Posts

Showing posts from May, 2017

Ditulis Dari Hati yang Keras

Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah sesuatu yang telah dijangkau. Malah jauh panggang dari api. Tapi apa yang saya yakin buih kemesraan yang saya tiup tidak teralu lama untuk disorak bangga tapi cukup lama untuk 3 batang rokok menjadi puntung (malah lebih). Yang klise untuk didengar adalah setiap pertemuan wajib disudahi dengan perpisahan. Ini bukan dibuat-dibuat tapi menjadi hukum alam. Ini juga bukan cobaan menegakkan   benang yang basah. Saya menjadi seronok untuk bualkan tentang perpisahan itu satu pilihan. Hidup ini saya cuma pegang pada “Hidup ini punya pilihan dan kita sendiri yang putuskan”. Saya tertanya-tanya mengapa pilih seorang lelaki yang berulang kali membuat kau kecewa tetapi memandang sombong pada yang berusaha mendapatkan hati. Bila lelaki yang baik itu mula nak mengalah, kau akan cakap kalau mahukan sesuatu hendaklah setimpal dengan usahanya. Sedangkan kau yang beria-ia butakan mata pada lelaki yang usahanya menggunung. Yang takkan dapat diukur ta...

Day 2 - Hows Your Day ?

Jarak memang sekadar jarak. Tapi jarak jadikan kita seorang tukang fikir. Sakit atau sihat, muram atau gembira, lapar atau kenyang seolah mengawal peti minda. Apa yang kurang baik untuk jarak yang memisahkan adalah hari sebelumnya tidak sama seperti hari ini dan seterusnya. Kecacatan itu dapat dirasakan tapi sukar untuk dikongsi dengan orang lain. Tapi ada baiknya untuk jarak yang memisahkan. Ia memenuhkan tangkungan rindu pada kolam cinta yang paling dalam. Dan pasti kau akan berharap kolam itu hanya didatangi oleh puteri yang kau paling idamkan suatu hari nanti. Hari yang akan buatkan kau senyum sampai ke telinga atau hari yang akan turunnya awan disertai kilat betul-betul di atas kepala, seolah mengejek. 'Agh ! Aku benci kebarangkalian' monolog aku ketika langit memberi tanda mahu hujan.

Day 1- Monolog 454(+/-)km

 Tidak pernah untuk saya terfikir sepanjang satu tahun tentang 3 buah angka yang bakal memperlihatkan tentang macam-macam. Sabar itu adalah benteng yang dipukul ombak. Selama mana ia akan kukuh sebelum pecah membentuk lubang yang gagal. Kesetian yang tidak sangsi seperti seekor kuda yang patuhkepada tuannya. Cukuplah ia diusap hari-hari dan dibawa berjalan tiap petang. Untuk rindu yang tercungap sebelum terungkap, ia adalah kayu ukur untuk hubungan ini. Saya pasti semua orang ada ketakutan yang perlu mereka hadapai. Besar atau kecil mana sekalipun, ia masih titik kelemahan yang perlu ditutup. Takut berhadapan mati, takut pada lipas terbang barangkali takut untuk gagal dalam ujian memandu. Semuanya seperti setan nakal yang cuba menakutkan. Bagi saya, ditinggalkan oleh orang yang paling saya sayang merupakan kekejaman dunia yang paling besar pernah berlaku. Hari selepas itu tidak akan pernah menjadi sama. Kusam, muram dan jiwa yang masam mula membendung. Saya perlu bertindak dan me...