Um-Brella
Tanpa
aku sedari, cinta itu candu. Aku high sepanjang masa. Semuanya nampak indah.
Seolah aku berlari di taman penuh bunga, rama-rama yang berterbangan dan tiada
manusia dengki. Sehingga satu segmen aku kecewa. Dunia kosong tanpa deria.
Termenung berpanjangan melihat apa-apa sehingga tembus. Dan kawan aku, Ali
perli ketika di sofa bersaksikan tivi, “Kalau tak kecewa bukan namanya cinta
bro.”
***
Pintu
kaca Klinik Dr. Rahmah aku kuak terus disapa angin luar. Tadinya bersuhu
selesa, kini bahang melata satu tubuh. Aku periksa semula ubat –ubat batuk,
ubat selsema, antibiotic- di dalam plastik. Cukup dadah-dadah yang dikirimkan
doktor.
Tanpa ada agenda lain, aku menapak
ke pondok bas. Matahari yang memancar seakan tiada belas kasihan. Panas, gerutu
hatiku.
Di pondok bas, kelihatan seorang
perempuan bersama payungnya yang terkatup turut memancing bas. Wajahnya tak
tumpah seperti Sofea Jane dengan potongan rambut ‘Bob’. Kulitnya nampak halus,
dress paras lutut dan ketinggian sederhana maha memukau.
Dengan langkah tersusun, aku duduk
sebelahnya. Bau perfume Chanel menusuk rongga. Ahh!
Aku berkira-kira. Sekiranya aku
menegur dengan berkata, ‘tunggu bas ke?’ seolah aku bertanya soalan yang bodoh
di pondok menunggu bas. Aku perlu cari idea.
“Hai.” Tegurku selamba.
Dia hanya mengukir senyuman.
“Nak ke mana?” cubaan kedua.
“Bukit katil.” Jawabnya lembut.
“Awak cantik.” Secara tidak sengaja
aku terlepas cakap.
“Hahaha. Awak sebenarnya nak apa?”
Sebuah bas panorama makin mendekat.
Tanpa berlengah aku menyatakan hasrat. Aku perlu berani.
“Saya nak nombor telefon awak.”
Dia keluarkan pen dari tas tangannya
sebelum menarik tangan aku. Telapak tangan aku dicatat sepuluh angka yang
mungkin mewarnai hidup kelamku semula.
Bas tadi berhenti betul-betul di
hadapan kami. Sofea Jane bingkas bangun bersama payungnya. Dia tersenyum indah
membuatkan aku disihir dengan rela. Setelah bas beredar, aku memandang nombor
di telapak tangan. Nombor ini bakal memulakan segalanya.
***
“Hello.”
“Ye,
siapa?”
“Saya
lelaki kat pondok bas.”
“Oh,
awak rupanya. Ingatkan siapa.”
“Boleh
saya ajak awak keluar esok?”
“Hmm pukul berapa?”
“Pukul
2 kat Taman Tasik.”
“Okay.
Ada apa-apa lagi?”
“Jap
jap! Saya tak tahu nama awak lagi.”
“Brella.”
“Sedap
nama. Well, saya Adam.”
“Simple
and clear. Baiklah saya ada kerja sikit. So, selamat malam, Adam. Jangan lupa
makan ubat.”
“Selamat
malam, Brella. Jangan lupa esok.”
***
Selepas berjumpa buat kali pertama
di Taman Tasik, aku ketagih untuk berjumpa berkali-kali. Cinta memang candu
yang kuat. Aku rancang mahu melamarnya menjadi kekasih. Tulus dari hatiku, dia
sempurna. Semuanya lengkap. Jarang perempuan sama sepertinya –romantik, cantik,
memahami, tidak meminta-minta dan simple.
Jadi aku menghantar pesanan ringkas
untuk berjumpa dengannya di mana tempat pertemuan pertama kami.
***
Seperti yang dijanjikan, hari ini
aku bakal melamarnya. Sebelum aku keluar rumah, langit sudah mendung menutup
matahari terik. Namun, janji perlu ditepati.
Aku bawa payung bersama.
Usai tiba, aku tunggu kedatangan
Brella sambil membaling batu ke dalam tasik. Hujan mula menitis jatuh. Brella
masih belum muncul dengan senyuman dan rambut ‘Bob’nya. Adakah hujan menjadi
penghalang untuk Brella keluar? Atau dia takkan muncul lagi? Jahat sungguh
hatiku meneka.
Payung yang dibawa aku buka. Semakin
lebat hujan. Lelaki yang baik akan menepati janjinya dan tidak mengecewakan.
***
‘Maaf,
hujan tidak mengizinkan saya. Maaf sekali lagi.’
Aku membaca pesanan ringkas dari
Brella, meminta maaf. Lelaki yang baik akan melupakan kejahatan daripada wanita
yang dicintainya.
Aku keringkan kepala dengan tuala
sebelum masuk mandi.
***
Petang
Sabtu bermalas-malasan. Aku berkemeja kemas, seluar jeans dan keberanian
segumpal di dada. Brella sudah berjanji untuk memberi aku peluang kedua. Aku
perlu manfaatkannya.
Sementara
menunggu bas, mindaku terbayang-bayang reaksi Brella apabila mengetahui apa
yang bakal aku katakan. Perjalanan menuju ke Taman Tasik tidak mengambil masa
yang lama seperti biasa.
Kelihatan
Brella sudah tertunggu. Aku mendekatinya. Perlahan-lahan bahunya disentuh.
Brella toleh melihatku dengan satu senyuman yang aku perlukan.
“Kali
ni awak awal. Malu lah saya.” ujarku sebelum mengambil tempat di sebelahnya.
Tak
lekang senyuman di bibirnya.
“Adam,
sebelum apa yang awak nak katakan, saya kena bagitahu dahulu something.” Brella
kelihatan serius.
“Apa
dia? Chill, jangan serius sangat.” Aku cuba sedapkan hati.
“Sebenarnya
saya tak wujud. Saya cuma imaginasi awak yang terbentuk daripada bayang-bayang
awak sendiri.”
Aku
terkesima. Kemerepekan apa yang aku dengar ini.
“Lawak
apa yang awak buat ni, Brella.”
“Saya
tak main-main. Saya tak datang masa hari tu sebab hujan. Dengan hujan, saya
takkan muncul. Mana ada bayang-bayang awak masa hujan.”
Aku
diam, mencerna apa yang dikatakan oleh Brella. Semuanya betul. Aku terlalu
dahagakan cinta. Selepas ditinggalkan oleh Junalis, bekas kekasihku dunia
seakan kosong. Aku perlukan seorang teman. Jadi aku cipta Brella supaya menjadi
watak yang memainkan jalan cerita hidupku semula.
“Saya
terlalu terburu-buru, Brella.”
“Awak
cuma perlukan masa,” Brella kucup pipiku. Dia tersenyum .
“Dan
awak perlu move on, Adam.”
Comments
Post a Comment