Guna
Salakan anjing aku dengar dari rumah Cikgu Wong. Mendayu tapi keras dan garang. Cukup buat aku gentar. Dari angin-angin mulut yang aku dengar baka anjing datangnya dari Rusia. Kalau tidak salah namanya Rottweiler apa entah yang penting mahal. Juga boleh melapah kaki keringku ini.
"Ah, persetan sama anjing itu Fairuz." Lantang teriak Guna. Seperti seorang psiko. Dia mampu baca roma mukaku tika ini. Hilang machoku.
"Bukan Guna. Aku tak gentar sama anjing itu. Cuma takut kita dikerjar." Kelakar pembohonganku. Kemudian aku dengar Guna tertawa.
"Takut dikejar dengan takut anjing kau tak rasa sama?" Balas Guna. Terbongkar juga penipuan aku.
Kemudian aku tersenyum. Perjalanan ke rumah Bilal Haji Taib kami teruskan. Aku mahu pergi mengaji atau lebih tepat ibuku suruh aku pergi mengaji. Katanya nanti bila mak mati bolehlah kau bacakan Al-Quran untuk mak. Sejuk mak dalam kubur. Saat itu aku lantas angkat punggung dan bergegas pergi mengaji di rumah Bilal Haji Taib. Cair telingaku dengar ibu berleter.
Aku sendiri tidak pasti mengapa aku ajak Guna, sahabat Indiaku di sekolah padahal ramai lagi yang juga ke rumah Bilal Haji Taib untuk tujuan yang sama. Angin senja yang menyapa batang tubuhku yang disalut dengan Baju Melayu. Nyaman dan menderu lembut. Pokok-pokok tumbuh utuh dan ampuh kiri dan kanan denai ini. Aku toleh ke belakang. Nampak tapak kasut lusuhku dan juga tapak kasut Guna.
Dari jauh kelihatan terang benderag rumah Bilal Haji Taib dengan cahaya pelita. Sayup kedengaran kitab Iqra' dan Muqaddam dibaca. itu kelas kanak-kanak. Aku sudah sampai Juz 6 Al-Quran. Kelasku bermula sebentar lagi.
*
'Piap!' rotan singgah ke pehaku. Balasan kerana tersalah hukum tajwid. Aduh sakitnya. Aku raba peha yang dirotan. Aku yang dalam keadaan duduk bersila mengaduh perit. Bilal pandang aku tegas. Namun, di sebalik kornea matanya itu dapat aku selam sebenarnya niatnya mulia. Tenang aku melihat matanya itu. Aku buat muka kasihan.
"Kamu habiskan muka surat ini, tanda dan kamu boleh beransur Fairuz." Terang Bilal Haji Taib.
"Baik bilal." Aku sambung bacaan. Dalam hati sorak gembira cuma aku yang tahu.
Usai aku menghabiskan bacaan muka surat terakhir itu aku hulur tangan pada Bilal Haji Taib. Hulur rasa hormat aku pada dia. Bilal Haji Taib sambut dan aku kucup tangannya.
'Allahuakbar' sahutan imam mendengar takbir lantang menusuk gegendang telinga. Diproses dan dicerna lalu dirangsang pada akal untuk bangkit menunaikan ibadat wajib. Aku lantas tutup kalam mulia itu dan letakkan di rak tersedia.
Sama jemaah aku solat sampai ke tahiyat akhir kemudian menyusul imam aku memberi salam. Seperti yang viral dalam adat melayu usai solat semua akan berbaris dan bersalaman sesama jemaah (lain pula senario di bandar dimana kebanyakkan surau cuma diisi dengan imam dan bilal. Itupun jika ada)
Fairuz? Kini dia menyambung pelajarannya dalam bidang pengajian agama Islam di Kaherah, Mesir. Untung bukan? Aku siapa? Nama aku Muhamad Hasan bin Abdullah. Oh, mungkin juga kalian lebih kenal dengan nama Guna.

Comments
Post a Comment