Day 2 - Hows Your Day ?
Jarak memang sekadar jarak. Tapi jarak jadikan kita seorang tukang fikir. Sakit atau sihat, muram atau gembira, lapar atau kenyang seolah mengawal peti minda. Apa yang kurang baik untuk jarak yang memisahkan adalah hari sebelumnya tidak sama seperti hari ini dan seterusnya. Kecacatan itu dapat dirasakan tapi sukar untuk dikongsi dengan orang lain.
Tapi ada baiknya untuk jarak yang memisahkan. Ia memenuhkan tangkungan rindu pada kolam cinta yang paling dalam. Dan pasti kau akan berharap kolam itu hanya didatangi oleh puteri yang kau paling idamkan suatu hari nanti. Hari yang akan buatkan kau senyum sampai ke telinga atau hari yang akan turunnya awan disertai kilat betul-betul di atas kepala, seolah mengejek.
'Agh ! Aku benci kebarangkalian' monolog aku ketika langit memberi tanda mahu hujan.

Comments
Post a Comment