Sibuk atau malas?

    
     Aku boleh kira manusia ini tidak pernah puas. Apa saja tidak kena pada matanya. Perutnya boroi, tidak puas. Matanya bundar, mahu sepet, Matanya sepet, mahu bundar. Apa saja tidak kena. Sebenarnya pada itu tidak mengapa. Teruskan membebel pada telinga yang sudi mendengar.

     "Aku dah boroi lah mat." Si A.

     "Ohhh." Mat.

     "Aku nak kurus la." Si A.

     "Baguslah." Mat.

     Apa yang bagus? Dia mahu kembali kurus. Ya, dia sedar perutnya mula membocah. Kekiri dan kekanan di setiap derap langkah. Swiush ! Swiush ! Berjoget salsa air dalam perut, daging dan sirap bercampur meribut.

     Yang menjadi hal, apabila kau terlalu asyik memperkatakan. Namun, dibuat tak pernah, ditinggal, yang busuk jadi nanah. Terus terkandas dalam tanah. Perut yang boroi tidak juga kurus-kurus. Malah kini kalah orang mengandung 9 bulan. Apabila ditanya,

      "Kau haritu kata nak kurus." Mat.

      "Aku takda masa lah nak pergi jog. Sibuk mat." Si A.

     Sibuk atau malas?






Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1