2000 / Nostalgia
Detik langkah luncur ke hadapan
Tapi aku bantah bangkang
Mahu duduk setia menanti
Kisah lampau gopoh dicari
Tak rela pergi
Sisihkan merah hati
Pegun sedih ala sepi
Cerita dulu kala
Banyak perencah
Banyak perasa
Yang manis , yang pahit
Pernah lidah merasa
Nasib malang ia pergi tanpa berita
Lalu si hina bertukar hiba
Kalau wujud mesin masa
Deria aku getus meneka
Manusia pasti sukar berduka
Rindu cerita nostalgia lama
Lupus semua seksa
Comments
Post a Comment