Satu kartika
Benar bisik hati,
Hawa bidadari,
Bukan kiriman langit
biru,
Dia yang asli,
Memukau kejantanan
lagi meruntuhkan dinding egois ku,
Cepat bantu yang
termampu,
Aku perlu sedar,
Mimpi buruk berlaku,
Dia bukan sang
pencinta hakiki,
Kau kedorong,
Mari sedar pemabuk,
Kau angau cinta palsu
manusia !
Hari ini aku tunggu,
Esok aku nanti,
Lusa mana tahu,
Kau sudi hadirkan
diri,
Mencelah mimpi malam,
Baring tertiarap atas
padang hijau mandian embun pagi,
Bersama alunan unggas
hutan,
Teroka bintang
bintang,
Aku mahu,
Ia berlaku.
Comments
Post a Comment