CANGGUNG (Part-1)
Sunyi dan sepi selain ranting bergeseran
dengan zink. Bunyi yang mengguriskan pundi kencing. Dalam pada angin tengah
hari berpuput lembut masuk di celahan papan kayu. Membuai enak orang Kampung
Tualang. Yang sudah enak bersantap
sambal belacan dan asap pedas ikan tenggiri pastinya angin di kala ini adalah
angin terbaik untuk diajak beradu. Malah masih kosong pangkin di seberang
jalan. Tidak kelihatan lagi team gosip ‘MULUT PUAKA’ nun di bawah pokok mangga
yang memayungi sebuah pangkin yang berusaha menyatukan 5-6 punggung milf.
Kadang-kala tidak menentu bilangannya untuk dikira. Teralu horny dan menambah
dosa kering untuk dilihat lama.
Brannngggg!
“Alamak!
Musibat !” Tajul bergegas ke dapur macam orang kena sampuk. Rambutnya bersergum
tidak diambil pusing. Terlondeh kain pelekat yang menutup anu tak menyempat nak
dikemaskan. Dia sebenarnya dah terlanjur. Mujur bunyi motorsikal 125 anak Haji
Doli (rasanya) menderum gila telah menyelamatkan kondisi. Pacuan dua roda itu merentasi
sebatang jalan bersebelahan rumah kecilnya yang diperbuat daripada papan
bermutu. Di saat itu juga, berkecai sinematografi mimpinya. Kecelaruan terjadi di
setiap plot mimpi yang belum berkesudahan. Ah! Tidur memang mengasyikkan, gumam
Tajul mamai.
Perlahan-lahan
anak tangga 6 kerat dituruni. Dengan bantuan penghadang tepi, dia melangkah
teratur menuju ke dapur gas. Mengatur setiap langkah. Kelihatan cerek tertenggek
sedang dipanaskan. Mucungnya berpusu-pusu dihembus wap panas. Tapi, tiada bunyi
menjerit sayup. Menandakan air di dalamnya belum mencapai tahap didih. Tajul hembus
nafas lega. Kain pelekatnya dipakai elok semula dan agak kecewa kerana tidak
berada di penamat mimpi.
“Aku
pikir hang dah rentung terbakar. Mampuih aku nak beli baru. Jam ni hang kena
tahu barang lagi mahal dari maruah manusia.”
Omel
Tajul yang fikir maggi akan mengenyangkan perutnya. Jadi dia harus menjerang
air sebagai langkah awal. Untuk mempercepatkan masa menunggu dia bercadang
untuk tidur-tidur ayam. Kesedapan tidur di waktu tengah hari tiada tolok
bandingnya. Empuknya kekabu yang mengalas kepala cukup rencah kalau hendak buat
nasi goreng kampung. Cukup kampungnya. Kesudahnya, dia terlajak sampai 30
minit. Nasib cereknya tak rentung sekali dengan dapur. Mahu tak mahu tidur
balai raya alamat rumah kalau tinggal dua tiga keping papan. Jauh Tajul buang
imaginasinya itu.
Dapur
yang ditembusi cahaya matahari dari celahan zink berlubang. Sedikit bahang
terasa menjalar pada tubuh kedingnya. Gerobok yang sudah tidak boleh ditutup pintu Tajul gali mencari stok maggi disebalik
timbunan gula pasir, tepung dan tin susu cair yang tidak tersusun. Kerja Tajul
menjadi sukar. Ditambah terlalu banyak ronyokan plastik kosong menghalang
pergerakan tangan. Plastik yang dia tidak pasti kenapa masih disimpan. Berkerut
mukanya mengalahkan orang sembelit dan peluh mula mengalir menuruni pelipis.
Akhirnya
pek berwarna kuning bersama tulisan ‘KARI BERAPI’ buatkan mata Tajul terbuntang
luas. Paket maggi itu dilekapkan pada pipi cengkunya. Yes, my baby! Tajul goyang punggung.
Kari berapi yang meletupkan kepala orang pada plastik
maggi ditatap Tajul. Beria muka orang itu macam pedas sangat. Setahu Tajul
sambal petai ibunya paling pedas di daerah Alor Setar. Semua penduduk Kampung
Tualang tahu tentang kehandalan Mak Temah apabila membuat sambal. Siti rogayah,
pemilik kedai runcit juga tahu. Mat Karen, orang kaya lembu/kambing juga tahu.
Malah, Zulaikha Ramlee, crush Tajul juga pernah merasai sambal petai masakan
Mak Temah ketika bertandang bersama kumpulan marhaban kampung. Oleh itu, maggi
kari ini masih belum dapat menangini apa jua, fikir Tajul.
“Agak-agak
hang nak kencing aku sampai letup-letup kepala apa jadah!”
Plastik
maggi itu dibicaranya. Mengomel tak tentu pasal.
Dia
ambil satu daripada enam paket. Dibelek pek maggi itu yakni mencari tarikh
luput. Dia hampir lupa bila kali terakhir dia ke kedai untuk membeli maggi.
Selama ini dia hanya menumpang makan di rumah ibunya.
15
JUN 2015
“Cilaka
betul!” Maki Tajul berang. Meluap isi hatinya. Berombak dadanya naik turun,
menahan rasa marah. Bertukar panas darah yang mengalir di segenap tubuh.
“Mampuih
aku kalau makan. Panas jubur aku asyik nak terberak je kalau makan hang tau.”
Mula Tajul meroyan sorang-sorang.
Dalam benak dikiran, hari ini Jumaat. Dia belum makan sehari suntuk sejak orang
balik semayang Jumaat. Hendak ke Warung Kak Salbiah, kantoi gamaknya dia tidak ke masjid oleh Imam Daud. Terpaksa
dia menunggu sehingga orang kampung pulang ketika jam beransur pukul dua. Tatkala
dia dan senyuman gembira terlukis di wajah, minyak motornya kosong sekosong
otaknya. Dua tiga-kali dihenyak motor RXZ metalika itu. Tersengguk-sengguk
macam bunyi keldai nazak. Punah harapan
yang menggunung untuk ke Warung Kak Salbiah. Keli masak cili api bermain di
kepala otaknya. Kini hanya tinggal kenangan.
Maggi harapan teragung yang dia
taruhkan untuk mengisi perut yang bergendang lapar. Alangkah sebentuk kekecewaan datang merosakkan harinya.
Meretakkan sanubari yang merintih sejak dia mula menjerang air. Kesemua maggi di
dalam pek telah tamat tempoh. Tertulis di setiap paket, maggi yang sudah rosak
7 bulan yang lalu. Ianya macam satu sial yang datang berjemaah.
Benda yang rosak tak elok simpan,
menjahanamkan mood. Melantun-lantun kalimah cilake di bibirnya. Hambur marahnya
berterabur keluar ketika direnyuk keenam-enam pek maggi. Tajul campakkan mereka
ke dalam tong sampah. Maggi yang pertama dicampak paling kuat. Deras terperosok
masuk paling dalam bersama sampah-sampah yang lain. Diikuti paket maggi yang
lain pada balingan yang cuba dikekalkan kelajuannya. Terubat sedikit sakit hati
Tajul. Walaupun perutnya terseksa kelaparan.
Dalam pada itu, kedengaran bunyi
bising datang dari dapur gas yang tertenggek cerek. Meraung-raung macam anak
kecil baru disakat. Terus menujah kembali rasa sakit dihati seperti diguris
pisau dengan sengaja sesudah melihatkan air yang dijerang mula mendidih.
“Hang diam lah setan!”
Teriak Tajul yang feed up sebelum
cerek yang menjerit itu dialihkan dari api.
***
Tajul
menghadap tivi sambil menongkat dagu di kerusi malas. Bunyi kruk-kruk-krek
kadangkala bergetar dari perutnya. Aktor sensasi Malaya, Rozita Che Wan
ditonton selamba. Meliang-liuk punggung
wanita itu apabila berjalan dengan kasut tumit yang dipakai dalam telemovie
Kiah Pekasam. Tajul rasa dia akan horny gila kalau perutnya tidak lapar. Gigil perutnya semakin menjadi-jadi. Kalau
dapat makan maggi dengan ikan pekasam pun cun, fikir Tajul.
Gedebuk!
“Oi,
mak kau hijau!” latah Tajul. Mati serta-merta lamunannya.
Seekor
tikus sebesar penumbuk baru jatuh dari bumbung rumah. Tikus hitam dengan bulu
yang lebat memandang Tajul hairan.
“Ni
lagi satu setan. Sabaq aku makin lama makin hilang hari ini. Aku nak pi amik
lastik, lastik jubo hang.”
Diseluk
bawah kerusi malas, teraba-raba mencari lastik. Sememangnya itu senjata dia berlawan
dengan cicak kobeng, tikus gedempul dan lipas terbang. Memang cari nahas. Hah! Tajul
keluarkan lastik yang berhabuk sedikit.
“Mana
hang anak haram?!”
Tajul meletakkan guli sebagai peluru yang dia ambil
dari dalam bekas abu rokoknya. Dia bangkit dan mencari tikus yang sudah lari
bersembunyi. Ini kerana Tajul tidak nampak kelibat binatang itu.
“Hang
dah pening tu. Aku ada panadol. Meh lah busyuk-busyuk...””
Bersiap-sedia
dengan lastik yang sedang ditarik sebelum dilepaskan guli. Bawah tivi Tajul mengendap,
kosong. Belakang langsir diselak, pun tidak kelihatan.
“Cit-cit-cit…”
Telinga Tajul cepat tangkap bunyi
yang entah dari mana datangnya. Kakinya terasa geli seperti digeletek bulu ayam.
Kain pelekatnya diangkat sampai ke lutut. Tikus yang dia cari mendongak melihat
muka Tajul. Senyap-senyap dia bersembunyi bawah kelengkang Tajul yang kepam.
“Cilake!
Skodeng telo aku!”
Tajul
sepak tikus di bawah kelengkangnya. Bergolek-golek macam bola hingga ke tangga.
Tergedek-gedek tikus itu lari ke arah dapur. Tikus itu diperhati dulu. Sebelum dia lepaskan guli pada kelajuan 30
batu sejam pergi dengan jayanya. Sial!
Guli itu pengkau melilau. Mungkin tangannya tak bedung . Terkena pada sekeping
cermin tingkap di dapur. Terbelah dua gamaknya mujur tak jatuh berderai.
“Hari
ni hari hang. Takpe. Ingat aku maafkan hang sebab dah makan separuh ic aku.
Never and ever!” hambur Tajul. Lastik disimpan semula. Dia duduk semula pada
kerusi malas dan menarik nafas. Cukup menyesakkan paru-parunya yang kekurangan
oksigen. Sesudah aturan nafasnya stabil, dia mencucuh sebatang rokok yang
dikepit pada bibir. Berpulun asap mara keluar setelah dihembus penuh perasaan.
Bip-bip-bip!
Telefon
Tajul bergetar di atas tivi. Segera dia capai, tekan butang hijau dan letakkan
pada telinga.
“Hah,
Zam. Awat? Ada masalah besar ke?”
“……”
“Job
baru? Okay-okay. Datang ah.”
“……’
“Zam,
hang bawa sekali maggi kari pedas. Aku lapar belom maggi dari pagi.”
“……”
“Hang
cari yang ada gambar kepala orang meletup.”
“……”
“Okay,
chao.”
Talian
dimatikan.
Tajul
menyandar semula pada kerusi malas, melayan sehingga habis puntung yang
disedut.
“Cit-cit-cit.” Bunyi tikus tadi
seperti memanggilnya yang leka menonton tivi.
Semacam mahu mengajak Tajul bermain kejar-kejar lagi.
“Dah
aku malas nak layan hang.”
Tolak
Tajul mentah-mentah macam rejek awek kilang yang hitam dan kepam.
***
Zam
tolak motor masuk ke halaman sebelum memasang tongkat. Sambil menjinjing plastik
berisi sepaket maggi kari berapi, pintu diketuk. Wajah Tajul muncul setelah
ketukan berulang yang deras menyentak perhatiannya dari tivi. Sudah diketahui
itu kedatangan Zam – Zam anak tokey budu.
“Sampai
pon hang. Nahorom lambat macam anak dara pakai make up.” Tajul mempelawa Zam
masuk. Melihat plastik di tangan Zam terus dia sambar. Langkah mereka ke arah
dapur. Zam hanya mengikut rentak Tajul yang tak sabar nak makan maggi.
“Bila
kali terakhir hang makan?” soal Zam melihat Tajul memasukkan 3 bungkus maggi
serentak.
“Hehehe….”
Sengih
Tajul lalu menuang air panas.
“Jul,
aku ada berita nak habaq. Benda baik punya !”
“Bende?”
Toleh Tajul. Perencah maggi dibubuh. Keruh air bertukar setelah disebati dengan
beberapa pusingan garpu. Bau kari mula meruap naik dan menangkap deria bau
Tajul.
“Memandangkan
hang takde kerja. Aku nak offer hang satu job ni. Nak ke tidak?”
“Job
apa? Kalau jadi pilot aku nak lah.”
“Lebih
kurang pilot. Tapi, lain sikit.”
Zam
menggariskan senyuman psiko melihatkan Tajul teruja untuk mendengar berita yang
hendak disampaikan. Dia cuba menaikkan suspen.
“Jadi
pilot KTM.”
Tajul
yang sedang menghirup maggi mengangkat kepala. Dia tersenyum indah kepada Zam. Zam
tahu reaksi Tajul bererti setuju. Hari Jumaat memang hari penuh berkat. Tajul
dapat maggi yang diidamkan dan tawaran kerja yang tak dijangka. Kali ini tuah menggantikan
sial dan juga datang berjemaah kepadanya.
Tivi? Wujudkah perkataan sedimikian?
ReplyDeletePerkataan tivi adalah urban semata-mata
Delete