Bidadari pagi
Sepi pagi tercalar,
Si ibu sudah sedar,
Mimpi buruk dibiarkan
terhenti lenyap,
Tugas besar mahu
segera,
Bin suami belum
terjaga,
Apa kira sejuk menikam
tulang putih,
Hanya bentar dia gagah,
Air mata sekat tak
mahu mengalir.
Kelentang keluntung
bunyi dapur,
Begitu lagaknya,
Dia mula dan mengatur,
Sudah tahu apa patut,
Tunggu anak sedar
diri,
Isi itu segera ini.
Comments
Post a Comment