Posts

Showing posts from June, 2015

#RukuntakBeriman

Bila hati dah jarang tegur Tuhan Bila hati dah tak nampak si Cahaya Bila hati dah kalis peluru seorang lelaki yang dipilih penduduk langit dan bumi Bila hati dah tak bersatu dengan syaddah dan sabdu Bila hati dah buang ketetapan terbaik dari Pencipta diri Dan... Bila hati dah kosong dari minyak wangi syurga

#HanyaSepuluhKata

Memuntahkan kata -alam maya. Mereka krik-krik. Mana cerita kedai kopi?

#HanyaSepuluhKata

Kau yang disakiti, tanpa ws, tuit-tuit terbit, dan goodnight wish

#MuntahPantun

Oh ! Jangan kau berduka sayang, Mari aku pimpin kau berjalan pulang, Esok masih ada hari yang mendatang, Kesat matamu si dia jangan engkau kenang,

Vroooooooooommm !!! (Nukilan Acap Pedoks)

Kampung Maratho tidak pernah sunyi ketika petang. Bunyi motor yang dibuat-buat mengaum garang. Dua orang budak ; Zambri dan Yahya galak berlumba (berlari)  di atas padang yang merupakan trak sepang mereka. Masing-masing tak mahu kalah.     Tangan kanan ditegakkan dan diletakkan pada mulut bagi menghasilkan bunyi motor. Bunyinya lebih kurang macam ini –Vroommm!-.     “Zam, aku lagi laju daripada kau.” Yahya memintas Zambri. Kakinya gigih  berlari seperti ayam kampung.     “Oh kau nak lawan eh. Vrooommmm!”, maruah Zambri tercabar sebelum memecut laju mengejar Yahya di hadapan. Sedaya upaya dia berlari untuk menjadi nombor satu.     Perlumbaan semakin rancak. Kedua mereka membelah angin kampung yang sepoi-sepoi bahasa. Kedai Kopi Dolah menjadi garisan penamat. Kedudukan teratas berpihak kepada Yahya. Dia paling di hadapan. “Vroooomm!”, laung Yahya megah setelah dia orang pertama sampai. Zambri cuma lewat 0.20 ...

Luahan Hati Abang Habano

     601 Red Habano yang baru satu per empat dihisap aku sedut lagi. Zarah asap aku hembus halus. Apa yang aku suka bila hisap cerut ni adalah asapnya lebih lembut dari rokok-rokok dominan yang kau bisa jumpa diseluruh pelosok dunia. Buatannya lebih teliti. Tembakaunya padat. Jika rokok biasa kau perlu ketuk dahulu biar isinya mampat kerana kadang ada ruang di antara tembakau ke tembakau.  Cerut yang dibawa jauh dari negara pimpinan Daniel Ortega ini aku cukup suka. Biasanya bila bicara tentang cerut yang diagungkan cerut dari daerah Cuba. Nah, aku rasa cerut wilayah kecil Nicaraguan ini afdhal rasanya dan lebih nikmat tatkala asapnya menerbos kaviti mulut.      Aku keluarkan telefon pintar jenama HTC dan letak atas meja merah. Kopi Kak Munah aku hirup lagi perlahan. Aku buka kunci pada telefon pintar dan aku luncurkan tangan pada aplikasi burung biru. Habano aku letak sebentar pada asbak kaca warna hitam.      Jenuh a...

Nafas baru ! Nafas baru !

     Aku letak sebatang 601 Red Habano yang aku beli di Johansson Tobacco Company tadi di atas meja gerai tomyam itu. Tangan aku angkat tinggi, meleweh jam tangan besi aku yang tak muat cukup-cukup tangan.      "Kak, Kopi O panas satu ! Kurang gula." Teriak aku disambut oleh elus senyum yang terbit dari bibir Kak Munah. Datang pula seorang pelayan yang acap kali aku lihat disini. Kerjanya tidak lain tidak bukan, lap meja, ambil pesanan, lap meja, ambil pesanan.  Sebelum aku balik ke rumah, setiap malam aku akan singgah dahulu di gerai corner lot ini untuk mengisi perut namun mesyuarat lewat maghrib tadi kenyang melantak karipap masih tersisa. Jadi, aku ambil keputusan untuk hanya menikmati secangkir kopi.      Meja plastik merah baru sahaja dilap itu aku lihat bersih. Cukup bersih dari tadi yang penuh kotor debu-debu kota yang menyesakkan.      "Nah dik, Kopi O kurang manis." Terang Kak Munah. ...

Tauhid Duit

Jangan kau bilang yang berketayap itu alim, Jangan, Jangan kau kata yang berjubah itu mulia, Jangan, Ini zaman duit kau harus ingat, Bersepah si ustaz seteru hantu, Yang jadi bicaranya duit, Yang jadi khutbahnya perempuan, Yang jadi tazkirahnya kereta mewah, Yang jadi usrahnya rumah besar, Sesat habis si umat ingin menuntut ilmu, Jahanam inilah manusia celaka, Agama dijualnya, Akidah dijajanya, Tauhid habis menjadi modalnya, Dialah Tuhan, Dialah Rasul, Dan tatkala maut menjemput, Rasakan penangan Malaikat Maut.

#SepuluhKata

"Dalam mengaji ada ustaz-ustaz hantu Seleweng ilmu, kasi kau buntu."

Gred

Ditemani gemerlapan lampu jingga, Nota-nota kau baca semua, Gred baik kau harap hasilnya, Tawakal dan doa akhir bicara.

Romantik Si Perancis

Katanya orang Perancis romantik, Dibunuh orang Vietnam, romantik? Katanya orang Perancis romantik, Dibolot hasil bumi Vietnam,  romantik? Katanya orang Perancis romantik, Diburu Ho Chi Minh, romantik? Dan aku terus khayal fikir apa itu romantik.

#SepuluhKata

"Sesiapapun tidak boleh diberi kepercayaan Kamu akan ditololkan wahai perempuan."

#SepuluhKata

"Manusia yang tidak akan pernah lupa. Mereka sedang cuba melupakan."

#SepuluhKata

"Siapa hampiri, dia akan lebih menjauhi. Saya pisau tajam melukakan."

#SepuluhKata

"Anak-anak Malaysia hangat bercinta, Mereka tak ambil tahu isu dunia."

Air Dari Langit

Hujan turun tak putus-putus. Aku berdiri di tepi kaki lima, rasa percikan hujan namun tak diendahkan. Waktu ofis sudah tamat 10 minit lepas. Rakan-rakan lain barangkali sudah sampai rumah. Dan aku masih di sini, terpacak menanti payung turun dari langit?  Manusia memang takut dibasahi hujan mungkin. *** Melabuhkan punggung pada kerusi kedai kopi terkemuka, aku nampak cool. Hujan diluar menambahkan lagi rasa cool. Seperti di dalam komuniti borjuis. Telefon epal, diskusi tender berjuta dan pasangan romantika menyelubungi. Aku minta kopi kapitalis pada harga paling murah, gadis di kaunter jeling. Peduli apa! Sambil aku hirup kopi, aku memerhati sana sini. Manusia dan kesibukannya. Manusia dan kewajarannya mengutip wang. Manusia dan sisa hidup mereka. Saling tak berhenti melangkah sambil telefon di telinga.              Dan aku perhati, seorang lelaki teragak-agak untuk meredah hujan. Dia seperti robot ofis, dar...

Amnesia

Amnesia satu kecelakaan yang diinginkan semua gadis. Meluputkan kotak memori pedih mereka, membakar kepingan cemburu tolol dan menelan hempedu perit di kerongkong, terus masuk mengganggu batin selesa. Wabaknya menular pantas, angkara virus-virus sayang tidak terkawal. Apabila seorang lelaki itu dicintai ikhlas oleh seorang gadis jelik dan keperluan cinta gadis itu dibalas adalah perlu . Tapi, itu hanya  dasar penjajahan perasaan gadis itu yang berkecamuk mahukan apa yang dirasakan terjamin dapat. Dunianya yang dipijiak adalah antagonis dan zionis dan sifar sifat perikemanusiaan. Apa yang ditetapkan kekal tetap. Hanya yang cantik layak dipasangkan dengan si kacak perawan. Seiring ke taman rerama menyumbang dosa, menjilat ais krim vanilla selang seli dan duduk berduaan di bangku  sepakat melentok bahu.Baki gadis malang yang jelik pasif mengurung diri di dalam bilik sempit yang penuh tisu-tisu basah, alat solek bertaburan di lantai dan surat cinta bersepah tak berbalas. ...

Masih Dilema

Aku kucup pipi ibu Bakal warnai pagiku Sebelum mencari ilmu Tanda pohon restu. Aku akui Dia pelbagai watak Seorang isteri, Seorang suri rumah, Seorang tukang masak. Menjadi orang berjaya Berharta digelar kaya Peri pentingnya Ibu segala bermula. Tertanya-tanya Adakah fulus dan harta Sempurna membalas jasanya? Aku dalam dilema.

Untuk Aku Keduanya

Engkau mahu Menjadi pinokio Menipu dan terus menipu Isi hatiku Barangkali aku Begitu teruja dengan sapaan Dan perhatian perempuan Terus menjadi anak kecil Kuat kepercayaannya Mereka kata Aku malang Atau barangkali Aku dalang Untuk ikatan perhubungan kita Yang tidak akan berulang. Jadi Aku ambil keduanya.

Si Pemegang Cota

Dingin bayu malam itu, Celik matanya diatas bangku, Mengikat perut menahan sebu, Akhir bulan dapatlah seribu, Pada isteri disumbang gajinya, Untuk anak sedekah kiranya, Buat ibu berhabis duitnya, Dirinya? Cukuplah sekadar senyuman manja, Tersengguk-sengguk kepalanya, Menurut nafsu kantuknya, Kopi tersisa kembali disua, Agar rezeki halal toyyiba, Celoreng putih kembali dipakai, Dan gelapnya malam terus menyeringai.