Gogok soda hidup
Hidup umpama soda. Iya soda. Bukan lagi roda. Masa gerak kedepan bisik pada kau supaya fikir yang dunia bukan lagi tempat yang selamat. Soda, ya macam soda. Kau tuang dalam cawan dia naik laju . Berderu, berlumba. Semuanya naik ke atas , mahu lihat siapa yang sampai dulu. Mereka tak sedar apa yang tunggu mereka di atas. Usai lumba sampai di atas, mereka lihat dunia ini. Ambil 5 saat dan mereka 'pop' meletup. Sia-sia bukan mereka lumba? Lumba serupa gali kubur sendiri. Tapi ada yang pintar bergeliga dia pilih untuk duduk di tepi permukaan gelas. Cukup sekadar tinggi itu dan tatap dunia dari dalam gelas.
Sama macam manusia. Semua sibuk kejar emas dunia. Benar kata pepatah arab "Dunia macam air laut, lagi kau minum lagi haus." Sibuk sibuk kejar harta dunia tapi tidak sedar yang tulang mereka sudah reput dimamah masa. Reput dan reput. Kosong dan kosong. Sampai ada berharap hidup atas sebatang tongkat namun masih tamak dunia. Bodoh. Sedarlah dunia ini akan satu masa kau tak dapat kejar lagi, kau akan mati. Orang lain pula sambung. Tertipu dengan kecantikan membunuh dunia.
Bukan begitu?

Comments
Post a Comment