CANGGUNG (Part-2)



Bau biji kopi yang berkeliaran di segenap ruang minum cuba menemani. Skrip novel yang ditolak mentah sedang Rahman hadam. Apa yang kurang untuk kali ini? Toni terlalu hipokrit untuk menolak hasil kerja Rahman yang boleh dikira baik kerana ini manuskrip novel seramnya yang kedua belas!
 Toni kata, ‘tambah feel seram. Feel! Feel!’.
            Rahman rasa hidup dia yang tiada feel.  Bukan Rahman tak cuba mengikut kehendaknya tetapi orang tua itu kepala batu. Dia bersama Rahman dua minit yang lalu di sini – Kedai Kopi Bachan – semata-mata untuk satu perkara. Dia menyuruh Rahman pulang ke kampung dan mencari ilham. Air terjun yang tenang, persekitaran yang hijau dan atmosfera kampung mampu membantu Rahman, katanya. Dan beredar tanpa membayar secawan kopin yang dihirup licin.
            Rahman menyimpan semula manuskrip novel ke dalam beg galas di kerusi sebelah. Kopinya masih berbaki tetapi Rahman tolak untuk minum. Kopi itu sudah sejuk dan Rahman tidak datang ke sini untuk secawan kopi yang sejuk. Lalu Rahman memanggil pelayan dan menyuruhnya hantar secawan kopi latte. Riak wajahnya sinis apabila melihat kopi Rahman masih tidak disentuh. Sekali-sekala Rahman bersikap kapitalis , tidak mengapa.
            Dalam menanti kopi siap, Rahman menelefon ibu di kampung. Dimulakan dengan berbasi-basi sebelum Rahman memberitahunya yang Rahman bakal pulang ke kampung esok hari. Nada suaranya sedikit bergetar. Ibunya bertanya sama ada Rahman dibuang kerja. Rahman cuma gelak dan memberitahu perempuan tua itu tujuannya sekadar mahu hirup udara segar di kampung dan rindu untuk kucup pipi gebunya. Ibunya melepaskan nafas lega yang berbaur bimbang. Sepertinya dia tidak sabar untuk berjumpa dengan anak kesayangannya ini. Itu Rahman dapat rasakan sebelum talian diputuskan.
            Dalam pada itu, kopi latte yang dipesan sampai.
            Cheers!
***
Rahman tiba di rumah lebih kurang jam 6 petang dengan badan yang melencun peluh. Merodok bau tengiknya. Dalam Rahman mengambil nafas yang tidak cukup, sempat Rahman menyumpah serana anjing hitam liar yang mengejar tadi. Adakah Rahman nampak seperti hotdog gergasi yang panas?
            Argh! Hari yang malang.
***
            Dua hari selepas itu, Rahman dan beg baju Guccinya sudah sampai di Stesen Keretapi Kuala Lumpur kira-kira 10 minit yang lalu. Tiket yang Rahman beli membolehkan mereka (Rahman dan beg Guccinya) melangkah masuk ke dalam train 20 minit lagi. Rahman ambil keputusan untuk duduk di bangku yang disediakan sambil menikmati secawan kopi blend yang baru Rahman beli 5 minit yang lalu. Terlalu banyak minit untuk diambil kira. Angka yang menyesakkan.
            Suasana kampung mula terbayang dalam fikiran. Sungai yang deras mengalir sewaktu musim hujan, orang-orang tua yang ke masjid sekitar jam 7 petang bersama bunyi motosikal kapcai mereka kedengaran dan omelan kecil ibunya yang kejut supaya bangun subuh. Semuanya terlalu manis dan Rahman harap ia masih berkekalan setelah Rahman bermastautin terlalu lama di belantara konkrit KL.
            Bunyi rel yang bergesel membangkitkan Rahman daripada lamunan. Perlahan-lahan gerabak keretapi yang bakal membawa Rahman berhenti. Pintu dibuka dan orang ramai mula berpusu masuk.     
            Mereka (Rahman dan beg Guccinya) menuju ke arah pintu gerabak yang terbuka sambil cuba menyelit dengan bijak. Satu pintu kecil untuk manusia yang tidak tahu erti kesabaran mampu memberi tekanan yang tinggi.  Dan itu bukan idea yang baik.
Rahman mahukan kerusi tepi tingkap namun sudah penuh. Melepas.
***
            Rahman di bahagian gerabak tengah, kurang dipenuhi penumpang. Memberi momen keselesaan untuk Rahman bernafas, mengelamun dan buang angin.  Pada mulanya Rahman duduk di sebelah seorang perempuan tua yang penuh garis kedut di muka. Setelah melepasi dua setesen, dia turun pada setesen yang ketiga. Sempat dia menghadiahkan senyuman yang semanis teh pekat. Rahman balas senyuman itu acuh tak acuh. Yang pastu Rahman berjaya dapatkan tempat duduk di tepi tingkap. Hooray!
            Setelah mendapatkan apa yang Rahman hajatkan, Rahman mula terlena berbantalkan lengan. Bersandarkan tingkap ternyata asyik membuai. Dan Rahman terjaga apabila terasa seperti ada orang yang melabuhkan punggung di sebelah. Ternyata jangkaan Rahman itu tepat setelah Rahman menoleh.
            Seorang perempuan blonde dan skirt pink singkat sedang duduk disebelah tanpa meminta izin. Mungkin kalau keretapi ini bernama JALAL KTM (Jalal nama ayah Rahman) Rahman akan memarahinya kerana duduk sesuka hati. Rahman cuma angguk membenarkan dia duduk dan perempuan itu balas dengan anggukan sama.
            “Lina.”                                                     
            Lina menghulur tangan meminta untuk berjabat. Rahman hanya melihat tangannya yang agak mulus. Ibu pernah mengingatkan supaya jangan pegang tangan perempuan.
            “Rahman.” Seraya Rahman memusingkan badannya semula. Lina merasa janggal dan menarik tangan semula. Bukan Rahman sombong atau kerek tetapi Rahman memang tiada mood ketika baru bangun tidur dan sedang mengantuk.
            “Maaf ganggu awak tidur. Sambunglah,” ujarnya lembut sebelum Rahman berdengkur dengan cool.
***
            Sesuatu yang menjalar di peha terus mencalarkan sinematografi mimpi yang mula berkembang. Kelopak mata yang dibuka membenarkan cahaya yang berbalam-balam menusup masuk. Rahman berkelip-kelip supaya imej yang kabur bertukar jelas. Beberapa kali dan suasana gerabak kelihatan kosong tanpa seisi penumpang. Cuma kerusi yang ditinggalkan  dan bekas minuman yang berserakan.
            “Morning Rahman,” sapa Lina lembut dan dia masih ada di sini (sebelahnya). Ditambah tangan Lina mendarat atas peha Rahman tanpa-ragu-ragu. Sedikit-sebanyak jantung Rahman berdetak laju. Deras adrenalin mengalir di segenap tubuh. Perasaan gerun mula memukul lelaki itu.
            Rahman tepis tangan Lina yang nakal itu. Lantas, Rahman bingkas bangun untuk ke tandas. Sepanjang Rahman menuju ke tandas, gerabak yang lain juga kosong tanpa kelibat orang. Seolah mereka dibunuh ketika Rahman nyenyak tidur yang disulam mimpi (terlalu hiperbola mungkin).
            Sepanjang dua puluh minit dalam tandas, Rahman cuba memikirkan keanehan yang sedang dihadapi. Cermin dihadapan yang memantulkan wajah cuba membantu. Rahman menampar dua tiga kali muka dan membasuhnya. Ini bukan mimpi.
            Tuk! Tuk! Tuk!
            Pintu tandas diketuk.                               
            “Rahman, awak okay?!” Teriak Lina dari luar.
            “Kalau awak okay bukalah pintu ni!”
            Rahman diserang kebuntuan, dimamah ketakutan. Adakah ini semua angkara Lina?
            Tombol pintu Rahman pegang. Berkira-kira untuk memulasnya. Namun, ketukan di pintu semakin galak. Terus Rahman membuka pintu.
            “Rahman!” Lina melihat dengan penuh kerisauan. Setiap inci wajah Rahman dibelek. Jarak antara mereka benar-benar rapat.
            “Kenapa lama sangat? I thought something bad happened to you.” sambungnya sambil menelan liur. Saat itu jelas halkumnya bergerak. Kedua biji mata Rahman menjadi saksi. Cepat-cepat Rahman menjarakkan diri (mengambil beberapa langkah kebelakang).
            Lina mula memaparkan riak kehairanan apabila melihat tindakan yang sedang Rahman ambil. Jarak mereka makin jauh kira-kira satu meter. Dan langkah Rahman terhenti pada pembahagi gerabak sambil membelakangkan pintu yang tertutup. Lina mula tersenyum.
            “Nampaknya kau dah nampak semua ni.”
            “Siapa kau? Apa kau buat kat penumpang lain hah?!” teriak Rahman dalam separuh kewarasan yang hilang.
            “Bukalah pintu tu. Kau akan tahu.”
            Rahman menolak pintu yang membahagikan antara dua gerabak sambil tubuh Rahman tidak berpaling. Risau Lina bertindak tanpa jangkaan. Lina menjuihkan bibirnya supaya Rahman melihat ke belakang.
            Sangkaan awal Rahman tepat. Kelihatan gelimpangan manusia yang terbaring dan kelopak darah yang terbentuk bagaikan kubur yang tak bertanda. Mereka seolah mati dalam peperangan. Dibunuh tanpa secalit ihsan yang datangnya daripada perbuatan Lina sendiri. Tidak pernah untuk otak Rahman menjangkau perkara sejauh ini bakal berlaku. Apatah lagi Rahman orang yang terakhir di dalam keretapi yang sedang bergerak laju.
            “Tapi kenapa?” soal Rahman dalam gigil.
            “Supaya satu dunia kenal aku. Pembunuh yang bakal sebaris dengan Botak Chin, Mona Fendi dan  Bentong Kali. Sejarah bakal terlakar, Rahman.” ujar Lina seraya gelak tawa yang menghiasi ruang gerabak.
            Apa yang Rahman mampu sekadar menelan liur dan bersiap sedia untuk lari. Nyawanya Rahman kini betul-betul di hujung tanduk. Lina menarik keluar pisau pemotong daging dari belakangnya. Macam pisau yang digunakan untuk mematahkan tulang lembu. Dia nampak kejam dengan pisau itu. Pisau yang masih berkesan darah manusia, ditetak habis-habisan.
            “Ready, Rahman?”
            Berpaling dan segera berlari untuk satu nyawa yang Rahman ada. Mayat-mayat yang bergelimpangan Rahman langkah dan cuba elak. Lina mula berjalan pantas mengejar Rahman sambil pisau pemotong daging tercengkam erat di tangannya. Langkah Rahman yang dipercepatkan terhenti apabila sebatang kaki yang menghalang terus Rahman jatuh tersadung. Serpihan kaca mengenai lutut kanannya. Barangkali kaca yang datangnya daripada botol Tiger (kelihatan lambing harimau). Ketika itu juga, keretapi memasuki terowong. Keadaan bertukar gelap dan sunyi. Hanya detak jantung Rahman sebagai melodi yang bermain.
            “Cak!!!” sergah Lina dan keadaan menjadi terang semula setelah terowong yang menyeksakan direntasi. Rahman terkejut dalam kesakitan. Tanpa berlengah, Lina mengangkat tinggi pisau pemotong daging sebelum dihalakan ke arah tangan kiri Rahman. Lekas Rahman menarik tangan kirinya dan pisau pemotong daging itu mengenai kaki yang membuat Rahman tersadung. Darah tersembur keluar, memutuskan arteri-arteri yang berselirat di kaki. Menjadikan percikan darah itu bertompok sekitar pipi.
            Rahman menendang perut Lina ketika dia kecewa dengan serangannya yang kurang cermat. Terhumban tubuhnya kebelakang dan kepalanya menghentam kerusi. Pisau pemotong daging masih terpacak di kaki itu. Dengan peluang yang ada, terhincut-hincut Rahman pergi . Lina takkan pengsan lama.
            Satu gerabak menjarakkan Rahman dan Lina. Rahman mengompel pintu gerabak dihadapannya kini dengan sebatang besi. Pintu yang membolehkan penumpang keluar apabila tiba di mana-mana stesen. Akhirnya, pintu itu berjaya dibuka atas bantuan tenaga yang dikerah habis-habisan. Tekanan yang tinggi di dalam membuatkan ia menarik semua yang di dalam. Semuanya terbang ke luar dalam keadaan yang sangat pantas. Dalam pada itu, derap tapak kaki mula didengari. Itu pasti Lina. Rahman bersembunyi setentang dengan pintu gerabak yang terbuka sambil memeluk sebuah alat pemadam api yang agak berat.
            Semakin Lina menghampiri semakin lebat peluh berjurai. Dan ketika dia muncul dihadapan Rahman dengan satu senyuman psiko,
“Hello, tikus kecil.”
Tanpa berlengah,  Rahman campak alat pemadam api mengenai Lina. Sekali lagi Lina terpelanting lantas terkeluar dari badan keretapi yang kian laju melalui pintu gerabak yang terbuka. Satu balingan yang dapat dibanggakan.
            Rahman ke arah cermin tingkap keretapi. Tubuh Lina kelihatan lunyai. Matanya yang mula memejam sedang memandang gerabak ini. Jari tengah Rahman hadiahkan kepada Lina tanda kenang-kenangan.
Nice game, Lina !
            Rahman bersandar pada kerusi. Menarik nafas lega dan menghembus puas dari kerongkong. Lutut kanannya makin berdenyut. Mujur darah sudah berhenti mengalir.  Tidak pernah Rahman terfikir untuk terlibat dalam permainan Lina. Permainan yang melibatkan nyawa, menghukum orang yang tidak bersalah. Dan siapa sangka Rahman orang yang berjaya survive.
Lina  benar psiko dan menyeramkan. Jauh lebih seram daripada cerita hantu yang pernah Rahman karang. Mungkin ini cerita yang Toni mahukan. Cerita yang akan memberinya sebuah senyuman kepuasan dan barangkali mendapat cetakkan berulang.
Dan angan-angan itu semakin jauh meninggalkan Lina dibelakang.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1