Posts

Showing posts from February, 2016

CANGGUNG (Part-3)

Beria-ia Tajul bercerita kepada Zam tentang filem yang ditonton. Tentang perempuan yang punya halkum. Tentang keberanian Rahman yang berjaya menafikan hari kematiannya. Filem yang tidak henti menarik jantungnya daripada jatuh ditonton malam kelmarin. Ketika ada babak berunsur kaget, sedaya upaya Tajul memberanikan diri untuk lihat. Selama 1 jam lebih filem itu dimainkan, langsung tidak tertoleh Tajul melainkan tertancap matanya pada skrin tivi. Filem bertajuk GERABAK itu benar memberi kesan pada diri dan mencuri perhatiannya. Menjadi setia dan pemerhati yang baik sepanjang cerita bergerak .             “Hang rasa kan Lina tu hidup lagi tak?”             Zam garu dagunya. Memandang ke atas mencari jawapan sesuai berkenaan pertanyaan Tajul.             “Aku rasa pompuan tu hidup. Tapi, satgi dia kena langgar lag...

CANGGUNG (Part-2)

Bau biji kopi yang berkeliaran di segenap ruang minum cuba menemani. Skrip novel yang ditolak mentah sedang Rahman hadam. Apa yang kurang untuk kali ini? Toni terlalu hipokrit untuk menolak hasil kerja Rahman yang boleh dikira baik kerana ini manuskrip novel seramnya yang kedua belas!   Toni kata, ‘tambah feel seram. Feel! Feel!’.             Rahman rasa hidup dia yang tiada feel.   Bukan Rahman tak cuba mengikut kehendaknya tetapi orang tua itu kepala batu. Dia bersama Rahman dua minit yang lalu di sini – Kedai Kopi Bachan – semata-mata untuk satu perkara. Dia menyuruh Rahman pulang ke kampung dan mencari ilham. Air terjun yang tenang, persekitaran yang hijau dan atmosfera kampung mampu membantu Rahman, katanya. Dan beredar tanpa membayar secawan kopin yang dihirup licin.             Rahman menyimpan semula manuskrip novel ke dalam beg galas di kerusi sebel...

CANGGUNG (Part-1)

Sunyi dan sepi selain ranting bergeseran dengan zink. Bunyi yang mengguriskan pundi kencing. Dalam pada angin tengah hari berpuput lembut masuk di celahan papan kayu. Membuai enak orang Kampung Tualang.   Yang sudah enak bersantap sambal belacan dan asap pedas ikan tenggiri pastinya angin di kala ini adalah angin terbaik untuk diajak beradu. Malah masih kosong pangkin di seberang jalan. Tidak kelihatan lagi team gosip ‘MULUT PUAKA’ nun di bawah pokok mangga yang memayungi sebuah pangkin yang berusaha menyatukan 5-6 punggung milf. Kadang-kala tidak menentu bilangannya untuk dikira. Teralu horny dan menambah dosa kering untuk dilihat lama.             Brannngggg!             “Alamak! Musibat !” Tajul bergegas ke dapur macam orang kena sampuk. Rambutnya bersergum tidak diambil pusing. Terlondeh kain pelekat yang menutup anu tak menyempat nak dikemaskan. Dia sebenarnya ...