Resepi cinta hati

Kalau aku simpan takde guna. Takde makna. Baik aku luahkan. Cerita pada semua. Resepi cinta. Aku dan dia. Kalau aku cakap cinta pertama. Orang tak mahu percaya. Kutuk sana perli sini. Tapi cerita nyata buat apa aku nak persenda. Tambah dosa .
Cerita bermula. Pertama mesti ada bahan penting ; perasaan. Kedua ambil niat betul dalam laci sembunyi. Kalau lari kau pelu cari. Dah dapat teruskan misi.Yang utama cinta dia. Pasang perisai supaya laki lain tak mampu curi. Robek hati dia. Jangan kuat takut terlepas. Diam perlahan aku cadang. Tarik perhatian itu penting. Sebab ia berguna waktu genting. Jangan tambah perisa ego. Mungkin relay ko mampu goyah. Macam dahan papaya dihembus angin. Tak kukuh. Gaulkan kasih sayang yang diceduk dalam sungai hati. Apa yang kau impi mungkin lebih berseri.
Kisar kan kepercayaan. Tuang perlahan dalam kuali hati. Tunggu lima minit. Cuba kau bau. Cinta sang romeo pada juliet. Semerbak bau cili masuk dalam lubang hidung. Kau akan bersin sebab terlalu romantic.  Jika mahu manis kan kuah, bubuh sesenduk gula. Kau pasti diserang peyakit. Diabetes si dia. Penawar cuma dia. Jauhkan kisah pahit lama. Takut dia terluka. Sukar menerima.
Penutupnya, masing masing kena jaga. Jangan leka. Kekalkan masjid kau yang gah. Walau taufan cuba menyapa.

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1