Posts

Showing posts from 2015

Hey Lelaki!

Hey lelaki Jangan fikir egomu tinggi Kami mengalah dan undur diri Hey lelaki Jangan fikir nafsumu berahi Kami takut dan jadi hamba abdi Hey lelaki Jangan fikir baranmu menggila Kami tunduk biar diseksa Hey lelaki Jangan fikir akalmu cerdas Kami tak setanding dan tewas Hey lelaki Jangan fikir mulutmu manis Kami terusik biar hati dihiris Hey lelaki apa jua lagak gayamu apa jua licik akalmu apa jua petah katamu Ketahuilah nanti kamu akan dibalas ; oleh mereka yang tidak kenal lagi erti belas hey lelaki!

Roda Kehidupan

Roda kehidupan yang berputar ; Kau yang dahulu hebat Sudah dibawah Untuk masa ini Kau sudah kalah Aku yang kau mainkan Seolah boneka anak kecilan Sekarang memijak henyak egomu Yang kau jadikan alasan Untuk pergi tinggalkanku Yang kau anggap kekurangan Aku dan engkau Dalam satu putaran Di atas sebuah roda kehidupan

Belenggu

Orang sekarang elok budinya, Kala berjalan tunduk sahaja, Kala makan tertancap tunduk, Bersama rakan usah dikata, Bagai perjumpaan para patung, Wah! wajahnya bercahaya, Jarinya berderap-derap, Telinga disumbat kadang, Dan apabila tenaganya habis, Mulalah teriak menangis, Mulalah bercakap pada yang terdekat, yang hadir.

Di Jam Dua

Kencang nafasku Dihembus menderu Turun-naik dadaku Bagai dipam lelaju Ditemani sang bayu Seolah memujukku Ekor mata yang menyaksikan Pada tiap baris perkataan Lanjutan menjadi perbualan manis Yang enak kau tuturkan Lantaran sebaris senyuman Tanpa noktah keraguan Yang kau hadiahkan Pastinya bukan untukku Yang hanya kau anggap teman Di jam dua Tercatat detik yang mengecewakan Di jam dua juga Kau akan kulupakan

Perempuan dan Harapan

Takut itu mereka kata pengecut Bagi mulut yang tidak bertutup Sedangkan harapanku yang tidak bertali Terus tidak bertali Seolah lelayang yang bebas menari Ditiup semilir keliling bumi Adakah itu mereka ketahui? Perempuan yang memberi harapan Menyesakkan nafasku Melupakan segala memori pedihku dan itu satu keterujaan Mana mungkin aku dapat lupakan Saat dia putuskan tali pengharapan Saat itu aku adalah lelayang Tanpa hala tuju Dan rancangan Belegar-legar di langit Tuhan Perempuan dan harapan Bukan satu kekalahan

DISEMBER Datang Lagi

Cuba bangkit dari kekhilafan lama Buka lembaran fasa yang baru Benar kata masyarakat marhaen biasa Adakala kita perlu mambatu memikirkan hala tuju menapak kaki ke medan perang yang baru Agar tak menyesal kelak untuk berpatah semula ke garisan permulaan kehidupan moga hati kuat menahan makian moga atma tegar menolak cacian Selamat Tinggal pada November jiwa kegelapan Selamat Datang pada Disember jiwa pengharapan    

Sepotong Kek Untuk Azizah

Entah untuk kali ke berapa Remy menilik jam, dia tidak pasti. Tapi yang pasti seseorang sedang menunggunya. Peluh yang mula membasahi belakang badan buat Remy tidak selesa. Perfume yang melekat mula melarut bersama. Dengan tergesa-gesa, Remy menyusun timbunan kertas sambil menarik-narik kolar bajunya membiarkan angin masuk. Disebabkan terlalu banyak laporan yang diterima, Balai Polis Seri Aman kelihatan sibuk dengan kunjungan mereka yang ditimpa masalah. Pen dan  kertas tak lekang di tangan Remy bagi mengambil setiap butiran maklumat. Dan pelbagai ragam manusia perlu dia hadapi dengan tenang. Menyoal, mendengar dan mencatat sekaligus membuatkan dia lupa untuk lunch. Dan dia juga terlupa bahawa temu janjinya sedang menanti sebelum sebuah mesej masuk bertanya di mana keberadaannya. Selesai berkemas, Remy terus bergerak ke kereta dan menghidupkan enjin. Ditalanya penghawa dingin pada takat tertinggi lalu bergerak meninggalkan balai polis Seri Aman yang tak putus-putus di ma...

Jambang dan jubah lusuh

       "Assalamualaikum saudara! Saya datang dari surau kariah Parit Sulong. Sudi tak kalau saudara luangkan sedikit minit dengan saya saudara?" Kamil menyorot pandangannya melalui celah-celah besi pintu grill itu. Berdiri seorang lelaki berserban lilitan gaya apa entah. Personalitinya agak serabai. Pintu utama masih tidak Kamil buka.  Siapa ni? Jangan nak rompak aku dahlah.       "Waalaikummussalam! Jemput-jemput masuk saudara, panas ni." Balas Kamil. Keriuk terhasil dari tindakannya membuka pintu grill diendah. Dia menapak untuk membuka pintu utama di hadapan. Selak gate dibuka. Matanya menatap dalam muka lelaki tabligh tersebut. "Jemputlah masuk saudara."       "Terima kasih. Alhamdulillah saudara. Panas betul hari ni ya?" Kamal balas dengan angguk perlahan hatta tangannya menggaru tengkuk yang mula merenikkan air-air peluh.       "Ceritanya macam ni saudara. Saya dulu seorang yang teruk. Tapi kera...

Apokalips - Antara Dua Nyawa

    MAKKKKKK!                 ARRGHHHHH!                 Untuk kali kedua, jantung Suzanna kembali berdegup. Dari perlahan ke keadaan biasa. Kelopak matanya diangkat naik. Kelihatan putih sekelilingnya seolah syurga yang kosong. Suzanna mengeliat mencari keselesaan. Badannya rasa sakit-sakit berada di atas lantai. Mungkin jam-jam yang berlalu ketika dia tidak sedar membuatkan sejuknya lantai menggigit tulang-tulang yang ada. Membataskan pengaliran darah daripada efisien. Lantas, kebas di badan terasa.                 Suzanna cuba bangkit perlahan-lahan. Tenaga yang dikumpul digunakan. Setelah berjaya berdiri, tengkuknya dipatahkan kiri ke kanan. Dia memerhati setiap penjuru, cuba mencari arah datangnya jeritan yang membangkitnya dari tidur yang la...

Air Mata Tua

     "Mana kau sorok emas kau betina tua?" Runtun hati ibu Wati apabila anaknya, Rahman menjerkah sebegitu.      "Aku tanya kau jawab la! Mana?!" Mengigil jari-jari Wati yang sudah pun digigit waktu. Berkedut dan bergetar.      "Mak dah takda emas Man. Kan haritu kau dah gadaikan rantai emas mak. Tu je mak ada Man."      PANG!      Pipi Wati terasa hangat. Kepalanya terteleng sebelah kanan. Telinganya berdesing dan sebal bagai pekak sebelah. Manik-manik berbuah dari mata Wati. Dia ditolak ketepi dan terhentak pada dinding rumah kayunya.      "Ahhhhh! Man! Tolong mak Man. Man! Man! Kau nak pergi mana tu?" Rahman melangkah keluar seraya menghempas pintu.      Wati terus menangis. *      "Daddy, jangan nak ajar saya lah. Daddy tu bukan betul sangat. Patutnya awal-awal lagi saya dah hantar daddy pergi rumah orang tua." Tersentak Rahman yang sedang duduk ...

Perempuan

Kau yang membaca, Ya, benar engkaulah siapa lagi.       Seronok kau menghambur amarah pada orang tak bersalah? Apa alasanmu? Datang bulan? Ah, lapuk ! Kau fikir lelaki tiada perasaan? Kau fikir lelaki mesin penyabar? Kau cukup bertuah dapat lelaki yang dapat berfikiran waras. Emosi tak berselingkuh. Akal dan sabar jadi tunjangnya.      Cuba kau bayangkan, jika lelaki yang kau dapat seorang yang bertuhankan baran.      "Abang, buatlah sendiri. Saya penat."       PANG !       Dan       PANG !      Kau ingat dia kisah cerita kau? Penat kau, lelah kau, tenaga kau yang kian reput dikunyah perlahan sang waktu. Dalam fikirannya cuma badanmu. Tubuhmu yang lazat. Bila dia gersang, dia ratah. Bila dia tak perlu engkau dia tinggal.      Nah, sekarang kau rasa patut tak kau bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang baik? Cukuplah dengan amarahmu. Rendahkan egomu....

Nota Seratus Patah

Oh Tuhan, Masihkah aku hambamu? Berkali-kali aku panjatkan doa, mencurah air mata kenangkan dosa. Engkau diam membisu tidak membantu. Layaknya aku digelar binatang. Untuk yang zalim, mereka akan terhibur. Nikmat syurga dunia takrif mereka. Moga neraka kau hadiahkan mereka. Panjangkan usiaku agar aku dapat tebus semula. Agar di usia tua aku tidak terus menjadi watak yang hina. Agar kelak dapat aku membalas ‘jasa’ mereka.                                                                            ***                    Aku...