CANGGUNG (Part-3)
Beria-ia Tajul
bercerita kepada Zam tentang filem yang ditonton. Tentang perempuan yang punya
halkum. Tentang keberanian Rahman yang berjaya menafikan hari kematiannya.
Filem yang tidak henti menarik jantungnya daripada jatuh ditonton malam
kelmarin. Ketika ada babak berunsur kaget, sedaya upaya Tajul memberanikan diri
untuk lihat. Selama 1 jam lebih filem itu dimainkan, langsung tidak tertoleh
Tajul melainkan tertancap matanya pada skrin tivi. Filem bertajuk GERABAK itu benar memberi kesan pada
diri dan mencuri perhatiannya. Menjadi setia dan pemerhati yang baik sepanjang cerita
bergerak .
“Hang
rasa kan Lina tu hidup lagi tak?”
Zam
garu dagunya. Memandang ke atas mencari jawapan sesuai berkenaan pertanyaan
Tajul.
“Aku rasa pompuan tu hidup. Tapi,
satgi dia kena langgar lagi sekali baru betoi mati.”
“Gilaa!
Natang mana pulak nak lenyek dia?” Jawapan Zam kurang masuk akal. Bagi Tajul
Lina pasti mati. Terkeluar daripada gerabak saat keretapi bergerak laju adalah
perkara yang mustahil untuk hidup.
“Keretapi
kita ni. Satgi.”
Tajul
geleng kepala. Dia tidak mahu overthink macam Zam. Mula memuntahkan
perkara-perkara mengarut. Tak masuk dek akal. Cuma Tajul ingin tahu apa yang
akan Zam buat sekiranya keretapi mereka itu betul-betul melenyek Lina untuk
kali kedua.
“Kalau
betol satgi natang ni langgar. Hang nak buat apa?”
“Hah!
Good question. Hehe aku nak pi tengok dia punya halkum. Betoi tak betoi dia ni
jantan.”
“Hahaha. Makin aku layan makin kau merapu Zam. Baik aku layan lagu
cibai.”
Tajul tercari-cari Walkman. 'Caress Your Soul – Sticky Fingers'. Play.
Setelah penat bersembang, akhirnya dia akur untuk mendengar lagu
sahaja. Memandangkan perjalanan malam ini adalah panjang. Dan Zam makin gila
dibuatnya.
Tajul buka tingkap usang kereta
api dengan tangan kirinya. Kereta api yang membawa muatan barang berat untuk
dihantar ke pelabuhan. Ini adalah keretapi kargo yang usang dan sedang meluncur
laju atas laluan yang dibuat daripada besi dan tanahnya disalut batu-batu
kerikil. Suasana sekeliling pula ditabiri pokok-pokok hutan yang ditenggelami
kegelapan awal pagi jam dua. Tajul keluarkan
kotak rokok seludup Surya Hijau yang dibeli sebelum masuk bertugas, dia
nyalakan dan tarik macam perempuan ketagihan felatio. Pada kiri Tajul masih ada
Zam, kelindan untuk kereta api ini merangkap kawan baiknya. Tajul cuba
membiasakan diri bekerja malam (telah seminggu mereka bekerja) jadi dia
terbiasa bersekang mata tanpa kopi cuma rokok perkara wajib, sudah sebati.
Asyik dengan asap rokok indonesia yang punya cengkih serta rasa mint
berselang-seli buat Tajul khayal seketika. High jauh sekali, ini bukan weed.
Setakat rasa enak-enak asap fatal menebas umur.
Tajul pandang Zam yang tertidur.
Cilaka punya kawan. Nampaknya dia tidak ada teman berborak kali ini. Tajul hembus
asap sigaret keluar. Ditambah dengan angin yang laju menerpa buat sigaret itu
sudah hendak sampai puntungnya. Tajul sedut dalam-dalam dan campak sigaret itu
ke luar sambil keluarkan lagi sebatang rokok buat peneman kabut malam yang
makin meraja. Sejuk juga malam itu sebenarnya lalu Tajul tutup kembali tingkap
dan batalkan niatnya untuk hidupkan sebatang lagi.
Dia
ambil jaket pemberian Rogayah Masri (tunangnya) dari bag Deuter pasar malam
warna jingga dan sarung pada tubuh kurusnya. Tajul pandang kehadapan dari ruang
kokpit itu. Kaca kokpit itu agak nipis sebenarnya dan Tajul mula perasan ada
kabus-kabus mula muncul.
Sejuk
malam ni. Nasib baik aku ada jaket. Kalau tak beku la aku sampai kat Perak
karang. Lagu silih berganti dari pemain musik Walkman Tajul (juga pemberian
Rogayah Masri).
'Kelepak-kelepak!'
Bunyi
kereta api yang kuat sudah lali menempel di telinga Tajul. Dia sudah biasa.
Manakan tidak, dekat seminggu bekerja di KTM. Bunyi kelepak itu seakan sebuah
lagu dengan minus one. Tugasnya sebagai pemandu dan juga boleh dikata pengemudi
kereta api jarak jauh. Dan kini dia sedang menuju ke Perak. Tajul ada juga simpan
angan-angan untuk bawa Rogayah Masri makan angin dengan kereta mewah seperti
Mercedes ataupun BMW. Namun, semuanya terhapus tatkala memandang dompet kulit
yang lebih banyak bil dari duit. Simpanan belum boleh lagi dibanggakan. Tajul
mengeluh dengan kondisinya sekarang. Hidup sekarang benar-benar mencengkam
lehernya.
Dan dalam serabut itu Rogayah Masri muncul, seorang wanita lingkungan
hujung 20-an yang berada juga. Kini dia sedang menghabiskan pengajiannya di
peringkat degree. Rogayah Masri bakal menjadi pendidik di mana-mana sekolah.
Perempuan itu telah yang banyak membantu Tajul ketika duitnya tinggal syiling,
peti aisnya tinggal air kosong, dan tangki motornya tunjuk warna merah. Ya,
Tajul memang ada rancangan untuk mengahwini Rogayah Masri namun memikirkan
kembali darjat yang jauh sekali memang buat dia merenung jauh. Tajul kira-kira
jika dia masuk meminang pun sekurang-kurangnya pihak isteri akan minta RM 10
000 untuk hantaran. Dengan simpanannya yang dikumpul dalam empat tahun lagi
barulah boleh membayar hantaran itu. Hantaran sahaja ! Belum lagi duit nak buat
majlis, belum lagi duit upah katering, belum lagi duit nak beli-beli hadiah. Runsing,
runsing. Sabarlah Rogayah, abang akan cari jalan.
Dicucuk Zam yang tertidur. “Weh
bangun! Bangun naharom ! Aku nak pergi tandas sat. Nak berak. Hang jaga. Kejap
je Zammm..!” Ujar Tajul separa menjerit. Zam beri respon menggeliat beberapa
ketika sebelum tenung Tajul dengan mata merah. Juga ekspresi bingung.
“Aku nak berak kejap. Hang ganti
tempat aku sat boleh?” Tajul ulang soalnya kerana tadi Zam masih belum sedar
sepenuhnya.
“Haa yelah, aku jaga. Lepasni aku
nak tidoq balik tau. Hang jangan melampau suruh aku jaga sampai pagi pulak.
Tau-tau lah hang tu kalau berak berjam.”
Dengan langkah yang tergesa-gesa,
Tajul tinggalkan ruang kokpit dan tinggalkan juga Zam keseorangan sambil tunjuk
isyarat 'Okay!' pada Zam. Zam garu-garu dagunya sedikit. Kini Tajul lesap dan
Zam kembali lelap.
Dengkurnya tidak lagi kedengaran
kerana ditenggelami bunyi landasan kereta api bertemu dengan tayar besi kereta
api. Terus biar kenderaan umpama ulat gonggok itu bergerak tanpa hirau apa
dihadapan. Lagipun perhentian seterusnya masih jauh. Zam tidak simpan apa-apa
rasa curiga atau waspada.
Sementara itu, Tajul kalut memerut
dalam tandas yang terletak antara dua gerabak ini. Dia tidak tahu mengapa sakit
benar rasa perutnya. Mungkin tindak balas cengkih dari Surya dan makan malamnya
sebentar tadi. Satu benda yang Tajul tidak berapa suka tentang tandas ini
adalah, ini tandas duduk. Ah, bencinya Tajul apada tandas duduk. Jadi dia tetap
bercangkung. Berak cangkung lebih senang keluar bukan? Setuju atau tidak?
Tajul sangkut seluar slack hitam dan
baju biru KTMB di pintu. Dia pandang ke bawah yang papar jelas kerikil-kerikil
putih dari lubang. Tahinya terus jatuh ke tanah. Tajul tertawa kecil memikirkan
perkara itu. Usai memerut dia sarung kembali uniform.
“Dum !” Tajul tersentak. Cilaka!
‘Skretttttttttttttttt!!!’
Batang tubuh Tajul tercampak ke hadapan dan terjelepuk atas lantai kereta
api. Kenderaan itu berhenti serta-merta. Zam tarik emergency brake? Apahal
jantan ni?!
Diterjah ruang kokpit sepantas
kilat dan dia lihat Zam terketar-ketar memegang batang besi brek kecemasan.
“Zam, awat hang ni?”
“Akkuuu rasaa … aku dah langgar
orang tadi.” Pucat lesi wajah Zam yang mengaku keretapi kargo itu telah
melanggar orang
“APA?! Hang langgar orang? Hang
pasti? Jadi tadi bunyi tadi manusia kena langgar la?”
Zam angguk lemah. Tajul mengucap
panjang. Tajul keluar dari kereta api untuk periksa cerita Zam. Zam mengikut
Tajul sampil membawa sepana besar sebagai langkah keselamatan. Apa-apa pun dia
perlu berhati-hati kerana mereka berada di tengah hutan. Tajul pijak batu-batu
kerikil putih untuk turun. Debar dadanya lebih hebat dari letupan Hiroshima,
lebih dahsyat dari Chernobyl, dan lebih laju dari enjin Aston Martin. Tajul
picing mata untuk lihat jika ada apa-apa yang tidak kena. Kerana senario di
bawah itu cuma diterangi lampu malap dari kereta api lalu Tajul keluarkan lampu
picit dari seluarnya.
Cerah.
Beberapa kontena yang dapat Tajul lihat daripada cermin transparen. Tajul
tidak ambil pusing, ada perkara lebih penting sekarang ini. Sama ada betul Zam
langgar orang atau lelaki itu silap pandang. Tajul mula melangkah mencari-cari
sebarang yang mencurigakan.
“Ya rabbi...” Lemah longlai Tajul melihat susuk yang separa berkecai dan
darah bersembur merata-rata. Inilah kali pertama dia lihat perkara begini di
hadapan mata. Cebisan-cebisan daging segar berserakan seluruh landasan kereta
api itu. Oh, dan mangsa itu perempuan (rambut panjang dilihat). Tajul rasa
lututnya lemah. Pandangannya semakin hitam seperti mahu pitam. Dia segera
menoleh ke belakang. Zam mempamerkan reaksi yang sama –terkejut. Nampaknya
benar apa yang dijangka. Mereka telah langgar orang braket membunuh.
“Zam, kita kena blah...”
“Sat
Jul. Barangkali ini Lina yang macam cerita hang.”
“Merepak.
Tu filem je Zam. Bukan realiti.”
“Mungkin
time hang cakap tu ada tahi bintang lintas. Mana tahu. Ini peluang kita.”
“Makin
celaka kau ni Zam. Sewel kau menjadi-jadi.”
Tajul
tersuluh-suluh tubuh yang berdarah itu. Wajahnya tidak lagi jelas apabila
dicomotkan dengan isi daging yang tersiat.
“Tapi
kasi aku peluang Zam untuk aku realisasikan impian aku.” Rayu Zam dengan sepana
di tangan.
“Kita
dah dalam masalah hang jangan nak nambah. Apa dia setan?”
“Aku
nak periksa halkum dia. Hehehe.”
Tajul
tidak cakap banyak dan membenarkan Zam pergi periksa. Dia tahu orang macam Zam
tidak akan puas selagi apa yang dia mahu tidak dapat. Mujur hanya barisan hutan
menjadi saksi eksiden pada malam ini. Tiada mata lain selain mereka yang sedang
kalut ketika ini.
Zam
mendekati tubuh yang lunyai digilis roda besi. Tengkolok yang berdarah itu
ditunjal dengan sepana.
Benar! Serupa dengan cerita Tajul
seperti mana Lina yang punya halkum. Perempuan di hadapannya juga punya halkum.
Dan sesuatu yang lebih horror mencengkam jantungnya di saat itu. Seperti tidak percaya, Zam gosok biji
matanya. Ini bukan ilusi.
“Dah
ke belom Zam?!”
Teriak
Tajul yang tak henti suluh keadaan sekeliling. Zam lantas cabut dan menjauhi
tubuh yang separa hancur itu. Dia mendapatkan Tajul dan mengajak Tajul beredar
dengan segera.
Ketika di dalam keretapi, Zam
bungkam diam. Tajul berasa hairan melihatkan tingkah laku Zam seperti orang
baru berkenalan. Malu-malu untuk buka mulut. Selalunya Zam akan beritahu akan
setiap perkara yang dia buat. Tetapi, bukan untuk insiden ini.
“Kenapa diam? Apa yang hang nampak tadi?”
“Hang
takkan percaya kalau aku habaq.”
“Habaq
mai.”
“Perempuan
tadi memang ada halkum. Tapi…”
“Jangan
berhenti. Tapi apa…..”
“Halkum
yang aku tengok tadi bergerak-gerak. Macam orang telan liur.” Luah Zam dengan
membeliakkan biji mata. Terlopong Tajul mendengar. Tiada respon yang mampu
diberi. Sesuatu yang tidak masuk akal telah berlaku. Mengejutkan mereka secara
tiba-tiba.
Tajul
tidak mahu berfikir panjang mengenai halkum itu. Dia tercari-cari Walkman.
'Caress Your Soul – Sticky Fingers' dan dimainkan semula. Zam kembali merenung
ke hadapan. Fokus mereka mula dialihkan kepada pemanduan ketika langit kelam
dan hitam. Sebatang rokok dicucuh, cuba menemani Tajul yang sedikit tersentak. Berkepul-kepul
asap mara memenuhi ruang kokpit apabila dihembus Tajul dalam sedikit terketar. Pasti
sukar selepas ini untuk Tajul bercerita tentang filem yang ditonton kerana
malam ini dia sudah membunuh tanpa sedar.
Comments
Post a Comment