Dulu-dulu // i

Dulu dulu, kalender takde kaler abah kau guna. Hitam putih je. Serupa tahi cicak. Bila kau duduk kat radio semua lagu retro. Jiwa kau pasti tergamit. Mulalah nak imbau nak kenang bagai. Melayang layang macam spender terbang. Masuk dalam dalam dan kau teringat. Kisah kau lakar dengan sikit dakwat kehidupan. Kau corak satu persatu dengan kepala batu. Lepas tu mulut tetiba gatal. Mana boleh tahan lama. Kau jumpa manusia yang kau kenal kau cerita. Dari awal sampai hujung. Takde tinggal cela. Dia dengar pasang telinga masuk lubang lekat kat otak. Dah puas sembang lain tempat. Lain manusia. Dan masih berterusan.



Dulu dulu, naik basikal tua tapi untuk semua. Muda ke tua ke bangka ke tibai je. Keliling kampung kau pusing. Dengan mulut kau sumbing mula lah bersiul macam itik. Rambut bergulung ke depan kau jaga. Dua tiga minit keluar sikat. Naik rimas makcik Bedah kebaya ketat. Kaki keding kau tak pernah penat kayuh. Ke atas ke bawah berulang. Ubat cap kaki apek mana entah kau makan. Sepuluh tahun bergerak, masa lincah berlalu. Depan rumah kau ada motokar. Wah kau tampak maju. Kagum aku. Misai sendiri disapu. Aku tahu kau bukan pemalas. Kau bukan bodoh. Dan kau berjaya pandu benda kotak ni. Sebab apa. Kau melayu aku melayu. Kita kena bersatu. Mana boleh melayu dipijak. Kau mahu?

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1