Cinta yang semakin suram
Sebenarnya bukan sukar untuk memikat hati perempuan. Kau cuma perlu masa yang tempat dan situasi yang sesuai. Biarpun dia kekasih orang, jatung hati orang, bini orang ataupun apa saja. Kau perlu saat dia perlukan teman. Pantangnya, kau mesti jadi pendengar paling baik dalam semesta. Sekali dia bercerita dengan engkau, dia akan terus cari kau. Cerita tentang ini dan itu. Perempuan, lumrahnya mahu cerita semua. Sampai mood bercerita, kucing mengiau pun boleh jadi cerita seram terdahsyat pernah kau dengar. Saat dia rasa selesa dengan kau, saat itu adalah saat permulaan bagi kau.
***
Apabila sudah berada di tahap ini, berhenti sejenak. Fikir dalam-dalam mana pergi segala kemanisan percintaan awak dahulu? Mana pergi on the phone pada setiap malam berjam-jam? mana pergi kata-kata manis awak? Mana dia pujuk manja awak (sudah tentu setelah 2,3 tahun awak rasa malas untuk memujuk bukan? Awak biarkan dia seorang untuk pujuk diri sendiri) ? Adakah awak pasti masa 2, 3 tahun percintaan bisa menjamin jenjang pelamin jika awak masih sering mengendahkan dia. Sejujurnya, dia sudah jumpa lelaki yang bisa mendengar semua ceritanya pada tiap malam.
Dan apabila awak sedar, sekali lagi awak merungut.
"Ah, aku gagal lagi dalam bercinta ! Semua perempuan sama !"
Comments
Post a Comment