Posts

Showing posts from 2014

Cerkon #10

Komputer riba  terpasang. Bersama secawan kopi Frappe panas belum diusik. Haba yang keluar-naik buktinya. Sebelah komputer riba berdiri kipas meja Panasonic  pada kelajuan tiga. Hari tu aku layan porno diam-diam dalam bilik. Mak di luar sedang sidai baju. Harap tak kantoi. Aku sejuk. Lalu aku rendahkan kelajuan kipas pada satu. Catat. *** Aku balik dari sekolah. Sebenarnya aku tak sekolah. Jujur. Mak di dapur tatkala aku jerit ‘Assalammualaikum’. Tak menyempat aku mandi, makan dan terus tukar baju-seluar. Mak tanya aku nak keluar ke mana. Aku jawab pergi kedai Pak Hamid jap. Mak tak tahu aku amik duit undi dia bawah bantal. Aku haus, perlukan penyejuk tekak. Dunhill Menthol mungkin membantu.                  Catat.          *** Gelap betul keadaan sekeliling. Aku tak boleh gerak. Siapa yang balut aku ni? *** “Bila eksiden?” s...

Cerkon #9

“Saya sarankan encik kurangkan minuman bergula dan makanan tak sihat.” Lelaki yang mendengar itu angguk. Tanpa mahu membantah. “Tekanan darah encik naik mendadak dari bulan lepas. So kena berjaga-jaga. Itu saja.” Terang doktor wanita berkaca mata. Lelaki itu angguk lagi sebelum angkat punggung dan beredar pergi. *** Aku parkir kereta pada tempatnya. Restoran M nampak ramai pengunjung. Majoritinya bangsa kedua di Malaysia datang berkunjung. Aku keluar. Tak tahan dengan bahang panas. Malaysia kini tak layak dipanggil monsun tropika melihatkan cuaca sesuka hati berubah. Cepat-cepat aku masuk ke dalam Restoran M berhawa dingin. Itu salah satu rasa syurga.             Aku beratur di barisan paling pendek. Sambil menunggu giliran aku main Clash of Clans. Bunuh masa.             “Selamat datang,” sambut pengambil order mesra. “Makan sini atau bungkus?” tanyanya. ...

Cerkon #8

Kotak diisi jutaan molekul nikotina aku keluarkan. Pemetik api aku hidupkan. Nyalaan api aku dekatkan. Batang maut aku bakarkan.      'Fuh' Hembus asap keluar dari rengkungan. Tinggal sedikit rasa sejuk dalam anak tekak. Biasalah rokok mint kan.      "Anne, kasi saya roti kosong dua campur roti telur dua. Teh ais dengan laicikang!" Aku jerit pada pelayan kedai.      Entah mamak entah india bukan masalahku. Cuma aku pasti tiada daging babi dalam roti-rotiku. Tiada whiskey dalam laicikang aku. Nah, itu sudah cukup. Maaf, aku mengaku aku bukan pengikut Islam yang baik. Tapi tak bermaksud aku terlalu tenggelam dalam arus liberal ini.      Fon di kocek kiri aku keluarkan usai memesan makanan. Aplikasi burung biru aku buka. Sejujurnya burung biru ini seperti porno. Kau akan ketagihan.      Dari kejauhan aku lihat sekujur tubuh berjalan kearahku. Dia mara makin dekat.   ...

Cerkon #7

Azan berkumandang. Sayup-sayup kedengaran. Kamal seluk poket seluar, teraba mencari fon. Aplikasi twitter dilayari, bernafsu menaip sesuatu. Papan kekunci habis dilayak rakus. ‘Salam maghrib guys! Solat dulu. Chao’ Hantar. “Nak main tak?” “Nak! Cepat lah ocong kad.”

Cerkon #6

Husin bekerja di Tesco. Sebagai tukang penyapu amatur. Memandangkan nasib tak mahukan dia, slip SPM semua huruf E. Mungkin sudah ditakdirkan bakatnya dalam bidang ni, meyapu. Apa nak buat. Sedang Husin sibuk menyapu. “Apa lah pemimpin sekarang. Orang tengah banjir dia main golf. Pergilah turun padang tolong.” Helaian seterusnya di selak. “Asyik-asyik nak bertekak. Melayu sama melayu pulak tu. Sebab tu aku tak pangkah kerajaan.” Selak lagi. “Dah agak dah kalah Malaysia ni. Nasib baik aku tido awal semalam. Buat sakit hati je!” Husin datang dekat buat-buat sapu. “Encik sana sikit. Saya nak sapu.” “Eh kau! Mana ada sampah kat kat sini! Dah bersih. Sana tu sapu. Penyebok!” balasnya biadab. Kurang adab. Encik lah sampah. Sampah masyarakat, ujar Husin dalam hati.

Cerkon #5

Daun pintu aku kuak. Bau kentang dan burger menusuk hidung. Segar. Tak ramai pengunjung hari ni di restoren M. Banyak meja kosong. Terus aku ke kaunter. Memesan. “Selamat datang, makan sini atau bungkus?” aku disambut gembira. “Tak nak bungkus.” Balas aku jujur. “Makan sini?” “Tak juga?” “Habis tu?” pelayan naik pelik. Kepala tak gatal digaru. “Saya nak makan sana. Tu.” Aku tuding pada meja kosong berdekatan cermin kaca. Semasa menunggu, tiada senyuman dilakar untuk aku. Aku cuma bersikap jujur. Salah ke?

Cerkon #4

"Chainsaw? " "Ada." "Kapak ?" "Ada." "Plastik hitam?" "Ada." "Surat khabar? Mana tahu bosan nanti liat nak potong." "Ada gak. Metro." "Kepala dulu ke potong dari celah kelengkang?" "Celah kelengkanglah. Lambat sikit nak mati." "Tapi dia ni pun belum bangun lagi." "Jap aku ambik air."

Homisid I

"Kring Kring!" Terperanjat aku dek bunyi loceng telefon itu. Aku angkat. "Hello? Tuan Bakar ke?" Disana senyap "Anak-anak dah tidur?" Tak, tak ni bukan suara Tuan Bakar. "Hahahahahahahaha." Sambungnya. Aku hempas gagang.      Celaka budak-budak mainkan aku. Kalaulah aku tahu siapa memang aku hentak pakai belakang parang. Jiwaku panasaran. Mujur rumah Tuan Bakar ini dilengkapi penghawa dingin di setiap inci rumahnya. Oh, kecuali tandas. Sofa Lorenzo kulit itu aku henyak ganas. Kalaulah teman lelakiku ada disini. Hazwan namanya. Kulit sawo matang dengan tangan gagah dan dada kekar. Cukup menambat nafsu perempuanku nafsu ghairahku.      Bayangkan dia ada di sini bisa membuatkan aku terangsang. Bercengkerama diatas sofa kulit ini. Bercumbuan di ranjang di tingkat atas.      'Pap!' Aku tampar pipi kiri. Sudah jangan berangan lagi. Nanti basah susah pulak. Seperti memo di dalam kepala, aku ingat kembali supaya mengawal nafsu g...

Cerkon #3

Semua pemuda jati Kampung Leboh sudah berkumpul. Warung Pak Mid jadi lokasi. Hari ini merupakan mesyuarat agung kelab persatuan belia harapan bangsa. Yang ditunggu tiba. Komeng, berbaju ‘Saya Anti Rokok’ tongkat basikalnya. Selaku pengerusi, mesyuarat takkan bermula tanpa dia. Masing-masing tampak gembira dan semangat.  “Baiklah semua, aku ada satu berita baik punya.” Ujar Komeng sekali tunjuk ibu jari. “Apanya Meng?” sampuk salah seorang dari kelompok anak muda itu. “Lek lu. Pasang dulu.” Sejurus asap nikotin marak memenuhi ruang warung. Maka bermulalah agenda tergendala.

Cerkon #2

Anakku pulang. Berlari ke arahku. Tanah selesai  ditimbus. Batang cangkul aku letak tepi. “Mak, mana ayah?” soalnya. “Ayah tidur. Diam. Nanti dia bangun.” balas aku sambil letak jari telunjuk pada bibir. Aku pijak sikit tanah biar betul mampat.

Cerkon #1

Aku benar pasang tekad malam ni. Apa nak jadi, jadi lah. Bunyi kereta parkir di halaman. Aku tarik nafas dalam-dalam. Pintu dikuak, mak dan abah masuk. Dua beg plastik logo KFC dibimbit tangan. “Mak, abah, saya tak minat lagi belajar.” Luah aku terus-terang. “Habis tu macam mana nak kerja?! Sekarang kerja kilang kena ada segulung ijazah tau.” Balas maknya sedikit terkejut. “Saya nekad. Saya nak berniaga.” Abah hanya geleng kepala. Tak mampu bersuara. “Degil! Kalau tak nak ikut cakap aku kau keluar dari rumah ni!” Satu rumah bergema. Aku tarik beg roda Pollo tersandar tepi dinding. Dari awal aku sudah siapkan. Aku tahu aku akan kena halau kalau tak ikut cakap mak. “Kau jangan jejak lagi dalam rumah ni. Kau lapar pandai-pandai kau lah. Jangan mengemis mintak makanan.” Betul marah Datin Hasnah. Lima tahun kemudian, tak terasa lama walaupun tiada mak atau abah. Kisah lampau aku sudah lupa. Kini aku berjaya dirikan sebuah butik tudung. Berbekalkan seluas impian aku ku...

Di kejatuhan

Biar aku jatuh dihempap batu belah asalkan aku tahu aku pernah jatuh. Sudah langkah aku buka mata. Tersadung juga jatuh terluka. Suatu ketika aku berjalan dipimpin ibu, orang tersayang. Belum sempat aku jatuh terduduk dia sudah memaut. Kini aku sudah besar, mampu butangkan baju sendiri, tidak pakai bedak lagi, tiada siapa kejut pagi atau gosokkan gigi. Tapi semua itu tidak menghentikan aku dari terus jatuh mencium batu tar panas. Membocorkan kulit mulus lalu darah mengalir pantas. Sakit tak seberapa tapi ada. Dan satu aku nak bagitahu. Hidup aku patuh tapi aku tetap jatuh. Jatuh. Orang lihat. Tiada hati mana tersentuh. Aku rapatkan jari bangunkan diri. Dengan sendiri. Terhincut mencari siapa langgar. Akan aku langgar balik. Tapi bukan ‘Malik” bukan “Shark”. Cuma mahu bayar hutang. Sebelum tiang dua terpacak. Jatuh ketika berusaha hendaklah bangun semula. Sebelum ramai memijak muka. Tetapkan prinsip di depan. “ Jatuh kali ke tujuh, bangkit kali ke lapan”.

Guna

     Salakan anjing aku dengar dari rumah Cikgu Wong. Mendayu tapi keras dan garang. Cukup buat aku gentar. Dari angin-angin mulut yang aku dengar baka anjing datangnya dari Rusia. Kalau tidak salah namanya Rottweiler apa entah yang penting mahal. Juga boleh melapah kaki keringku ini.      "Ah, persetan sama anjing itu Fairuz." Lantang teriak Guna. Seperti seorang psiko. Dia mampu baca roma mukaku tika ini. Hilang machoku.     "Bukan Guna. Aku tak gentar sama anjing itu. Cuma takut kita dikerjar." Kelakar pembohonganku. Kemudian aku dengar Guna tertawa.     "Takut dikejar dengan takut anjing kau tak rasa sama?" Balas Guna. Terbongkar juga penipuan aku.      Kemudian aku tersenyum. Perjalanan ke rumah Bilal Haji Taib kami teruskan. Aku mahu pergi mengaji atau lebih tepat ibuku suruh aku pergi mengaji. Katanya nanti bila mak mati bolehlah kau bacakan Al-Quran untuk mak. Sejuk mak dalam kubur....

Harungi

Kuntuman semangat untuk aku yang layu di tengah keberadaan manusia sibuk. Tiap kali menapak aku sedar ini dunia pancaroba. Aku tidak boleh berjalan dengan lengguk. Dengkinya manusia mampu meragut kesabaran sekian lama. Tolong! Memekik melolong. Waktu itu mereka hanya memerhati dengan geli hati. Kelakar? Melihat aku seperti kampungan, baju lusuh, seluar camping, selipar jepun. Hairan aku. Semuanya sekadar luaran, pakaian. Bukannya menentukan darjat seseorang sebegitu rupa. Menyukai luaran melupakan dalaman. Eh! Si miskin, teriak seorang manusia. Aku tidak toleh. Dasar manusia materialistik.

Cobaan

Suatu petang hangat dengan biasan cahaya matahari, burung-burung terbang berkicau saling membentuk  satu kumpulan bahagia hingga buat hati tenang jika melihat. Kejaiban panorama petang yang mengasyikkan. Taman Parit Tamar nampak tenang. Ramai penduduk setempat keluar bersosial. Budak-budak pastinya ke taman permainan berdekatan bermain riang. Kaum ibu tak terlepas duduk di pangkin bawah pohon mangga menjual gosip sesama mereka. Pastinya ada ketua –paparazzi- mulakan cerita dan yang lain menokok tambah.   Di satu sudut, ada seorang peniaga. Namanya Makcik Limah. Dia tak macam kaum ibu yang lain. Dia tak suka buang masa melepak. Pemikiran dia agak jauh. Selagi ada peluang dia akan manfaatkan. Duit. Materialistik. Semua itu penting pada zaman sekarang.       Makcik Limah buka sebuah gerai kecil, menjual beraneka jenis kuih –lodeh, lapis, cucur badak, popiah sambal, karipap, donut, pisang goreng- dan banyak lagi. Dan selalu gerainya menjadi tum...

Tentang Alam

Pelangi Tujuh warna jadi kombinasi Bikin mata tertancap mati Awan Air naik tersejat simpan Tiba masa turunlah hujan Air Disalah guna disumpah sihir Ditangkis dengan solat dan zikir Api Silap cara boleh bawa mati Itu sebab kena hati-hati

Seketul hati

Hati umpama laut bukan? Tenangnya deru ombak menghembus bayu Tanpa sedar si pemangsa di dalamnya Hati umpama tanah bukan? Coklat dan rumput selang-seli Bikin kombinasi sejati Tanpa sedar bawahnya punya seribu rahsia sendiri Hati umpama buah bukan? Masak ranum mata melihat Jus diperah rasa menyengat Rosak di dalam tiada siapa ingat Hati umpama bulan bukan? Sinarnya bisa buat orang terfana Mata terjengil mulut ternganga Reput di permukaan orang buat buat terlena

Tentang isi hati

Pernah kau teroka? Balik senyum aku? Tawa palsu aku Penuh cerita calar atma Kau ingat aku gembira? Aku lupa topeng senyuman tak tahan lama Belakang kau mataku berkaca Mutiara jernih tumpah jua Aku tahan aku pendam Dah lama aku kemam Kalau luak makan dalam Hubungan baik jadi hitam Biar cerita aku simpan Sampai masa aku kasi kau hadam

Terlalu Sayang Akan

Hari semalam. Ayah ajak aku pergi kedai haiwan. Aku gembira. Ayah kata dia nak belikan aku seekor naga sebab hari jadi aku semalam. Aku suka.       Sampai kat kedai, ayah suruh aku pilih. Aku amik naga biru belang merah. Di kaunter, ayah hulur dua not hijau pekat. Tapi aku tak hirau. Aku tunggu dekat depan kedai sambil acah-acah naga yang dalam sangkar.          Dalam kereta. Ayah tanya nak bagi nama apa. Aku fikir. Mentol muncul dan menyala atas kepala. Aku bagitahu ayah. Nama dia Abot. Dekat seminggu berlalu. Lepas balik sekolah aku mesti jumpa Abot dulu. Bercakap dengan dia walau dia tak pernah cakap dengan aku. Aku tak makan dulu. Aku bagi Abot makan. Abot dah makin besar. Saiznya. Misai Abot panjang kalah atok Seman kat kampung.        Suatu hari. Abot nak makan benda lain. Dia tak nak makan ikan rebus lagi. Dari riak wajah dia muak katanya. Lalu aku pecahkan tabung aya...

Kabut Beracun

Kabus menutupi. Awan-awan samar. Mata kabur. Hidung kembang kempis menahan bau semacam menyengat masuk nostril. Kenapa mesti tiap tempat sebegini, getus hati. Adakah di bumi Malaysia saja? Atau aku silap?  Toleh ke kanan. Juga serupa. Samar-samar. Tiada pilihan diberi aku statik duduk atas kerusi panjang bersambung. Kerana bas lembab seperti siput babi aku tergendala malah terlambat untuk ke pejabat. Angka mahu berdetik ke lapan. Tolonglah ihsankan aku masa. Aku tak sanggup dihujani amarah bos, buatkan pagi aku spoil. Walaupun sudah spoil.  Bertambah kabur. Dari kadar kepekatannya menunjukkan dia ambil satu batang, bakar. "Uncle ! Hisap rokok jauh sikit lah ! Saya orang muda paru paru bersih !" , maaf aku tak tahan. Santun kemana.  Kanapa? Mengapa? Enak sangat ke gulungan rokok yang membinasa. Malah budak sekolah terpengaruh. Yang tua mahu dinasihat sudah liat.  Sedarlah penduduk Malaysia. Malah yang utama, Melayu. Tak ramai mana pun lagi. Hisap lah ...

Siapa Sangka

“Mak, orang gi dulu !” laungan suara jantanku memecah sunyi pagi di Taman Rimba Bara untuk memberitahu mak yang aku bingkas mahu berangkat pergi. Ke mana lagi destinasi kalau tak ke pejabat. Kerja serupa robot kadang buat otak aku mahu tercabut. Rutin yang aku perlu ulang setiap hari kecuali hari minggu. Tapi hari minggu yang sekadar dua hari, celah tahi gigi saja. Menanti sahutan aku dibalas, aku membetulkan posisi tai yang terlalu ke kiri.Takut takut kerana tai senget aku dimarahi bos nanti. Bagi dia polisi syarikat sangat diambil kira; penampilan diri melambangkan identiti. Sudah beribu kali ayat itu digunakan kepada para pekerjanya. Inilah padah dapat bos yang lain spesies. Selesai, jeritanku tadi masih tidak diendahkan oleh manusia di dalam. Mana mak ni. Sembahyang ke? Getus hati ku dalam dalam. Aku toleh pada tangan kiri yang berlilit jam hitam. Jam Tissot yang baru aku terima dari pemberian bakal tunang ku, Sarah. Tanda cinta kami yang masih kukuh.  Jarum panjang berhe...

Malam

Dalam deru angin malam Jumaat Aku tertanya Millenium tamadun kita ini Jika wang itu Kayu ukur bagi kemuliaan manusia?

Hati x Kertas

Hati ni kan. Dia macam kertas. Ya kertas. Warna putih dan kau punya pen macam mana kau nak corakkan kertas tu. Hati ni kan. Dia macam kertas. Kalau kau letak sehelai memang senang koyak senang rabak senang tembus. kau perlu letak lapisan demi lapisan. Cermat tapi padat. Biar tebal. Susah nak tembus, nak luka lagi. Hati ni kan. Dia macam kertas. Kadang dia elok elok kau pergi koyakkan. Sakitkan dia. Ya bahasa lain dia overthink. Kau selalu buat kan? Lagi lagi perempuan. Hati ni kan. Dia macam kertas. Kau beli dalam bungkusan. Luar nampak elok je. Tapi dalam rosak kena makan anai anai

Panas

Tubuh dijemur Bawah cahaya sphera neraka Mencarut kasar Tubuh menggelupur Pekik terlolong Hamakkan payung Tapi itu cuma Pekikkan kosong Tiada yang menolong

Mata

Manusia punya mata Dia katup ketat Saat baik yang aku lakukan benda murni Terbeliak bulat Tatkala jahat yang aku lakukan Kemudian dengan mulut Mereka kutuk Mereka caci Bukan? haih manusia.

Masih Lena

Kau kata Seolah pencipta Kau bicara Punya bisa Semenjak kau Dikeliingi harta Sejak kau Enggan jadi hamba Bila kau Mahu terjaga?

Secebis

Hadiahkan aku secebis memori Agar aku bisa mimpi si pari pari Lindungi hati yang disakiti Pujuk diri teruskan berlari Hadiahkan aku secebis suka Agar aku lupa itu duka Yang pernah tusuk jiwa Buat diri makin gelora Hadiahkan aku si dia Ye dia yang membaca Tumpang duduk dalam dada Seri hidup tambah makna

Manusia III

Dunia pun mula bicara Kasi nikmat tak pernah habis Kasi semua manusia alpa Kasi semua memburu harta Tanpa pernah sedar nasib disana Dunia suap kau kasi terlupa Biar manusia hauskan dara dunia Biar si adam jadi gila betina Biar si hawa kikis poket jantan tak guna Tanpa pernah sedar nasib disana

Ampun pinta

Hitam manis bukan tidak cantik. Kecil pendek bukan tiada hormat. Asalkan dia tidak bermaksiat. Ungu kaler baju di badan. Jadi penyeri buat senyuman. Asalkan dia tidak keterlaluan. Kadang hilang kadang ada. Perlu faham tanda tanya. Jangan pernah lupa dia masih ada. Melekat pada hati sana. Hati itu merah warnanya. Buat manusia perit terasa. Lumrah hidup jika ada terkena. Ampun maaf saya pinta.

Cokelat

Jalan sesak waktu pagi sama akan minda manusia yang celaru. Terlalu sibuk fikir akan nasib dunia sehingga lupus makna hidup. Aku duduk bersandar pada dinding batu, memerhati gelagat mereka yang tidak keruan. Ke sana sini melangkah serupa robot ciptaan yang menurut arahan. Kadang kala aku berkata pada diri sendiri, ‘Bodoh juga mereka’. Leka akan not not yang aneka warna dan nilai, gila menari atas papan maksiat. Sedang aku amati satu persatu, pandangan ku tertumpu pada seorang anak kecil. Pipi yang mongel menjadikannya semula jadi comel. Terjengket-jengket cuba mengambil coklat yang menjadi idamannya. Tangan terkapai kapai seakan meminta pertolongan. Dan akhirnya jurujual wanita berkulit kuning langsat segera hulurkan bantuan. Memberi satu batang coklat yang menjadi igaun kepadanya. Anak kecil itu gembira tak terkata. Hanya riak wajah ikhlasnya mampu memberitahu segalanya. Ketika aku khusyuk melihat telatahnya, dia terpandang ke arah ku. Senyum yang menguntum di...

Awan atas // ii

Awan. Sentiasa payung penduduk bumi. Dari panahan terik matahari. Misal buruh kerja konkrit. Kau pasak tangan teduh mereka. Tambah semangat pencari rezeki. Bila aku panas aku cari awan. Selindung bawah bayang dia. Sejuk sikit tubuh kecil. Tapi bila kau baran, kau panggil kilat. Panah rumput hijau. Kau pekik dalam dalam kuat kuat sampai manusia takut melatah. Aku tahu kau emosi. Kau dicipta sama macam aku. Dari yang maha satu. Pujuk diri jadi tenang. Supaya aku jadi senang. Awan. Kau berlegar pada atmosfera. Teroka satu dunia. Teruskan tugasmu . Yakin kita pasti ketemu. Awan katalah. Kalau kau takde siapa nak basahkan bumi ? Siapa nak bagi tasik minum? Macam mana manusia nak hidup? Kau kena tahu. Awan kau pahlawan.