Arca
Merenik peluh di tubuh genit itu. Peluh meluncur laju di pipi tuanya. Bawa pisau dalam genggaman untuk toreh. Maksud aku toreh getah. Batang demi batang dia toreh dengan sabar. Tiap batang pula perlu ditoreh ikut alur, jika tidak hancur batang pokok getah. Marah pula tuannya.
Tiap pagi rutinnya sama
Seawal jam 5 pagi matanya celik sediakan aku sarapan. Bukan kerja mudah. Hati mahu kental. Demi aku sanggup gadai apa saja dia ucap. Demi lihat aku berjaya depan hari.
Lepas pulang dari toreh getah dia ke kebun pula. Tebang dan tebas jadi permainan. Nyamuk dan semut menjadi peneman. Namun dia gagahkan jua.
Aku terduduk sejenak. Fikir dalam dalam. Ya, betul tu. Ini harinya. Ada agenda perlu aku selesai hari ini.
Aku masuk bilir air. Capai tuala yang tergantung pada pintu. Lilit pada tengkuk dan buka pili sinki. 'Shruuuuuu' berderu deras air keluar dari kepala paip. Tapak tangan kutadahkan air kasi penuh. Ratakan air semua di muka. Fuh, sejuknya hingga ke tulang pipi. Usai mandi aku melaram. Baju kemeja kotak kepunyaan abah aku gapai. 'Tak apa bukan abah sedar' getusku. Seluar khaki hijau lusuh aku sarung. Tali pinggang jadi pelengkap.
"Okay, Im good to go." Aku langkah ke pondok bas. Baru saja punggung mahu cecah besi tempat duduk bas mari bawa kerusi kusyen lagi selesa.
"Bandar bang"
"Seringgit lapan" Aku hulur 2 ringgit.
"Keep the chance" Aku buka kangkangan cermin mata hitam . Letakkan pada mata. Lagak seperti hero hindustan.
"Hek eleh setakat 20 sen." Rungut kondukter bus. Aku senyum sendiri.
Dalam bas aku duduk tepi cermin. Lihat luar perhati manusia suka buat onar. Kereta luncur laju motor tidak kurang juga. Apa yang buat aku mahu ketawa motor mahu kejar kereta, apa dia fikir ini filem Hollywood?
Aku terus masuk ke dalam pusat beli-belah. Menerawang lihat atas bawah cari kedai yang menendang-nendang fikiranku. Jumpa.
'Gift House and Flowers' nama pada kedai itu. Penuh dengan anak patung beruang. Bukan itu yang aku cari. Sebuah arca pikat mata aku supaya terus tatapnya. Lawa aku tak tipu. Aku angkat bawa ke kaunter. Ambil kad ucapan.
"Berapa bang?" Soalku lembut.
"RM 35 je dik" Aku hulur duit.
"Tak nak balut sekali? Percuma." Aku angguk
"Boleh juga. Er ada pen tak bang?" Tanpa jawab soalanku di hulur sebatang pen hitam.
Selesai bungkus aku hulur kad itu minta dia tampal pada kotak. Dia senyum.
' Ibu, terima kasih . Sudi membesarkanku . Pengorbananmu bukan secupak, aku tidak tahu bagaimana lagi ingin ingin berterima kasih. Harap arca ini dapat buat ibu senyum.'

Comments
Post a Comment