam mana
awak tahu saya ada kat sini?”
“Saya tahu
awak belum balik. Hey, hey, apa awak buat ni ha? This is bullshit okay. Plan
awak untuk pakai komponen IC dalam circuit pakai banyak kos. Datuk Bakar suruh
awak cari another alternative.” Plan yang sudah Dani siapkan Mia direnyuk. Dani
tarik nafas panjang. Titik peluh sehingga jam 11 malam setiap hari kelihatan
seperti sia-sia. Dia ambil kertas plan yang direnyuk dan tampalkan pada dinding
kubikelnya menggunakan tape selofon. Mia masih tercegat disitu.
“Ada apa
apa lagi Datuk Bakar kata?”
“Setakat
ini takda apa lagi.” Mia membuka satu butang kemejanya. Panas.
“Esok you
siapkan okay Dani? I datang lagi nanti esok.”
“WHAT?!
Esok? You dah gila ke? Mana sempat.” Bentak Dani.
“Ah, bukan
masalah I okay. You punya pasallah. Yang I tau esok pagi pukul 9 I datang mesti
dah siap.”
Musibat perempuan ni. Dani tersandar
pada kerusinya. Melepas lelah. Barangkali hari ini langsung dia tidak balik.
Setelah beberapa minggu bekerja dengan Mia baru dia tahu yang Mia ini seorang
yang agak bossy. Penyesalan yang lahir cepat terhapus setiap kali teringat akan
duit 50K.
“Tapi maybe
I can help you.” Mia bersuara lagi.
“Macam
mana?” Mata Dani laju bergerak pada Mia. Keliru, tiba-tiba sahaja Mia ingin
membantunya.
“Maybe this
can help you out.” Mia lantas duduk diatas peha Dani dan membuka butang
bajunya. Bibir mereka bertaut sebentar. Dani terus menolak keras Mia. Mia
terjelepuk pada lantai.
“Mia, you
dah gila ke? Im married.”
“Jual mahal
!” Mia bangun dan terus melangkah pergi. Tujahan jantung kencang membuatkan
Dani berpeluh hanya kerana aksi tadi. Selepas hilang sensasi adrenalin dia
lihat Mia sudah pun hilang. Mungkin sudah pulang. Atau mungkin sedang
melampiaskan nafsu dengan pak guard. Siapa tahu?
Haih, macam mana aku nak tukar balik ni?
Dani menarik rambut pendeknya ke belakang. Dia merentap kasar. Cuba hilangkan
pening di kepala, mana tahu ilham sekali tiba.
Namun aksi
Mia sebentar tadi jelas menganggu Dani. Nasib baik dia sempat menolak. Dia
mengeluh lagi. Tetikus dan papan kekunci menenggelamkan dia dari alam realiti
hingga esok pagi.
***
12 JANUARI 2013. 3 AM
Lori tadi
lalu menembusi aku. Aku ingat aku akan mati. Rupa-rupanya aku memang
benar-benar sudah mati. Bagaimana aku mati? Haih, ini runsing. Macam mana
dengan Sarah? Siapa nak jaga dia nanti? Runsing. Runsing. Aku duduk atas jalan
raya bertar.
Tiba-tiba, sinaran putih menerjah mata aku. Silau. Aku
terpelahang ke belakang. Tar-tar jadi baringanku.
***
Air mata Dani seka guna tangan. Dia tidak menyangka
yang Sarah sanggup berlaku demikian. Renik-renik darah yang lahir dari luka
pada dahi Dani biar mengalir. Asal tidak kena pada mata. Pemanduannya
terhoyong-hayang. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Matanya tidak boleh fokus
kerana matanya acap kali menjadi hitam, berbinar.
Dia menyusur masuk ke lebuh AMJ. Dia tidak kira tempat
dituju. Asalkan boleh lari sebentar dari semua stress yang menujah dirinya.
Keretanya dipandu laju. Dani hilang pertimbangan.
“Woiiii gila ke?!!! Bawak kereta takde kesen ke?”
Pekik entah siapa yang kemudian lempar Dani dengan jari tengah yang keluar dari
tingkap. Dani hanya tengok lesu. Darah dari dahinya belum kunjung surut. Berdenyut-denyut.
Gelap.
Pandu.
Denyut.
Gelap.
Pandu.
Berdenyut.
‘Honkkkkkkkkkk!!!!!!’
‘Scretchhhhhhhhhhh’ Tayar mengaum
‘Bammmmmm!!!’
***
10 JANUARI 2013. 9 PM
“Dani,
congrats semua proposal dan plan dah lengkap. Jadi semua kerja awak dah siap
lengkap. Kami akan bergerak ke fasa perlaksaan and we will refer to you if any
problems occur.” Datuk Bakar terang beri penerangan.
“Kami akan
rujuk pada techniciankami dulu kalau ada apa-apa nanti. Anyway, cek dah dapat
kan ? Er, Mr. Dani?”
“Ya, ya
Datuk. Saya dah dapat.” Dani pamer sengih. Malu kerana alpa melihat
persekitaran. Suasana Windmill Bukit Beruang pada malam itu kelihatan agak
tenang. Mungkin kerana hari bekerja orang lebih suka makan di rumah. Mungkin.
“Jadi Mr.
Dani, thank you for you cooperation. Jika takda apa-apa saya bergerak dulu.
Saya ada benda lain ni.” Datuk Bakar hulur salam pada Dani. Kemudian dia bangun
disusuli Mia yang memberi pandangan tajam pada Dani. Dani balas pandang. Dia
hanya lihat kosong. Hampir perempuan itu merosakkan tebing perkahwinannya.
Usai Datuk
Bakar dan Mia beredar pergi Dani melihat jus oren dalam cawan kacanya. Dia
hirup sedikit. Kemudian dia keluarkan dari poket dua kertas merah.
‘Kuala Lumpur – Glasgow’
Tiket itu disulami warna merah dan kapal terbang
Malaysia Airline. Dani tersenyum. Tiket disimpan kembali dalam kocek seraya
bangun dan tinggalkan restoran barat tersebut. Dia melangkah masuk kereta.
Enjin dihidupkan dan pedal minyak dihenyak kuat. Dani beransur pergi.
Apabila dia
sampai di rumah, dia lihat Sarah sudahpun dibuai mimpi lena atas sofa. Tv masih
lagi hidup. Dani tersenyum. Jasad Sarah diusung masuk ke bilik dan diletakkan
atas katil. Dani kucup dahi Sarah lalu melangkah masuk ke bilik air untuk
menyental segala daki di badan. Dia kemudian baring di sebelah Sarah. Esok hari
besar. Isterinya pasti terkejut.
“Goodnight sayang.”
Lampu dikatup.
11 JANUARI 2013. 11 AM.
Senyap-senyap
Dani melangkah masuk rumahnya. Dia tahu isterinya sudah pergi ke pejabat. Dia
sengaja keluar makan tengah hari lebih awal dari biasa untuk pulang ke rumah.
Tiket itu dia pegang kejap pada tangan.
Permaidani
dipijak. Dia duduk sebentar pada sofa di ruang tamu. Dia lepas lelah berkejaran
balik ke rumah. Nanti pukul 2 kena masuk balik. Kerja, kerja, kerja. Dia
bergerak ke dapur dan menuang air kosong masuk ke dalam cawan kaca. Tekak
kemudian dibasahi air yang meluncur masuk.
“Mana aku
nak letak eh?” Tiket itu Dani pandang.
“Oh yes! Aku
tahu kat mana.”
***
Aku buka kornea. Semua bermain bagai layar perak. Aku
terpempam. Jelas bermain tadi. Aku bangun dari baringan tar-tar jalan. Badan
terasa ringan dan aku kini terapung bagai asap. Kakiku tidak lagi mencecah
tanah.
Semua sudah berubah. Keretaku tadi yang tersadai di
bahu jalan kini aku lihat bersepai berlanggar dengan lori berapa tan entah.
Tidak pula aku rasa ingin menangis kerana mati. Cuma yang menganggu fikiran
ialah Sarah. Aku risau akan dia.
Aku lihat banyak orang yang mengerumun keretaku. Lori
itu kelihatan teruk juga. Patutlah aku mati, heh. Aku terus naik keatas.
Mungkin masaku telah tiba. Aku pandang pada langit.
Aku biar jasadku (jasad?) terus terbang menuju pengadilan barzakh.
Pintaku tuhan, tolong jagakan Sarah.
Sarah, Im sorry.
Air mata berlinangan gugur.
***
EPILOG
Sarah terus menangis. Berita kematian Dani baru sahaja
dimaklumkan oleh pegawai polis yang tadi datang ke rumahnya. Dia lantas tutup
pintu dan baring pada katil. Kaca-kaca yang berserakan masih belum dibersihkan.
Dia letak kepala pada bantal. Esak, tangis dan raung berselang-seli dia ratibkan.
Tangan dia seluk bawah bantal untuk capai selesa. Ada kertas?
Sarah tarik keluar demi baca isinya. ‘Sayangku Sarah,
Glasgow we go!!’ Sarah baca memo itu. Dibelakangnya terlekat dua helai tiket.
‘Kuala Lumpur – Glasgow’
***
Comments
Post a Comment