Masih Dilema

Aku kucup pipi ibu

Bakal warnai pagiku

Sebelum mencari ilmu

Tanda pohon restu.



Aku akui

Dia pelbagai watak

Seorang isteri,

Seorang suri rumah,

Seorang tukang masak.



Menjadi orang berjaya

Berharta digelar kaya

Peri pentingnya

Ibu segala bermula.



Tertanya-tanya

Adakah fulus dan harta

Sempurna membalas jasanya?


Aku dalam dilema.


Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1