Patung (Pernah dihantar pada FIXI, ditong sampahkan)


     Itu nampak Sapuan ? Si gila tu dari semalam  khusyuk  membanting tulang . Seriau aku dibuatnya. Sumpah aku tak  tipu. Rasa nak menangis pun ada.

      Keringat di dahinya jatuh bercucuran. Dia terus memotong arteri-arteri daging tersebut.

      “Kau okay tak Supi?” Tanya Sapuan. Risau.

      Aku diam kaku. Memandang  Sapuan kosong.

      Perit di tangan tak kunjung surut. Pilu dan ngilu bercampur-baur. Erang dan tangis diselang-seli. Takut dan gerun ditambah lagi. Cukup buat aku gila hidup bersama Sapuan. Paranoia dalam setiap nafas.

      Sapuan yang kelelahan kemudian menghidupkan TV . Sejurus duduk di kerusi rotan.

       “Berita terkini, polis telah menerima aduan tentang kes penculikan kelima di kawasan Selangor. Kes yang terkini berlaku di kawasan Lembah Klang. Polis menambah . . .”

       Terukir senyum di bibir hitam Sapuan. Dia kemudian bangkit dan meneruskan kerjanya.

       ‘Pak ! Pak  ! Pak !’ Dikapaknya penuh obsesi si gila maniac. Aku mahu lari.
Bergantungan mayat-mayat di bilik itu. Toleh kiri, tangan bergantung. Kanan, usus terburai. Aku tahan air mataku agar tidak tumpah depan si gila.

     Sapuan mara ke arahku.

     Loloskan aku tuhan. Aku merayu.

     “Supi tangan kau dah siap. Lihat .”

     Nah, aku lupa. Aku hanya sebuah patung.

     Kemudian Sapuan menjahit daging tersebut pada bahuku. Lengkaplah aku sebuah patung.
   

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1