Cerkon #9

“Saya sarankan encik kurangkan minuman bergula dan makanan tak sihat.”
Lelaki yang mendengar itu angguk. Tanpa mahu membantah.
“Tekanan darah encik naik mendadak dari bulan lepas. So kena berjaga-jaga. Itu saja.” Terang doktor wanita berkaca mata.
Lelaki itu angguk lagi sebelum angkat punggung dan beredar pergi.

***

Aku parkir kereta pada tempatnya. Restoran M nampak ramai pengunjung. Majoritinya bangsa kedua di Malaysia datang berkunjung. Aku keluar. Tak tahan dengan bahang panas. Malaysia kini tak layak dipanggil monsun tropika melihatkan cuaca sesuka hati berubah. Cepat-cepat aku masuk ke dalam Restoran M berhawa dingin. Itu salah satu rasa syurga.
            Aku beratur di barisan paling pendek. Sambil menunggu giliran aku main Clash of Clans. Bunuh masa.
            “Selamat datang,” sambut pengambil order mesra. “Makan sini atau bungkus?” tanyanya.
            “Makan sini.” Jawab aku ringkas.
            “Nak pesan apa?”
            Menu di atas aku perhati. Mula dari kanan sampai kiri aku baca nama makanan dan harganya. Semua nampak sedap kalau perut belum kenyang.
            ‘Saya sarankan encik kurangkan minuman bergula dan makanan tak sihat. Tekanan darah encik naik mendadak dari bulan lepas. So kena berjaga-jaga. Itu saja.’
            “Bagi saya GCB, ayam goreng spicy, chicken McNuggets dan air cola.”

            Mudah.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1