Luahan Hati Abang Habano
601 Red Habano yang baru satu per empat dihisap aku sedut lagi. Zarah asap aku hembus halus. Apa yang aku suka bila hisap cerut ni adalah asapnya lebih lembut dari rokok-rokok dominan yang kau bisa jumpa diseluruh pelosok dunia. Buatannya lebih teliti. Tembakaunya padat. Jika rokok biasa kau perlu ketuk dahulu biar isinya mampat kerana kadang ada ruang di antara tembakau ke tembakau. Cerut yang dibawa jauh dari negara pimpinan Daniel Ortega ini aku cukup suka. Biasanya bila bicara tentang cerut yang diagungkan cerut dari daerah Cuba. Nah, aku rasa cerut wilayah kecil Nicaraguan ini afdhal rasanya dan lebih nikmat tatkala asapnya menerbos kaviti mulut.
Aku keluarkan telefon pintar jenama HTC dan letak atas meja merah. Kopi Kak Munah aku hirup lagi perlahan. Aku buka kunci pada telefon pintar dan aku luncurkan tangan pada aplikasi burung biru. Habano aku letak sebentar pada asbak kaca warna hitam.
Jenuh aku melihat omel-omel mengada anak muda tentang cinta. Ya, memang buat aku muak. Pada aku nak bercinta tidak salah tapi jika cinta itu menjadi candu dan menyesakkan privasi orang lain (Tweet jiwang semua diretweet) itu tahi lembu. Takkan tak boleh jika epik cinta agung itu hanya kau berdua sahaja yang tahu? Rahsia. Lebih elok bukan?
Bicara soal cinta, biasanya rutin kita dengar berbunyi ;
"Lelaki itu ego."
Dan aku rasa itulah tahi lembu total. Mari kita ambil contoh dalam epik cinta aku.

* * *
"You takda kerja lain eh? Yang you tahu hisap Habano apa benda entah rokok mahal you tu. I siapa nak jaga?" Tengking Maria. Aku tenung matanya. Penuh amarah. Nah, aku tahu dia dalam kitaran masturasi. Marahnya dia aku tahan, aku sabar.
Aku fikir, jika aku luah (burst) apa aku dapat ? Pergaduhan dan cakaran ? Adakah berbaloi kata hati yang aku utarakan jika akhirnya pergaduhan yang dicerna. Berbaloi? Jadi aku ambil keputusan untuk diam. Hadamkan saja apa kata dia.
Ada ketika dia mengamuk atas benda remeh-temeh. Mangsa amukan ? Ya, akulah. Aku lambat balas pesanan ringkasnya pada telefon pintar. Selalunya, ayat balasnya begini ;
"Mana you?"
"K"
Tetapi apa yang menariknya apabila dia berbuat begitu aku hanya ambil positif dan balas lagi pesanan ringkas berbunyi ;
"Mariam ? You busy eh? It's okay. Finish your things first and later hit me a call. I waiting for your call. I love you."
* * *
Aku lihat 601 Red Habano yang masih membara. Aku sedut perlahan dan hembus pada atmosfera malam yang kian meruncing gelapnya.
"I love you, Habano."
Comments
Post a Comment