Lanyak papan kekunci

Papan kekunci dilanyak tangan. Sudah terlalu tua papan kekunci itu. Apakan daya prinsip sang penaip selagi boleh lenjan sampai habis. Aksara huruf dan nombor sudah kian pudar dimamah hujung jari kurus. Jari kurus membawa ideologi dua orang pemuda muda keluar tipikalisma

Akal giat guna, jari giat taip dan mata giat tatap kotak papar maya. Kotak yang bisa ubah manusia. Baik guna sejahtera kita, salah guna bazir usia. Kotak ini juga banyak membunuh manusia. Ya, misil dilancar juga guna kotak ini. Kadang aku terfikir hidup akan lebih indah jika dunia masih guna mesin taip atau 'typewriter. Mudah bukan? Tekan tekan tarik tambah dakwat tambah kertas.

Tiada isu penyalahgunaan. Pornografi tidak sekali. Cuma ada aksara nombor dan huruf. Tiada imej. Imej lekap dikepala terjemah jadi tulisan.

Layang fikiran sang penulis. Bangku sekolah bukan penghalang. Bahkan katanya jika minat mahu mula dari muda. Baru berjaya. Dua orang pemuda tulis pakai akal bukan nafsu. Blog jadi media mereka. Jadi tempat luah idea luah pendapat luah isi hati.

Idea dimuntahkan. Minda tak berhenti bekerja. Malam lelap isi semula. Akhirnya huruf campur huruf jadi perkataan. Terpapar di kotak papar maya.

"Terima kasih kerana sudi membaca." 

Comments

Popular posts from this blog

CANGGUNG (Part-1)

Ditulis Dari Hati yang Keras

Puisi cinta #1