Di kejatuhan

Biar aku jatuh dihempap batu belah asalkan aku tahu aku pernah jatuh. Sudah langkah aku buka mata. Tersadung juga jatuh terluka. Suatu ketika aku berjalan dipimpin ibu, orang tersayang. Belum sempat aku jatuh terduduk dia sudah memaut. Kini aku sudah besar, mampu butangkan baju sendiri, tidak pakai bedak lagi, tiada siapa kejut pagi atau gosokkan gigi. Tapi semua itu tidak menghentikan aku dari terus jatuh mencium batu tar panas. Membocorkan kulit mulus lalu darah mengalir pantas. Sakit tak seberapa tapi ada. Dan satu aku nak bagitahu. Hidup aku patuh tapi aku tetap jatuh.

Jatuh. Orang lihat. Tiada hati mana tersentuh. Aku rapatkan jari bangunkan diri. Dengan sendiri. Terhincut mencari siapa langgar. Akan aku langgar balik. Tapi bukan ‘Malik” bukan “Shark”. Cuma mahu bayar hutang. Sebelum tiang dua terpacak.


Jatuh ketika berusaha hendaklah bangun semula. Sebelum ramai memijak muka. Tetapkan prinsip di depan. “ Jatuh kali ke tujuh, bangkit kali ke lapan”.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1