Cerkon #3

Semua pemuda jati Kampung Leboh sudah berkumpul. Warung Pak Mid jadi lokasi. Hari ini merupakan mesyuarat agung kelab persatuan belia harapan bangsa.
Yang ditunggu tiba. Komeng, berbaju ‘Saya Anti Rokok’ tongkat basikalnya. Selaku pengerusi, mesyuarat takkan bermula tanpa dia. Masing-masing tampak gembira dan semangat.
 “Baiklah semua, aku ada satu berita baik punya.” Ujar Komeng sekali tunjuk ibu jari.
“Apanya Meng?” sampuk salah seorang dari kelompok anak muda itu.
“Lek lu. Pasang dulu.”

Sejurus asap nikotin marak memenuhi ruang warung. Maka bermulalah agenda tergendala.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1