Posts

Showing posts from December, 2014

Cerkon #10

Komputer riba  terpasang. Bersama secawan kopi Frappe panas belum diusik. Haba yang keluar-naik buktinya. Sebelah komputer riba berdiri kipas meja Panasonic  pada kelajuan tiga. Hari tu aku layan porno diam-diam dalam bilik. Mak di luar sedang sidai baju. Harap tak kantoi. Aku sejuk. Lalu aku rendahkan kelajuan kipas pada satu. Catat. *** Aku balik dari sekolah. Sebenarnya aku tak sekolah. Jujur. Mak di dapur tatkala aku jerit ‘Assalammualaikum’. Tak menyempat aku mandi, makan dan terus tukar baju-seluar. Mak tanya aku nak keluar ke mana. Aku jawab pergi kedai Pak Hamid jap. Mak tak tahu aku amik duit undi dia bawah bantal. Aku haus, perlukan penyejuk tekak. Dunhill Menthol mungkin membantu.                  Catat.          *** Gelap betul keadaan sekeliling. Aku tak boleh gerak. Siapa yang balut aku ni? *** “Bila eksiden?” s...

Cerkon #9

“Saya sarankan encik kurangkan minuman bergula dan makanan tak sihat.” Lelaki yang mendengar itu angguk. Tanpa mahu membantah. “Tekanan darah encik naik mendadak dari bulan lepas. So kena berjaga-jaga. Itu saja.” Terang doktor wanita berkaca mata. Lelaki itu angguk lagi sebelum angkat punggung dan beredar pergi. *** Aku parkir kereta pada tempatnya. Restoran M nampak ramai pengunjung. Majoritinya bangsa kedua di Malaysia datang berkunjung. Aku keluar. Tak tahan dengan bahang panas. Malaysia kini tak layak dipanggil monsun tropika melihatkan cuaca sesuka hati berubah. Cepat-cepat aku masuk ke dalam Restoran M berhawa dingin. Itu salah satu rasa syurga.             Aku beratur di barisan paling pendek. Sambil menunggu giliran aku main Clash of Clans. Bunuh masa.             “Selamat datang,” sambut pengambil order mesra. “Makan sini atau bungkus?” tanyanya. ...

Cerkon #8

Kotak diisi jutaan molekul nikotina aku keluarkan. Pemetik api aku hidupkan. Nyalaan api aku dekatkan. Batang maut aku bakarkan.      'Fuh' Hembus asap keluar dari rengkungan. Tinggal sedikit rasa sejuk dalam anak tekak. Biasalah rokok mint kan.      "Anne, kasi saya roti kosong dua campur roti telur dua. Teh ais dengan laicikang!" Aku jerit pada pelayan kedai.      Entah mamak entah india bukan masalahku. Cuma aku pasti tiada daging babi dalam roti-rotiku. Tiada whiskey dalam laicikang aku. Nah, itu sudah cukup. Maaf, aku mengaku aku bukan pengikut Islam yang baik. Tapi tak bermaksud aku terlalu tenggelam dalam arus liberal ini.      Fon di kocek kiri aku keluarkan usai memesan makanan. Aplikasi burung biru aku buka. Sejujurnya burung biru ini seperti porno. Kau akan ketagihan.      Dari kejauhan aku lihat sekujur tubuh berjalan kearahku. Dia mara makin dekat.   ...

Cerkon #7

Azan berkumandang. Sayup-sayup kedengaran. Kamal seluk poket seluar, teraba mencari fon. Aplikasi twitter dilayari, bernafsu menaip sesuatu. Papan kekunci habis dilayak rakus. ‘Salam maghrib guys! Solat dulu. Chao’ Hantar. “Nak main tak?” “Nak! Cepat lah ocong kad.”

Cerkon #6

Husin bekerja di Tesco. Sebagai tukang penyapu amatur. Memandangkan nasib tak mahukan dia, slip SPM semua huruf E. Mungkin sudah ditakdirkan bakatnya dalam bidang ni, meyapu. Apa nak buat. Sedang Husin sibuk menyapu. “Apa lah pemimpin sekarang. Orang tengah banjir dia main golf. Pergilah turun padang tolong.” Helaian seterusnya di selak. “Asyik-asyik nak bertekak. Melayu sama melayu pulak tu. Sebab tu aku tak pangkah kerajaan.” Selak lagi. “Dah agak dah kalah Malaysia ni. Nasib baik aku tido awal semalam. Buat sakit hati je!” Husin datang dekat buat-buat sapu. “Encik sana sikit. Saya nak sapu.” “Eh kau! Mana ada sampah kat kat sini! Dah bersih. Sana tu sapu. Penyebok!” balasnya biadab. Kurang adab. Encik lah sampah. Sampah masyarakat, ujar Husin dalam hati.

Cerkon #5

Daun pintu aku kuak. Bau kentang dan burger menusuk hidung. Segar. Tak ramai pengunjung hari ni di restoren M. Banyak meja kosong. Terus aku ke kaunter. Memesan. “Selamat datang, makan sini atau bungkus?” aku disambut gembira. “Tak nak bungkus.” Balas aku jujur. “Makan sini?” “Tak juga?” “Habis tu?” pelayan naik pelik. Kepala tak gatal digaru. “Saya nak makan sana. Tu.” Aku tuding pada meja kosong berdekatan cermin kaca. Semasa menunggu, tiada senyuman dilakar untuk aku. Aku cuma bersikap jujur. Salah ke?

Cerkon #4

"Chainsaw? " "Ada." "Kapak ?" "Ada." "Plastik hitam?" "Ada." "Surat khabar? Mana tahu bosan nanti liat nak potong." "Ada gak. Metro." "Kepala dulu ke potong dari celah kelengkang?" "Celah kelengkanglah. Lambat sikit nak mati." "Tapi dia ni pun belum bangun lagi." "Jap aku ambik air."

Homisid I

"Kring Kring!" Terperanjat aku dek bunyi loceng telefon itu. Aku angkat. "Hello? Tuan Bakar ke?" Disana senyap "Anak-anak dah tidur?" Tak, tak ni bukan suara Tuan Bakar. "Hahahahahahahaha." Sambungnya. Aku hempas gagang.      Celaka budak-budak mainkan aku. Kalaulah aku tahu siapa memang aku hentak pakai belakang parang. Jiwaku panasaran. Mujur rumah Tuan Bakar ini dilengkapi penghawa dingin di setiap inci rumahnya. Oh, kecuali tandas. Sofa Lorenzo kulit itu aku henyak ganas. Kalaulah teman lelakiku ada disini. Hazwan namanya. Kulit sawo matang dengan tangan gagah dan dada kekar. Cukup menambat nafsu perempuanku nafsu ghairahku.      Bayangkan dia ada di sini bisa membuatkan aku terangsang. Bercengkerama diatas sofa kulit ini. Bercumbuan di ranjang di tingkat atas.      'Pap!' Aku tampar pipi kiri. Sudah jangan berangan lagi. Nanti basah susah pulak. Seperti memo di dalam kepala, aku ingat kembali supaya mengawal nafsu g...

Cerkon #3

Semua pemuda jati Kampung Leboh sudah berkumpul. Warung Pak Mid jadi lokasi. Hari ini merupakan mesyuarat agung kelab persatuan belia harapan bangsa. Yang ditunggu tiba. Komeng, berbaju ‘Saya Anti Rokok’ tongkat basikalnya. Selaku pengerusi, mesyuarat takkan bermula tanpa dia. Masing-masing tampak gembira dan semangat.  “Baiklah semua, aku ada satu berita baik punya.” Ujar Komeng sekali tunjuk ibu jari. “Apanya Meng?” sampuk salah seorang dari kelompok anak muda itu. “Lek lu. Pasang dulu.” Sejurus asap nikotin marak memenuhi ruang warung. Maka bermulalah agenda tergendala.

Cerkon #2

Anakku pulang. Berlari ke arahku. Tanah selesai  ditimbus. Batang cangkul aku letak tepi. “Mak, mana ayah?” soalnya. “Ayah tidur. Diam. Nanti dia bangun.” balas aku sambil letak jari telunjuk pada bibir. Aku pijak sikit tanah biar betul mampat.

Cerkon #1

Aku benar pasang tekad malam ni. Apa nak jadi, jadi lah. Bunyi kereta parkir di halaman. Aku tarik nafas dalam-dalam. Pintu dikuak, mak dan abah masuk. Dua beg plastik logo KFC dibimbit tangan. “Mak, abah, saya tak minat lagi belajar.” Luah aku terus-terang. “Habis tu macam mana nak kerja?! Sekarang kerja kilang kena ada segulung ijazah tau.” Balas maknya sedikit terkejut. “Saya nekad. Saya nak berniaga.” Abah hanya geleng kepala. Tak mampu bersuara. “Degil! Kalau tak nak ikut cakap aku kau keluar dari rumah ni!” Satu rumah bergema. Aku tarik beg roda Pollo tersandar tepi dinding. Dari awal aku sudah siapkan. Aku tahu aku akan kena halau kalau tak ikut cakap mak. “Kau jangan jejak lagi dalam rumah ni. Kau lapar pandai-pandai kau lah. Jangan mengemis mintak makanan.” Betul marah Datin Hasnah. Lima tahun kemudian, tak terasa lama walaupun tiada mak atau abah. Kisah lampau aku sudah lupa. Kini aku berjaya dirikan sebuah butik tudung. Berbekalkan seluas impian aku ku...

Di kejatuhan

Biar aku jatuh dihempap batu belah asalkan aku tahu aku pernah jatuh. Sudah langkah aku buka mata. Tersadung juga jatuh terluka. Suatu ketika aku berjalan dipimpin ibu, orang tersayang. Belum sempat aku jatuh terduduk dia sudah memaut. Kini aku sudah besar, mampu butangkan baju sendiri, tidak pakai bedak lagi, tiada siapa kejut pagi atau gosokkan gigi. Tapi semua itu tidak menghentikan aku dari terus jatuh mencium batu tar panas. Membocorkan kulit mulus lalu darah mengalir pantas. Sakit tak seberapa tapi ada. Dan satu aku nak bagitahu. Hidup aku patuh tapi aku tetap jatuh. Jatuh. Orang lihat. Tiada hati mana tersentuh. Aku rapatkan jari bangunkan diri. Dengan sendiri. Terhincut mencari siapa langgar. Akan aku langgar balik. Tapi bukan ‘Malik” bukan “Shark”. Cuma mahu bayar hutang. Sebelum tiang dua terpacak. Jatuh ketika berusaha hendaklah bangun semula. Sebelum ramai memijak muka. Tetapkan prinsip di depan. “ Jatuh kali ke tujuh, bangkit kali ke lapan”.

Guna

     Salakan anjing aku dengar dari rumah Cikgu Wong. Mendayu tapi keras dan garang. Cukup buat aku gentar. Dari angin-angin mulut yang aku dengar baka anjing datangnya dari Rusia. Kalau tidak salah namanya Rottweiler apa entah yang penting mahal. Juga boleh melapah kaki keringku ini.      "Ah, persetan sama anjing itu Fairuz." Lantang teriak Guna. Seperti seorang psiko. Dia mampu baca roma mukaku tika ini. Hilang machoku.     "Bukan Guna. Aku tak gentar sama anjing itu. Cuma takut kita dikerjar." Kelakar pembohonganku. Kemudian aku dengar Guna tertawa.     "Takut dikejar dengan takut anjing kau tak rasa sama?" Balas Guna. Terbongkar juga penipuan aku.      Kemudian aku tersenyum. Perjalanan ke rumah Bilal Haji Taib kami teruskan. Aku mahu pergi mengaji atau lebih tepat ibuku suruh aku pergi mengaji. Katanya nanti bila mak mati bolehlah kau bacakan Al-Quran untuk mak. Sejuk mak dalam kubur....

Harungi

Kuntuman semangat untuk aku yang layu di tengah keberadaan manusia sibuk. Tiap kali menapak aku sedar ini dunia pancaroba. Aku tidak boleh berjalan dengan lengguk. Dengkinya manusia mampu meragut kesabaran sekian lama. Tolong! Memekik melolong. Waktu itu mereka hanya memerhati dengan geli hati. Kelakar? Melihat aku seperti kampungan, baju lusuh, seluar camping, selipar jepun. Hairan aku. Semuanya sekadar luaran, pakaian. Bukannya menentukan darjat seseorang sebegitu rupa. Menyukai luaran melupakan dalaman. Eh! Si miskin, teriak seorang manusia. Aku tidak toleh. Dasar manusia materialistik.