Nafas baru ! Nafas baru !

     Aku letak sebatang 601 Red Habano yang aku beli di Johansson Tobacco Company tadi di atas meja gerai tomyam itu. Tangan aku angkat tinggi, meleweh jam tangan besi aku yang tak muat cukup-cukup tangan.

     "Kak, Kopi O panas satu ! Kurang gula." Teriak aku disambut oleh elus senyum yang terbit dari bibir Kak Munah. Datang pula seorang pelayan yang acap kali aku lihat disini. Kerjanya tidak lain tidak bukan, lap meja, ambil pesanan, lap meja, ambil pesanan.  Sebelum aku balik ke rumah, setiap malam aku akan singgah dahulu di gerai corner lot ini untuk mengisi perut namun mesyuarat lewat maghrib tadi kenyang melantak karipap masih tersisa. Jadi, aku ambil keputusan untuk hanya menikmati secangkir kopi. 

    Meja plastik merah baru sahaja dilap itu aku lihat bersih. Cukup bersih dari tadi yang penuh kotor debu-debu kota yang menyesakkan.

     "Nah dik, Kopi O kurang manis." Terang Kak Munah.

     Tika dia berlalu pergi aku lihat liang lentok tubuhnya. Harus aku kata yang dia masih gagah untuk umurnya yang sebegitu. Aku toleh pada jam tangan aku yang gelebeh (Maklumlah jenama Casio), gandingan dua jarum itu tepat tunjuk jam 9.32 minit malam. Aku terus hirup rakus udara kotor hutan batu ini. Meja yang terletak di tar jalan ini memudahkan aku untuk merokok.

     Fuh ! Aku lantas hembus kencang. Membersihkan lohong hidungku. 601 Red Habano tadi aku potong guna pakai kacip muncungnya. Kemudian, aku nyalakan pakai pemetik api Zippo. Baru nampak kelas bukan? Memang cara aku. Kelas. Saiznya yang lebih besar dari saiz ibu jari memang memuaskan aku. Aku sedut perlahan hanya biar asap dinginnya bermain pada rongga mulut. Hembus. Dan pada sedutan kedua aku habiskan hembusan dengan berserta hirupan kecil pada kopi hitam Kak Munah.

    "Cuba you dengar kat radio. Lagu Melayu sekarang ni dah makin mengarut I rasa."

     Bual leka dua susuk jelita di meja berhampiran cukup buat telinga aku panas.

    Lagu Melayu karut? Aku terkedu sebentar. Lagu Jeffrydin, Seruling Anak Gembala mula bermain dalam benakku. Aku tergagau mencari kebenaran di sebalik kata-kata susuk jelita sebentar tadi. Apa maksudnya dengan karut? Karut bagaimana ? Liriknya? Melodinya? Aku rasa dari dulu sampai sekarang melodi lagu Melayu belum lagi ditranformasi menjadi musik-musik dubstep yang dicandu anak muda ketagih hiburan. Liriknya juga tidaklah teruk seperti lagu-lagu barat yang rata-rata semua sudah dibudayakan dengan perkataan 'Fuck' .

     Nah, kau ambil saja lagu CeeLo Green, Fuck You. Aku bagi contoh paling mudah. Perkataan fuck sudah seperti perkataan biasa disebut. Juga fuck ini aku boleh kata sangat universal.

     "How the fuck he do that?"

     "What the fuck?!"

     "Fucking awesome!"

     Universal bukan? Universal sampah perosak bahasa. Habis budaya barat yang dulu kiranya dikata budaya paling bertamadun di dunia (Katanya) hancur kini bahasanya. Indah bahasa sudah menjadi kesat.

     Bagi aku, kepada yang berkata lagu Melayu ini mengarut, mereka hanya mengambil kira dari dasar, bukan keseluruhan. Mereka aku rasa menilai satu lagu dari tajuknya. Knock knock oleh Elizabeth Tan dan Hantu atau Buaya oleh Nanasheme boleh aku katakan tajuknya mengarut, namun, ini secara lahiriahnya aku lebih suka gelarkan sebagai satu nafas baru. Tiada lagi cinta akhir hayat, seribu kali cinta, mawar berduri idaman kalbu atau rindu setengah hidup. Nafas baru ! Nafas baru !

     Jika diambil kira dari penghasilan musik video pula. Aku berani kerat jari kalau ada musik video lagu Melayu yang punya elemen berbogel di dalamnya. Musik lagu barat ? Kau pilih saja. Kau nak yang tembam? Kau nak yang kurus? Semua ada. Kadang-kadang aku terasa seperti menonton video lucah pun ada. Video lagu Melayu rata-ratanya aku lihat banyaknya yang menyanyi dan dengan sedikit dansa sebagai rencahnya.

     601 Red Habano aku sedut dalam. Hembus aku penuh sesalan.
   

     
    

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1