Jiwa muda



Sikit demi sikit kau membesar,
Jari kecil jadi panjang tumbuh selirat rambut ikal mayang,
Celaru minda dek mahu tahu keterlaluan,
Usah fikir panjang buang masa bujang,
Aku muda kau muda,
Maksiat gejala bebas menular,
Benda baru kena rasa sama,
Kata sekepala,
Walau lain tubuh lain tangan,
Bila terlajak mana tauladan,
Silap itu manusia,
Aku bukan malaikat yang mencatat dua pulu empat jam sehari semalam tak kira masa,
Hanya hamba yang Esa jarang bersujud sembah,
Takbiratul ihram malas diangkat,
Cuma sekali seminggu ; Jumaat,
Cerita berkait agama aku mula pekak bisu,
Durjana manusia ini !
Lari sekolah agama,
Itu dulu,
Tua menanti diri khilaf,
Tersadai antara dosa pahala,
Lambat laun ke neraka tujuh,
Lekas azam tekad cuba baiki ; si Bodoh ini.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1