Posts

Showing posts from 2016

AKU, HOWIE DAN SEBILAH KAPAK

Ketika saya bersetuju untuk membeli sebilah kapak yang sederhana datang seorang tua menegur.             “Awak memilih   tu?”, soalnya sopan dan tidak teragak-agak. Ketika itu kami sedang berbaris dan dia di belakang saya.             “Ye. Kenapa?”,   saya menjadi bingung. Apa datangnya masalah tentang keputusan saya untuk membeli kapak ini.             “Mungkin awak akan ubah fikiran kalau saya cakap kapak itu tidak sesuai untuk memotong pokok atau mematahkan mana-mana dahan sebesar pemeluk.” Ujar orang tua itu dengan yakin. Dia nampak berpengalaman dengan alatan tajam. Melalui butir percakapannya, saya percaya dia tidak asing dengan kerja-kerja berat. Barangkali dia seorang tukang kayu. Dan kepalanya tidak terisi dengan rambut di bahagian tengah membuatkan saya benar yakin pengalaman yang luas mengikis...

CANGGUNG (Part-3)

Beria-ia Tajul bercerita kepada Zam tentang filem yang ditonton. Tentang perempuan yang punya halkum. Tentang keberanian Rahman yang berjaya menafikan hari kematiannya. Filem yang tidak henti menarik jantungnya daripada jatuh ditonton malam kelmarin. Ketika ada babak berunsur kaget, sedaya upaya Tajul memberanikan diri untuk lihat. Selama 1 jam lebih filem itu dimainkan, langsung tidak tertoleh Tajul melainkan tertancap matanya pada skrin tivi. Filem bertajuk GERABAK itu benar memberi kesan pada diri dan mencuri perhatiannya. Menjadi setia dan pemerhati yang baik sepanjang cerita bergerak .             “Hang rasa kan Lina tu hidup lagi tak?”             Zam garu dagunya. Memandang ke atas mencari jawapan sesuai berkenaan pertanyaan Tajul.             “Aku rasa pompuan tu hidup. Tapi, satgi dia kena langgar lag...

CANGGUNG (Part-2)

Bau biji kopi yang berkeliaran di segenap ruang minum cuba menemani. Skrip novel yang ditolak mentah sedang Rahman hadam. Apa yang kurang untuk kali ini? Toni terlalu hipokrit untuk menolak hasil kerja Rahman yang boleh dikira baik kerana ini manuskrip novel seramnya yang kedua belas!   Toni kata, ‘tambah feel seram. Feel! Feel!’.             Rahman rasa hidup dia yang tiada feel.   Bukan Rahman tak cuba mengikut kehendaknya tetapi orang tua itu kepala batu. Dia bersama Rahman dua minit yang lalu di sini – Kedai Kopi Bachan – semata-mata untuk satu perkara. Dia menyuruh Rahman pulang ke kampung dan mencari ilham. Air terjun yang tenang, persekitaran yang hijau dan atmosfera kampung mampu membantu Rahman, katanya. Dan beredar tanpa membayar secawan kopin yang dihirup licin.             Rahman menyimpan semula manuskrip novel ke dalam beg galas di kerusi sebel...