Day 1- Monolog 454(+/-)km
Tidak pernah untuk saya terfikir sepanjang satu tahun tentang 3 buah angka yang bakal memperlihatkan tentang macam-macam. Sabar itu adalah benteng yang dipukul ombak. Selama mana ia akan kukuh sebelum pecah membentuk lubang yang gagal. Kesetian yang tidak sangsi seperti seekor kuda yang patuhkepada tuannya. Cukuplah ia diusap hari-hari dan dibawa berjalan tiap petang. Untuk rindu yang tercungap sebelum terungkap, ia adalah kayu ukur untuk hubungan ini.
Saya pasti semua orang ada ketakutan yang perlu mereka hadapai. Besar atau kecil mana sekalipun, ia masih titik kelemahan yang perlu ditutup. Takut berhadapan mati, takut pada lipas terbang barangkali takut untuk gagal dalam ujian memandu. Semuanya seperti setan nakal yang cuba menakutkan. Bagi saya, ditinggalkan oleh orang yang paling saya sayang merupakan kekejaman dunia yang paling besar pernah berlaku. Hari selepas itu tidak akan pernah menjadi sama. Kusam, muram dan jiwa yang masam mula membendung. Saya perlu bertindak dan melawan ketakutan ini sebelum ia bersedia. Lawan semahu-mahunya seperti seorang matador di dalam arena lembu laga. Matador yang belum lagi ditanduk dan mampu untuk tersenyum.
454 adalah angka yang sebal untuk diambil kira. Ia adalah sebuah jarak (km). Dalam perkiraan amatlah jauh dan terangan saya tidak pernah terfikir atau mahu menentang jarak ini. Tapi, masanya sudah sampai. Mahu atau tidak, saya kena pertahankan sama ada esok saya akan mati ditabrak kereta. Kerana saya percaya cinta itu untuk yang berani. Hanya yang berani berjaya memiliki kerana cinta tidak berkaki.
'Here i come 454 km !' monolog saya bersama segumpal keyakinan.

Comments
Post a Comment