Ah, manusia !
Ah, manusia manusia,
Saat sakit meratib nama tuhan,
Kala sihat solat ditinggalkan,
Bila duka baru segala zikir
diamalkan,
Muda-muda dipuja nafsu dan
syaitan,
Sudah berdekut baru sedar diri
terkehel di tengah jalan,
Muda-muda amarah beraja
merasuk fikiran,
Sudah berkedut baru sibuk
mohon kemaafan,
Waktu hidup sibuk tagihkan
kehormatan,
Mahu diri disembah bagai
tuhan,
Zuhud memang ternyata bukan
pilihan,
Kerana emas dan berlian jadi
tuan,
Gosip dan fitnah jadi
kegemaran,
Laksana nasi santapan wajib
seharian,
Cerita kecil
digunung-gunungkan,
Asyik dikutuk, haram diambil
tauladan,
Jika terkesan, jadikan agama
sebagai panduan,
Teguhkan diri tunaikan
kewajipan,
Sifat mazmumah jadi sempadan,
Masa lalu kita jadikan
pengajaran.
Comments
Post a Comment