Dua belas // Sedar
Baru ketika muncul sedar
Usai belayar bahtera malam
Diri tersentak sama terhentak
Cuba bangkitkan ahli bumi
Tugas berat semadi menanti
Galas dengan niat hati
Bingkas bangkit segera
Selagi ada masa ada daya
Nasib diri tiada di duga
Bukan mahu berprasangka
Yang lama suka meneka
Kalau nasi jadi bubur
Masa tidak bisa diundur
Segarkan kelopak mata
Ayuh manusia cela
Karangkan satu cerita
Comments
Post a Comment