Aku baru
Permulaan,
Masih muda layu,
Tunjuk ajar perlu wahai sang pendita,
Aku tak termampu sama bahu, sama paras, sama otak,
Ligat berfikir tanpa pemikir duduk tepi.
Perkataan, huruf, abjad,
Seni bagi kau,
Manusia jeling tajam,
Hati desus cerca,
Kata ini tanpa otak di hadapan,
Kata itu seolah mainan,
Janji hati puas rasukan syaitan.
Pening pitam,
Mahu rebah mencium bumi,
Sambut tangan yang jijik,
Kau kasar tolak,
Lagak ahli syurga selama,
Aku kasik ingat,
Ini dunia fana.
Comments
Post a Comment