Cerkon #5
Daun
pintu aku kuak. Bau kentang dan burger menusuk hidung. Segar.
Tak
ramai pengunjung hari ni di restoren M. Banyak meja kosong. Terus aku ke
kaunter. Memesan.
“Selamat
datang, makan sini atau bungkus?” aku disambut gembira.
“Tak
nak bungkus.” Balas aku jujur.
“Makan
sini?”
“Tak
juga?”
“Habis
tu?” pelayan naik pelik. Kepala tak gatal digaru.
“Saya
nak makan sana. Tu.” Aku tuding pada meja kosong berdekatan cermin kaca.
Semasa
menunggu, tiada senyuman dilakar untuk aku. Aku cuma bersikap jujur. Salah ke?
Comments
Post a Comment